Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 200 - Tak Mampu Kejar Orang Muda

Chapter 200 - Tak Mampu Kejar Orang Muda

Pagi sudah menjelang ketika Su Qianci terjaga daripada tidurnya. Anehnya, dia merasakan bahagian dalam pipinya teramat kebas. Ketika menggosok-gosokkan mukanya, dia kemudian turut merasakan kebas pada lehernya. Dia memandang sekeliling dan tidak menjumpai Li Sicheng. Su Qianci melihat baju merahnya semalam sudah ditukar ke baju tidur. Pasti Li Sicheng yang membantu menukarkan pakaiannya. Tetapi, kenapa wajahnya terasa kebas?

Su Qianci bangun dari katil dan berjalan ke bilik air. Pintu bilik air tiba-tiba terbuka. Air masih menitik dari tubuh Li Sicheng, menunjukkan dia baru selesai mandi. Melihat mabuk Su Qianci sudah hilang sepenuhnya, Li Sicheng mengecilkan mata.

Su Qianci memandangnya dan berkelip. "Selamat pagi."

"Dah pukul 10."

"Dah selewat itu?"

"Ya, pergi bersiap untuk bersarapan."

"Okey."

Kepatuhan itu mengingatkan Li Sicheng akan khidmatnya semalam.

Tekaknya terasa perit ketika kehangatan kembali menjalar ke tubuhnya.

Su Qianci yang tidak menyedari apa-apa menggosok wajahnya dan berjalan masuk ke bilik air. Su Qianci mengambil masa selama setengah jam untuk bersiap. Apabila selesai bersiap, wajahnya masih terasa kebas.

Ketika bersarapan, datuk menggelengkan kepalanya. "Kenapa dengan muka kamu? Kamu asyik menggosoknya dari tadi."

Su Qianci kelihatan bingung. "Entahlah Atuk. Saya bangun tadi terus rasa kebas…"

Li Sicheng kelihatan tenang seperti biasa sambil memotong sosej di dalam pinggannya. Dia meletakkan sebatang sosej di pinggan Su Qianci dan berkata perlahan, "Cuba ini."

Su Qianci mengangguk.

Kapten Li melihatnya dan terus terfikir sesuatu, lalu terbatuk dengan kuat.

Li Sicheng memandangnya dan menghulurkan napkin. "Jangan terlalu banyak berfikir. Tak baik untuk kesihatan atuk."

Su Qianci kelihatan bingung. Dia memandang Kapten Li dan cucunya yang tenang itu, dan jelas tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Kapten Li mengambil napkin itu dan mengelap mulutnya. Wajahnya sedikit kemerahan ketika dia mengeluh. "Atuk tak mampu faham perangai orang muda."

Su Qianci bertambah keliru. "Apa yang berlaku?"

Li Sicheng kelihatan tersenyum dengan matanya ketika dia berkata, "Tak ada apa-apa. Nikmati sosej itu."

"Okey."

Selepas bersarapan, ketiga-tiga mereka pergi ke lapangan terbang. Hari ini merupakan hari terakhir cuti umum. Jam menunjukkan pukul 8 malam di Kingstown ketika mereka turun daripada kapal terbang. Selepas menghantar datuk, Li Sicheng membawa Su Qianci balik ke rumah mereka.

Nenek Rong tahu mereka akan balik malam itu dan telah memasak makan malam. Setelah mereka selesai makan, Nenek Rong balik ke rumahnya.

Selepas cuti itu berakhir, Su Qianci dan Li Sicheng masing-masing sangat sibuk. Li Sicheng sibuk dengan kerjanya, manakala Su Qianci…

"Wah, Qianci. Cantiknya baju kamu. Mesti jenama terkenal kan? Kamu tak pernah pakainya sebelum ini. Saya sendiri tak tahu ini jenama apa."

"Mestilah. Su Qianci sentiasa merendah diri dan dia beli pakaian yang tak menunjukkan logo. Jika Encik Li tak muncul di universiti ini untuk melindungi dia, pasti kita tak tahu dia Puan Li."

"Kamu patut kurangkan merendah diri Qianci, supaya kami boleh elak lakukan kesilapan seperti itu lagi."

Su Qianci menjeling rakan-rakan perempuan sekelasnya yang kebiasaannya tidak menghiraukannya langsung. Adakah mereka sedang cuba membodeknya? Dia belum terbiasa dengan perkara sebegini.