Jantung Su Qianci bergetar. Dia membuka matanya dan memandang lelaki itu dengan mata yang basah.
Li Sicheng menggunakan tangannya yang kasar itu untuk menyapu air mata Su Qianci, lalu bertanya, "Tapi kenapa mula-mula tadi kamu meragui saya?"
'Kenapa kamu meragui saya…' Lelaki itu tidak kedengaran marah, tetapi terkilan.
Su Qianci teresak-esak, "Tapi kenapa Tang Mengying…"
Hati Li Sicheng menjadi lemah dan dia bertanya, "Perempuan itu lagi?" Adakah kerana Tang Mengying memberitahu sesuatu pada isterinya?
Melihatkan ekspresi wajah lelaki itu yang gelap, Su Qianci mula meragui kesimpulan yang telah dia buat tadi. Nampaknya lelaki ini tidak berperasaan begitu terhadap Tang Mengying. Kalau tidak, pasti ekspresi wajahnya bukan begini.
Li Sicheng perasaan keadaan isterinya yang teragak-agak, lalu mendekatinya dan bertanya, "Dia cakap apa?"
"Dia…" Kalau Tang Mengying sendiri yang beritahu Su Qianci secara berdepan, dia tak akan percayakannya. Namun begitu, maklumat ini datang melalui intipan. Ditambah pula dengan panggilan telefon dari Australia itu. "Dia mengandung."
Li Sicheng mendengar kata-kata itu, mengangkat keningnya dan tiba-tiba mencemuh. "Cepatnya?" Bukankah perempuan itu kata dia sangat cintakan Li Sicheng? Selepas mereka balik dari Australia, perempuan itu yang kata dia tidak akan berkahwin dengan orang lain selain Li Sicheng. Oleh sebab tidak tahan lagi menghadapi situasi ini, Li Sicheng menyuruh perempuan itu berhenti kerja. Namun begitu, dalam masa tiga bulan sahaja, Tang Mengying sudah mengandung.
Su Qianci mengetap gigi, hatinya celaru. Dia mendongak memandang Li Sicheng, "Kamu mengaku?"
"Mengaku apa?" Sebaik dia bertanya, Li Sicheng tiba-tiba faham. "Kamu fikir itu anak saya?"
Melihatkan keadaan lelaki itu yang tenang, Su Qianci tiba-tiba rasa lemas. Penipu! Jelas sekali bayi itu anak dia, dan dia berpura-pura tidak bersalah.
"Dia sendiri kata yang bayi itu milik kamu."
Li Sicheng tersenyum kecil sambil berkata, "80% daripada wanita di Kingstown mahu mengandungkan anak saya."
Su Qianci terbeliak merenung lelaki itu. Dia tidak percaya lelaki itu baru sahaja mengatakan sesuatu yang memalukan...
Li Sicheng merapatkan dirinya pada Su Qianci kemudian berkata, "Dia cuba goda saya lebih daripada sekali. Tapi malangnya, sukar untuk saya menjadi ghairah dengan dia."
Sukar untuk dia jadi ghairah dengan Tang Mengying? Tetapi kalau dengan Su Qianci, lelaki ini mudah hilang kawalan…"Bagaimana… Kamu…" Su Qianci tidak dapat meneruskan kata-katanya. Wajahnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Dia tunduk dan berbisik, "Nampaknya kamu sedang ghairah ketika ini…"
Badannya disandarkan pada badan gadis itu dan Li Sicheng berbisik, "Saya cuma merasakan perasaan ini dengan kamu. Su Qianci, saya mahu ada anak bersama kamu."
Su Qianci tersentak dan mahu menolak Li Sicheng, tetapi lelaki itu tidak bergerak ke mana-mana. Su Qianci mendongak dan lelaki itu menciumnya. Disebabkan terkejut, pertahanan Su Qianci runtuh dan menyerah diri untuk ditakluk oleh Li Sicheng. Tangan kanan Li Sicheng merangkul pinggang Su Qianci, lalu mengangkatnya dan membawanya ke katil.