Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 183 - Panggil Saya dengan Panggilan Lain

Chapter 183 - Panggil Saya dengan Panggilan Lain

Su Qianci tidak berani membuka matanya. Walau bagaimanapun, kehangatan yang dirasakan pada tangannya membuatkan wajahnya kemerahan. Dia kemudian membuka matanya secara curi-curi dan melihat bahagian atas tubuh lelaki itu yang berpakaian. Wajah maskulinnya dibasahi peluh, dan urat biru timbul di bahagian lehernya disebabkan nafsu yang ditahan.

"Jadi budak baik dan duduk."

Su Qianci terus menutup matanya kembali, tidak mahu membiarkan pemandangan tubuh lelaki itu mempengaruhinya. Bukankah dia lelaki paling dingin, elegan dan tidak terpengaruh dengan seks? Kenapa dia kelihatan begitu semberono ketika ini? Lelaki ini mahu dia memegang zakarnya? Su Qianci berasa sangat malu, tetapi tangannya masih digenggam erat tangan Li Sicheng dan tidak boleh bergerak bebas.

Sebaik merasakan sesuatu timbul dari sebalik seluar lelaki itu ke tangannya, Su Qianci cuba melepaskan diri daripada kehangatan yang tidak mampu dibendung itu. Namun Li Sicheng mengambil tangannya dan memaksanya memegang zakarnya. Suasana sekeliling sudah menjadi gelap dan jam menunjukkan hampir pukul lapan malam ketika sesi penuh berahi itu berakhir.

Su Qianci merasakan tangannya begitu lenguh dan seakan hampir patah. Dia berasa kecewa dan menyalahkan Li Sicheng dengan pandangan tajamnya. Li Sicheng menciumnya dengan penuh ghairah sebelum akhirnya berlalu ke bilik air untuk mandi. Su Qianci melihat katil mereka yang kucar-kacir dan memanggil servis bilik. Setelah cadar ditukar, Li Sicheng keluar dari bilik air dengan wap udara keluar dari tubuhnya.

Wajah Su Qianci kemerahan apabila melihatnya, dan dia bergegas ke bilik air.

Li Sicheng mencebikkan bibirnya dan merentap lengan isterinya itu. Su Qianci yang gementar terus berpaling dan memandangnya. "Kenapa?"

"Jom turun makan malam selepas kamu selesai mandi."

"Okey…" Wajah Su Qianci masih kemerahan dan dia menolak tangan Li Sicheng lalu masuk ke bilik air. Selepas mandi, Su Qianci baru tersedar dia sekali lagi tidak membawa masuk pakaian untuk disalin. Dengan perasaan malu dan teragak-agak, dia membuka pintu bilik air itu sedikit dan memanggil, "Encik Li… Boleh kamu hulurkan baju saya?"

Tiada jawapan. Lelaki itu tiada dalam bilik?

Su Qianci memanggil lagi, "Encik Li?"

Kemudian dia mendengar satu suara dalam. "Panggil saya dengan panggilan lain."

Su Qianci terdiam seketika dan berfikir, sebelum berkata, "Li Sicheng?" Senyap. "Sicheng?" Masih tiada jawapan.

Jadi yang tinggal hanya… Wajah Su Qianci kemerahan lagi dan dia memanggil perlahan, "Abang…"

"Saya tak dengar," kata Li Sicheng dengan tenang, tetapi tidak dapat menyembunyikan nada terhibur dalam suaranya.

Wajah Su Qianci bertambah merah dan dia menguatkan dirinya, "Abang!"

"Nak apa?"

"Boleh tolong…"

Sebelum sempat dia menghabiskan ayat, sepasang pakaian bersih dihulurkan kepadanya. Baju putih, pakaian dalam, dan di atas semuanya, sehelai pad. Su Qianci yang berasa teramat malu mengambilnya dan segera menutup pintu.

Li Sicheng tidak dapat mengelak daripada tersenyum. Boleh tahan juga…

Apabila pasangan itu turun, datuk sedang duduk di dewan makan hotel sambil membaca akhbar dan makan. "Qianqian, marilah. Atuk dah pesan stik kegemaran kamu."

"Terima kasih, Atuk." Su Qianci mengambil pisau dan garfu, tetapi tangannya tiba-tiba terasa kebas. Pisau yang dipegangnya jatuh ke atas meja kaca itu dan menghasilkan bunyi yang kuat.

Kapten Li terkejut. "Kenapa?"

Wajah Su Qianci sedikit kemerahan. Sebelum dia sempat menjawab, Li Sicheng terlebih dahulu berkata, "Tak ada apa-apa. Tangan Qianci sakit."