Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 192 - Kamu Ada Payudara yang Mantap

Chapter 192 - Kamu Ada Payudara yang Mantap

Su Qianci membiarkan Sunny menyiapkan dirinya seperti anak patung. Malah bajunya juga turut dibuka oleh wanita itu. Sunny terpegun dengan payudara Su Qianci yang bulat dan anjal.

"Wah, kamu ada payudara yang mantap."

Su Qianci berasa malu lalu menyilangkan tangan di hadapan payudaranya bagi menghalang pandangan Sunny. Su Qianci percaya Sunny mungkin seorang lesbian.

Sunny yang tidak menyedari perlakuannya terus mengeluarkan sehelai bra baru dari begnya dan berkata, "Cuba pakai ini. Ini gaya yang amat seksi." Melihat Su Qianci tidak bergerak, Sunny menyambung, "Marilah, saya tolong kamu."

Su Qianci cepat-cepat menahan tangan Sunny dan tersenyum janggal, "Saya pakai sendiri."

Sunny menyedari Su Qianci kurang mesra dan terfikir: sama sahaja suami isteri. "Tunggu dulu. Cuba ini juga."

Su Qianci merenung pakaian di hadapannya. Merah, perak, dan hijau… Kesemuanya cantik, tetapi adakah dia perlu mencuba ketiga-tiganya?

"Saya rasa ini yang terbaik. Kulit kamu cerah jadi merah akan nampak sangat cantik dengan kamu," kata Sunny sambil menghulurkan baju berwarna merah. "Cepat, buat mama bangga."

Ketika Su Qianci pergi menyalin pakaiannya, Sunny berfikir, wanita itu pasti akan kelihatan menawan. Encik Li telah menempah pakaian couture itu dari Milan beberapa bulan yang lepas. Kainnya sahaja pasti bernilai jutaan dolar. Hanya syarikat kewangan Li yang akan mampu melakukannya. Sunny berasa cemburu apabila memikirkan perkara itu. Kenapa Puan Li sungguh bertuah? Suaminya kacak, kaya, dan melayannya dengan sangat baik…

'Semua orang punya takdir masing-masing,' fikir Sunny sambil meneguk air dari botol minumannya.

Sebaik Su Qianci keluar dari bilik air, wajahnya kelihatan sedikit kemerahan.

Sunny berpaling ke belakang dan terus terpaku. Selepas tiga saat, Sunny meletakkan botol yang dipegangnya ke bawah dan bergegas ke arah Su Qianci. "Wow! Arghhhhh… Mari saya lihat!" Sunny berjalan mengelilingi Su Qianci dan mendapati pakaian itu betul-betul padan dengannya. Alat jahitan yang dibawanya tidak akan diperlukan.

"Ini tak terlalu seksi?"

"Tak, tak tak tak. Kamu ada leher dan belakang yang cantik, jadi kamu perlu tonjolkannya." Oh Tuhan. Su Qianci bukan sahaja punya wajah yang cantik, tetapi dia juga tersangat anggun. Model terkenal sekalipun mungkin tidak akan sebegitu sesuai memakai pakaian itu seperti mana yang dipakai Su Qianci… Ia kelihatan seperti telah direka untuk Su Qianci. "Oh Tuhan, saya rasa seperti anak itik yang hodoh berada berdekatan kamu. Ini betul-betul boleh buat rasa rendah diri…"

Su Qianci bertambah malu dan berkata, "Kamu membesar-besarkannya…"

Tidak, saya tidak besar-besarkannya. Walau bagaimanapun, Su Qianci tidak mahu berkata lagi dan terus membawa Su Qianci ke hadapan cermin. Kemudian, Sunny bertambah kecewa apabila menyedari rambut Su Qianci juga tersangat cantik tanpa sebarang cacat cela… Jurusolek itu terduduk di kerusi.

Related Books

Popular novel hashtag