Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 156 - Cuba Beritahu Saya Apa Hubungan Kami

Chapter 156 - Cuba Beritahu Saya Apa Hubungan Kami

Tiada sesiapa menyangka Li Sicheng akan menjawab soalan itu. Dan yang lebih memeranjatkan ialah jawapannya. Untuk ambil isterinya? Dia sedang ada di universiti. Jadi isterinya hanya seorang pelajar? Itu mustahil. Mungkin isterinya ialah pensyarah di sini.

Semua orang terkejut dan memandang Li Sicheng. Li Sicheng sebaliknya terus berjalan ke arah Su Qianci. Apa yang berlaku? Li Sicheng yang tidak pernah menghiraukan mana-mana wanita sedang berjalan ke arah ratu kampus yang tidak bermoral? Semua orang di situ merasakan otak mereka seolah-olah gagal berfungsi.

Su Qianci turut kebingungan apabila melihat Li Sicheng berjalan ke arahnya.

Li Sicheng berhenti di hadapan Su Qianci dan bertanya, "Kelas dah habis?"

Pendek tetapi jelas.

Ya, Li Sicheng sedang bercakap dengan Cik Su! Pertanyaannya yang tidak disangka-sangka itu membuatkan para wartawan menjadi riuh-rendah. Mereka segera mengambil gambar tanpa henti seolah-olah tangan mereka langsung tidak lenguh.

Salah seorang wartawan memberanikan dirinya dan bertanya, "Encik Li, kamu kata kamu datang untuk ambil isteri. Jadi, siapa isteri kamu?"

"Adakah dia pensyarah Universiti Kingstown ini?"

"Encik Li…"

Li Sicheng langsung tiada niat untuk menjawab sebarang soalan. Melihat Su Qianci yang kebingungan, dia bertanya, "Kamu tak mahu bercakap?"

Su Qianci mengelipkan matanya, mengangguk, kemudian terus menggeleng.

"Apa maksudnya itu?"

"Saya sepatutnya ada di kelas, tapi saya dipanggil keluar."

"Oleh siapa?"

"Dia!" Su Qianci menunjuk ke arah Presiden Wang.

Presiden itu dapat melihat pandangan menakutkan daripada Li Sicheng dan menggeletar. Li Sicheng mengecilkan matanya dan bertanya, "Kenapa?"

"Dia cakap saya dibuang dari universiti." Su Qianci merasakan dirinya seolah-olah seorang kanak-kanak yang sedang mengadu. Dia tidak dapat mengelak daripada berasa dilindungi apabila melihat Li Sicheng.

Li Sicheng bertanya lagi, "Kenapa?"

Kali ini, pertanyaannya tidak ditujukan kepada Su Qianci, tetapi Presiden Wang.

Presiden Wang dapat merasakan dirinya menjadi tumpuan semua di situ. Dia memberanikan dirinya dan berkata, "Cik Su punya cara hidup yang tak bermoral dan telah memburukkan nama universiti. Universiti Kingstown tak dapat biarkan pelajar sebegini terus ada di sini."

Mendengar tuduhan itu, Li Sicheng berfikir seketika sebelum mengangkat keningnya dan bertanya, "Kenapa saya tak tahu cara hidup dia tak bermoral?" Sejak mereka berkahwin, Su Qianci tidak pernah melakukan seks kecuali pada malam pertama mereka.

Presiden Wang tidak tahu mereka pasangan berkahwin. Mendengar soalan Li Sicheng, dia menyangka CEO itu hanya ingin tahu dan terus menjelaskan, "Biasanya gadis seperti ini akan berpura-pura baik. Tetapi sebenarnya dia membuat hubungan dengan beberapa orang kaya pada masa yang sama. Jika tidak, bagaimana dia boleh ada wang yang banyak?"

"Mengarut!" Su Qianci melenting.

Li Sicheng ketawa kecil dan memandang Presiden Wang. "Nampaknya kamu lebih tahu daripada saya."

Presiden Wang yang tidak tahu dirinya sedang berada dalam masalah berkata, "Mestilah! Saya dah jumpa ramai gadis macam dia."

"Encik Li, kamu kenal ratu kampus ini?" Seorang wartawan bertanya dengan gugup. "Apa hubungan kamu dengannya?"

Li Sicheng memandangnya dan berkata perlahan, "Kami tinggal di rumah yang sama, tidur di katil yang sama, dan ada sijil pernikahan. Cuba kamu beritahu saya apa hubungan kami."

Related Books

Popular novel hashtag