Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 216 - Menjadi Proaktif

Chapter 216 - Menjadi Proaktif

Pemburu itu tidak pernah berasa begitu takut sebelum ini. Dia menyangkakan yang dia sudah menyelesaikan misi dan bersedia untuk pergi. Walau bagaimanapun, akhirnya dia telah mendedahkan dirinya sendiri. Berlari sepantas mungkin, pemburu itu tidak berani menoleh. Tetapi bunyi motosikal itu semakin dekat. Kawasan timur ini ialah zon perindustrian. Selepas berlari keluar, pemburu itu tidak nampak sebuah kereta sekalipun.

Semakin motosikal itu menghampirinya, pemburu itu semakin panik. Sambil berlari, dia mencampakkan kamera kesayangannya ke arah lelaki di atas motosikal itu. "Ambik ni!"

Lelaki di atas motosikal itu terkejut, tak percaya dengan apa yang pemburu itu baru lakukan. Lelaki itu berpusing ke tepi. Kamera itu terkena topi keledarnya dan jatuh ke belakang. Lelaki itu cepat-cepat turun daripada motosikal. Dia mengambil kamera itu tapi mendapati slot kad SD kosong, yang ada cuma kamera itu sahaja.

"Tak guna!" Setelah memecahkan kamera itu, lelaki itu menunggang semula motosikalnya dan mengekori pemburu itu. Meningkatkan kelajuan sehingga ke tahap maksima, dia memendekkan jarak di antara mereka dengan cepat.

Apa yang perlu dia lakukan? Pemburu itu berasa tak cukup nafas dan kakinya lenguh. Dalam keadaan hidup dan mati ini, dia tahu yang dia tak boleh berputus asa. Tiba-tiba sebuah kereta sport berhenti di depannya. Terdengar satu suara perempuan, "Masuk!"

Tanpa berfikir panjang, pemburu itu melompat masuk ke dalam kereta itu, menghempas pintu dan menjerit, "Pergi!"

Cheng You terus memecut dan berkata, "Duduk diam-diam."

Motosikal itu jenis yang hebat tetapi kereta Cheng You agak biasa sahaja. Pada saat ini, yang paling penting ialah kemahiran memandu. Pemburu itu mahu mengatakan sesuatu tapi tiba-tiba terbongkok ke depan akibat kelajuan kereta itu. Walaupun Cheng You sudah memecut, motosikal itu lebih laju dari keretanya.

Pemburu itu rasa bersalah atas kecuaiannya. Memandang ke depan, dia kemudian memandang sekilas pada Cheng You dan bertanya, "Cik Cheng You, ada napkin?"

Cheng You secara tidak sabar, "Carilah sendiri!"

Pemburu itu tak berani berkata apa-apa lagi. Dia menyelongkar tempat menyimpan barang dalam kereta itu dan menjumpai sekotak tisu. Kemudian dia membuka tingkap.

Cheng You melenting. "Kamu dah gila? Kamu tau tak kamu sedang buat apa ni?"

Tanpa mempedulikan kata-kata Cheng You, pemburu itu mencarik-carik beberapa keping tisu dan mencampakkanya ke luar tingkap.

Lelaki bermotosikal itu berada di sebelah mereka, dengan kelajuan yang tinggi. Terkejut kerana diganggu cebisan-cebisan tisu itu, lelaki itu menggelengkan kepalanya.

Cheng You tiba-tiba faham apa yang cuba dilakukan oleh pemburu itu. Sebaik motosikal itu menjadi perlahan, Cheng You membuatkan keretanya meluncur dan melanggar motosikal itu.

Motosikal itu ditolak ke tepi dengan bunyi yang kuat. Namun, dengan kemahirannya yang hebat, lelaki itu tidak jatuh dan kembali stabil. Dia cepat-cepat memeriksa sama ada motosikal kesayangannya itu tak apa-apa. Apabila dia mendongak semula, kereta itu sudah jauh. Mustahil untuk dia mengejarnya.

"Tak guna!"

Lelaki bermotosikal itu menyumpah-nyumpah, kemudian menelefon Tang Mengying, "Mereka dapat lari."

"Apa? Aku bayar servis kau dengan mahal dan ini cara kau membalasnya?" Mendengar suara nyaring melalui telefon itu, lelaki di atas motosikal itu mengorek telinganya dengan tidak sabar. "Aku tak boleh buat apa-apa lagi."

Tang Mengying lama terdiam sebelum berkata, "Nampaknya kita hanya boleh jadi proaktif."

Related Books

Popular novel hashtag