Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 142 - Dia Curang kepada Kamu?

Chapter 142 - Dia Curang kepada Kamu?

Sebaik melihat Li Sicheng, jantung Su Qianci seakan terhenti. Sejak bila dia ada di situ? Pasti dia dengar saya bercakap bahasa Korea… Su Qianci memandang Li Sicheng dengan wajah yang serba salah.

Li Sicheng merenungnya seketika sebelum beredar ke tandas lelaki.

Su Qianci berasa lega. Lelaki itu hanya di situ untuk ke tandas, bukan? Su Qianci kembali ke meja makan mereka dengan perasaan yang masih gugup. Dia tidak berani menoleh ke belakang.

Walau bagaimanapun, Li Sicheng keluar semula dari tandas sebaik Su Qianci beredar. Dia merenung belakang isterinya itu sambil berfikir panjang. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari nombor Cheng You, tetapi tidak mendailnya. Selepas berfikir seketika, dia mencari satu nombor lain dan terus mendailnya.

Seseorang menerima panggilan itu dan Li Sicheng dapat mendengar bunyi papan kekunci computer sedang ditekan. Suara seorang lelaki kedengaran, "Encik Li, ada apa hubungi saya?"

"Saya perlu menyiasat seseorang."

"Saya buat bisnes IT, saya bukan penyiasat. Kenapa tak cari syarikat penyiasatan?"

"Saya perlu siasat isteri saya."

Lelaki di sebalik telefon itu terdiam seketika sebelum bertanya, "Kenapa?"

"Dia berkelakuan pelik."

"Baik. Kebetulan saya sedang uruskan satu teknologi berkaitan penyiasatan. Tapi dana masih kurang mencukupi…"

"Berapa banyak?"

"Sepuluh juta."

"Ini peras ugutkah?"

The person chuckled and said, "Just having some difficulties in fundraising." It is rare that Li Sicheng needed something, so he must take this opportunity.

Lelaki itu ketawa kecil dan berkata, "Cuma ada masalah sedikit untuk dapatkan dana." Li Sicheng jarang memerlukan bantuan, jadi dia perlu mengambil kesempatan ini.

"Baiklah. Saya perlukan hasil dalam masa dua jam. Sertakan semua maklumat yang kamu dapat."

"Hei, kejap. Kamu nak tahu tentang hubungan sulitnya, latar belakangnya atau apa? Dia curang kepada kamu?"

Wajah Li Sicheng berubah. "Saya mahu tahu semua tentang dia. Semuanya."

"Faham. Nombor akaun saya masih sama. Sayang kamu!"

Li Sicheng berasa malu dan segera memutuskan talian. Dia meletakkan telefonnya kembali ke poket lalu berjalan ke meja. Pada masa yang sama, kedengaran bunyi pam daripada salah satu tandas lelaki. Sheng Ximing yang baru keluar dan sedang membasuh tangannya di sinki sempat melihat sekilas pandang belakang Li Sicheng.

Bukankah dia suami Puan Su? Dia nak upah seseorang untuk menyiasat Su Qianci?

Sheng Ximing baru sahaja menyangka pasangan itu sudah mempunyai hubungan yang baik, tetapi nampaknya ia tidak benar. Selesai membasuh tangannya, mata Sheng Ximing mengekori Li Sicheng dan dia ternampak Su Qianci yang duduk berhadapan lelaki itu.

"Ximing, kamu tengok apa? Semua sudah masak," panggil kawan Sheng Ximing, iaitu Song Yifan.

"Saya datang," Sheng Ximing berlalu ke mejanya dan duduk lalu bertanya, "Kamu masih ingat Rong Xuan?"

Tangan Song Yifan terkaku seketika di udara sambil matanya merenung Sheng Ximing. Rong Xuan. Nama seorang gadis yang pernah menjadi idaman mereka, tetapi akhirnya diputuskan untuk tidak disebut lagi.

Sheng Ximing mengumpul keberaniannya dan menyambung, "Baru-baru ini saya ada terjumpa seseorang yang wajahnya saling tidak tumpah sepertinya, dan dia ada di restoran ini sekarang."

Related Books

Popular novel hashtag