Suara daripada pembesar suara itu menyambung. Tang Mengqing kedengaran teragak-agak, "Tapi…"
"Tak ada tapi-tapi. Su Qianci cuma ada sokongan Kapten tua itu. Kakak pula ada sokongan Qin Shuhua. Apabila kapten itu mati, masa kita akan tiba."
…
Apabila kapten itu mati? Adakah dia merujuk kepada Li Xun? Renungan Kapten Li yang berdiri di atas pentas itu menjadi tajam. Dia memandang Tang Mengying dengan mata yang penuh kebencian dan perasaan meluat. Li Xun sudah lama tahu perempuan ini berniat jahat. Namun begitu, dia tidak tahu perempuan ini begitu kejam sehingga mengharapkan kematiannya. Merepek! Hanya kerana Qin Shuhua sukakannya, dia mahu menjadi ahli keluarga Li? Kalau Li Xun sudah mati sekalipun isteri Li Sicheng tak mungkin datang daripada keluarga Tang, apatah lagi ketika Li Xun masih lagi hidup.
Looks of blame, disgust, contempt, disappointment, and shock were cast in the same direction. Feeling the way people looked at her, Tang Mengying stepped back again and again. Her gorgeous face became pale as she stuttered, "it's not me… Why did you set me up…"
No one felt any sympathy for her.
Gambar Tang Mengying and Tang Mengqing masih terpapar di skrin sewaktu suara mereka masih lagi kedengaran, "Kalau kita tak dapat kenakan dia kali ini, tak apa. Kita masih ada peluang lain. Bukankah Kapten tua itu akan mengadakan sidang media untuk Su Qianci? Kita akan berikan dia hadiah yang besar ketika itu. Kakak masih ada rancangan lain. Su Qianci yang dungu itu bukan saingan Kakak.
"Hadiah apa?" Tang Mengqing bertanya dengan perasaan ingin tahu.
"Nanti kamu tahulah." Tang Mengying tidak menjawab persoalannya.
Kedengaran bunyi deringan telefon dan Tang Mengying berkata, "Kakak ada panggilan. Kamu keluar sebentar."
…
"Dia turut menyembunyikan sesuatu daripada adiknya sendiri!" Suara Yu Lili tiba-tiba memecah kesunyian. Namun begitu, kata-kata itu ibarat batu yang dibaling ke dalam tasik, mengganggu ketenangan. Orang ramai mula berbisik-bisik.
"Tang Mengying itu menakutkan sungguh…"
"Bukankah semua orang kata Cik Tang itu lembut dan baik hati? Apa dah jadi ni?"
"Macam mana Puan Li menyinggung si Tang tu? Perempuan Tang itu bunuh kandungan sulung Puan Li dan cuba memalukannya di sini. Kalaulah dia berjaya tadi, Puan Li akan kehilangan reputasinya."
Bisik-bisik itu menjadi semakin kuat.
Tang Mengying menjadi semakin pucat dan kakinya berasa longlai. Tak mungkin. Ini tak sepatutnya terjadi. Dia sudah menguruskan semuanya. Dia sudah merancang segala-galanya dengan teliti. Hal ini sepatutnya berlaku mengikut rancangannya. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa… Tang Mengying langsung tak faham dan dia mendongak untuk memandang Su Qianci. Namun Su Qianci sedang memandang ke arah sebuah meja.
Ou Ming dan Luo Zhan sedang susuk bersama-sama di meja itu. Luo Zhan? Betul tu, Luo Zhan! Tang Mengying tiba-tiba faham dan berasa sangat kecewa. Luo Zhan merupakan salah seorang kawan rapat Li Sicheng, dan penggodam paling hebat dalam industri. Satu-satunya orang yang ada pengaruh dan duit untuk melanggan khidmat Luo Zhan ialah Li Sicheng. Jadi, semua ini dirancang oleh Li Sicheng?
Itu maksudnya… Dia sudah lama tahu...