Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 221 - Seperti Orang Bodoh

Chapter 221 - Seperti Orang Bodoh

Mungkin disebabkan oleh kad jemputan itu, Su Qianci diajak makan bersama-sama rakan sekelasnya selepas kelas. Inilah kali pertama dia cuba meluangkan masa dengan rakan-rakan kolejnya. Pada mulanya Su Qianci berasa janggal, tetapi selepas beberapa hari, dia mula selesa. Tidak lama kemudian, tibalah hari Jumaat. Selepas kelas, Su Qianci menolak pelawaan untuk makan tengah hari bersama.

Yang sudah menunggu dia. Su Qianci balik ke rumahnya dan mengemas barang. Selepas makan, dia melihat jam dan mendapati waktu belum pun pukul 1 petang.

Namun begitu, baru sahaja dia mahu ke lapangan terbang, dia tiba-tiba mendapat jemputan mengejut.

Memandang Tang Mengying yang jelas sudah naik berat badan, Su Qianci mengacau air kopi di hadapannya, tetapi tidak minum. Tang Mengying menyedut jus buahnya dan mengeluh, "Saya tak sangka kita boleh duduk bersama-sama seperti ini. Saya rindukan masa lalu dan tertanya-tanya bila kita telah berubah."

Su Qianci mengherotkan mulutnya. Dia berakhir dalam situasi yang sengsara dalam kehidupannya dulu. Peliklah kalau dia tidak menjauhi Tang Mengying. Su Qianci tidak bercakap, merenung Tang Mengying seolah-olah Tang seorang yang bodoh.

Tang Mengying tidak tahan dipandang begitu oleh Su Qianci dan hilang ketenangannya. Dia berkata, "Saya ajak kamu keluar hari ini untuk beritahu berita baik."

Su Qianci menjeling dengan simpati, lalu mengeluh. "Ada apa?" Nada Su Qianci seolah-olah seperti dia sedang bercakap dengan orang yang ada masalah mental.

Tang Mengying tiba-tiba menjadi geram dan meradang. Walaupun Su Qianci tidak melakukan apa-apa dan hanya mengatakan satu ayat sahaja, Tang Mengying hilang kawalan.

Melihatkan wajah Tang Mengying yang marah, Su Qianci berkata sambil senyum sedikit, "Kamu ajak saya keluar ke tempat awam, jadi pasti ada sesuatu yang istimewa."

Mereka berada di satu kafe yang sibuk. Kalau ada apa-apa yang berlaku, seluruh bandar itu akan tahu. Tang Mengying melihat Su Qianci agak terganggu dan dia senyum puas hati.

"Tak ada apa-apa… Cuma saya mungkin sudah mengalahkan kamu dalam satu perkara. Dua bulan lalu, sewaktu saya ada lawatan kerja bersama Abang Sicheng, kami melakukannya."

Walaupun Su Qianci sudah tahu apa yang akan dikatakan oleh Tang Mengying, dia tetap terluka dan menggenggam erat sudu di tangannya. Panggilan telefon itu tidak dapat dilupakannya. Namun begitu, bukankah Li Sicheng sudah katakan yang Su Qianci hubungan intim pertama dan satu-satunya untuk lelaki itu? Jadi dia patut percayakan Li Sicheng, bukan?

Reaksi Su Qianci sedikit saja, tetapi Tang Mengying menyedarinya dan menyambung dengan senyuman gembira, "Abang Sicheng sungguh berbeza di katil berbanding perangai biasanya. Dia sangat ghairah. Selalunya dia begitukah dengan kamu?"

Tangan Su Qianci menjadi kaku.

Jangan marah...

Jelas sekali apa yang Tang Mengying cuba lakukan. Dia cuba membangkitkan kemarahan Su Qianci di tempat awam. Kalau dia ialah Su Qianci yang lama, dia sudah melompat bangun, dan menyimbah air kopi itu ke muka Tang Mengying, menarik rambut dan menjerit-jerit. Pada ketika ini, tuhan saja yang tahu berapa ramai yang sedang memandang Puan Li. Kalau berita seperti ini tersebar, Li Sicheng dan seluruh keluarga Li akan jadi serba salah. Itulah yang Tang Mengying mahukan.

Related Books

Popular novel hashtag