Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 225 - Berbogel di Depan Semua Orang

Chapter 225 - Berbogel di Depan Semua Orang

Perbuatan itu menyebabkan Su Qianci kaku seketika. Dia memandang ke atas dan terlihat wajah kebapaan dalam mata Song Yifan. Dia memang melayannya seperti anaknya sendiri. Sesuatu menyentuh hati Su Qianci. Ayah. Satu perkataan yang tak biasa digunakan. Perkataan itu telah dia dambakan selama dua dekad. Su Qianci tidak menolak sentuhan Song Yifan dan mengangguk. Melihat mereka, kumpulan itu tersenyum dan tiada sesiapa yang berkata apa-apa lagi.

Di dewan konsert dalam panggung opera itu, semua tetamu di situ merupakan pemimpin-pemimpin negara dan diplomat antarabangsa. Selepas mendengar persembahan dengan senyap, bunyi tepukan kedengaran bergemuruh. Di belakang pentas, Su Qianci dapat mendengar pujian yang diberikan kepada Song Yifan. Adakah lelaki sebegini memang ayahnya?

Waktu malam di Bandar Kingstown pada bulan Oktober itu lincah.

Selepas makan malam, Li Weiya dan Tang Mengqing berborak dan tertawa sambil mereka pulang ke bilik asrama. Tiba-tiba, Tang Mengqing mendapat panggilan.

"Kakak ada di hutan dekat sebelah kiri sekolah ni. Datang sini berseorangan."

Tang Mengqing terdengar kata-kata itu dan memberitahu Li Weiya, "Weiya, kau baliklah dulu. Aku ada benda nak dibuat."

"Tapi masa keluar dah nak habis…"

"Tak apa. Kau balik dulu."

"Okey…" Li Weiya berpusing dan merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Waktu sudah lewat malam. Tang Mengqing ada teman lelaki baru ke? Sebelum ini, bila dia gugurkan bayi tu, habis porak peranda keluarganya dan sekolah. Habis tercalar reputasi dia. Li Weiya berharap yang tak akan ada perkara buruk lagi berlaku. Selepas memikirkannya, Li Weiya mengikutnya dari belakang dengan senyap.

Kalau Tang Mengqing nak berbuat sesuatu tanpa berfikir, Li Weiya akan menghalangnya. Tapi, tanpa dijangka, Tang Mengqing berjalan menuju ke sebuah van. Van itu nampak biasa, dan mengikut status Li Weiya, van itu nampak buruk. Adakah Tang Mengqing berminat dengan lelaki yang memandu van sebegitu?

Dia merasa agak bengang lalu mengikuti di belakangnya. Dia mendapati yang Tang Mengqing masuk ke dalam van. Tingkap van itu terbuka. Bila Li Weiya menyorok di belakang pokok dan cuba curi pandang, dia terdengar suara yang dikenali, "Suruh Li Weiya berikannya kepada Su Qianci."

Tang Mengying? Apa maksudnya ni? Kalau dia nak berjumpa dengan Tang Mengqing, kenapa dia perlu jumpa sembunyi-sembunyi?

Kemudian, Li Weiya terdengar Tang Mengqing bertanya dengan nada keliru, "Gincu? Kenapa nak beri gincu pada wanita jijik tu?"

"Dalam tu ada ubat guna-guna. Bila dia memakainya, dalam masa sejam, dia akan berbogel depan semua orang. Bukankah bagus kalau benda tu berlaku semasa sidang akhbar?" Suara Tang Mengying sangat dingin. Kata-kata jahatnya menyebabkan Li Weiya mengekot. Tang Mengying selalu nampak cantik dan lembut serta baik dengan semua orang. Bukankah dia kawan baik Li Sicheng? Kenapa dia nak apa-apakan isterinya? Kata-kata itu terlalu menakutkan buat Li Weiya.

Tang Mengqing berasa teruja. "Betulkah? Oh Tuhan, Kakak memang hebat. Agaknya, apalah yang akan dibuat Su Qianci. Kalau betul dia buat sesuatu yang memalukan depan tetamu kehormat, Kapten Li pun tak mampu melindunginya."

Tang Mengying mencemuh. "Masa tu akan jadi lebih teruk lagi. Kakak akan pastikan dia rasa malu sampai dia nak bunuh diri."

Related Books

Popular novel hashtag