Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 150 - Tidak Berkaitan Secara Biologi

Chapter 150 - Tidak Berkaitan Secara Biologi

"Saya belum pindahkan sepuluh juta itu."

Luo Zhan dengan pantas duduk tegak dan berkata, "Tak guna, saya dah selesaikan kerja dan kamu masih belum hantar wang?"

Su Qianci sudah pergi jauh. Li Sicheng menjeling dompet putih di tangannya dan memutuskan untuk tidak mengejar isterinya itu. Dia berjalan perlahan ke keretanya lalu masuk dan berkata, "Jika kamu buat begini lagi, saya akan minta pembantu saya untuk tarik semula pelaburan itu."

Mendengar kata-kata tersebut, Luo Zhan terus tersengih. "Sebenarnya dah tak banyak yang tinggal. Keluarga yang beli Su Han kemudiannya berpindah ke sebuah bandar. Su Han berpura-pura mahu membeli barang rumah pada suatu hari, kemudian lari bersama anak perempuannya. Dia tulis surat tentang siapa dia dan nama anak perempuannya, dan dia letakkan surat itu di sebelah anak perempuannya di hadapan rumah anak yatim."

"Jadi dia tulis tentang keluarga Su?"

"Ya, secara ringkasnya dia tulis dia ahli keluarga Su dan sesiapa yang menghantar anak perempuannya kepada keluarga Su akan menerima ganjaran yang besar. Pemilik rumah anak yatim itu mempercayainya dan teruja. Tapi apabila dia hantar bayi itu kepada keluarga Su, mereka tidak mengaku itu anak Su Han. Mereka turut mengugut untuk menelefon polis dan menuduh pemilik itu menipu. Jadi bayi tersebut membesar di rumah anak yatim. Saya percaya kamu tak tahu tentang ini."

"Kamu betul." Li Sicheng langsung tidak mengetahui cerita itu. Keluarga Su betul-betul tidak berhati perut sehingga sanggup menolak bayi yang mempunyai pertalian darah dengan mereka.

"Kamu masih ingat Kapten Li sertai satu operasi sewaktu dia hampir bersara? Ia pada 18 tahun yang lalu. Seorang perempuan bernama Su Han menyelamatkan nyawanya, dia ditembak demi melindungi Kapten Li. Kapten Li amat terhutang budi dan berkata dia akan menunaikan apa saja permintaan Su Han. Su Han kemudiannya beritahu dia ingin anak perempuannya berkahwin dengan cucu Kapten Li yang paling hebat. Saya percaya kamu dah tahu tentang ini. Tapi saya tertanya-tanya kenapa keluarga Su sanggup terima anak saudara mereka kemudiannya."

"Datuk ada sebab tersendiri." Li Sicheng menyalakan rokoknya perlahan-lahan dan memerhatikan ia terbakar.

"Tapi saya juga ada jumpa satu lagi maklumat."

"Apa?

"Su Qianci tiada pertalian langsung dengan Su Zhengguo."

Su Qianci berjalan dengan pantas tetapi tiba-tiba menyedari dompet putihnya tiada padanya. Dia langsung tidak mempunyai wang. Dia juga tidak mungkin boleh pulang ke rumah dengan berjalan kaki, kerana dengan kereta pun ia akan mengambil masa lebih dari setengah jam. Yang paling penting, dia langsung tidak pandai menentukan arah. Su Qianci berasa seperti hampir gila. Ini kali pertama dia berasa sebegini kecewa sejak kelahirannya semula. Adakah dia perlu berjalan balik seperti ini? Tambahan pula, telefonnya juga ada bersama Li Sicheng. Apa yang patut dia buat? Pergi ke restoran semula dan mencarinya? Tetapi dia sudah berjalan hampir 20 minit. Jika dia berpatah balik sekarang, Li Sicheng mungkin sudah pergi. Lebih penting lagi, Su Qianci sendiri yang berjalan pergi tadi…

Lupakan. Mungking Sheng Ximing masih ada di restoran itu.

Su Qianci berjalan kembali ke restoran dan terkejut melihat Maybach hitam itu masih di tempat yang sama. Apabila dia mula muncul berhampiran kereta itu, mata Li Sicheng terus memerhatikannya. Jantung Su Qianci berdegup laju. Adakah lelaki itu menunggunya? Walau bagaimanapun, sebaik melihat telefon di tangannya, dia mula faham. Li Sicheng hanya masih di situ kerana menjawab panggilan telefon. Su Qianci berjalan dengan marah sebelum membuka pintu hadapan kereta itu dan masuk ke dalam. Su Qianci hanya menumpukan pandangannya pada kereta itu, dan tidak menyedari bertentangan dengannya, terdapat dua gadis muda yang sedang memerhati.

"Bukankah itu ratu kampus?"

"Bukankah dia alami konsusi?"

"Lihat, dia masuk ke dalam kereta itu…"

"Itu kereta Maybach… yang berharga sekurang-kurangnya berjuta dolar. Cepat ambil gambar!"

"Pasti dia buat surat cuti sakit palsu! Padahal dia sedang berseronok dengan pelanggan CEOnya. Perempuan murahan!"