Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 136 - Berani Kamu Buli Isteri Saya

Chapter 136 - Berani Kamu Buli Isteri Saya

Su Qianci bertindak pantas dan menangkap tangan Tang Mengqing.

Tang Mengqing tidak menyangka Su Qianci begitu tangkas menahannya dan dia menjadi lebih marah. "Perempuan sial. Kau nak bunuh aku? Kenapa kau jahat sangat?" jeritnya.

Su Qianci ketawa mengejek dan menolak tangan Tang Mengqing. "Hutang darah dibalas darah."

"Kau…" Tang Mengying menjerit dan cuba memukul Su Qianci sekali lagi, "Perempuan sial tak tahu malu!"

Mata Su Qianci berubah dingin, lalu dia menarik lengan Tang Mengqing dan memulasnya ke belakang, dan menahan muka perempuan itu pada sinki.

Tang Mengqing menjerit kesakitan dan menyumpah, "Kau perempuan tak tahu malu! Kau curang dengan Li Sicheng dan mengenakan aku di hadapan ayah aku. Apa yang aku dah buat pada kau?"

'Apa yang dah seluruh keluarga kau buat pada aku?' jerit suara hati Su Qianci.

Su Qianci berkata dengan suara yang dingin, "Kalau kau tak pernah ganggu aku, aku tak mungkin akan lakukan apa-apa kepada kau. Dan apa yang aku katakan tadi semuanya kebenaran."

Tang Mengqing semakin ditolak ke bawah lalu menjerit, "Ah, lepaskan aku!"

"Minta maaf!"

"Lepaskan. Tangan aku akan patah…"

"Minta maaf, baru aku akan lepaskan."

"Aku… minta maaf…"

"Untuk apa?"

Tang Mengqing ditolak lagi ke arah sinki, dan cermin berada betul-betul di hadapan mukanya. Sebaik melihat wajahnya yang sudah tidak terurus, Tang Mengqing berasa kecewa dan menjerit, "Jangan paksa aku!"

"Nampaknya kau nak tangan kau patah." Su Qianci menolak Tang Mengqing semakin ke bawah.

Kesakitan yang teramat dapat dirasakan Tang Mengqing, dan dia merasakan seolah-olah tangannya hampir patah. "Saya minta maaf… Saya bersalah. Saya tidak patut hina kamu dan…"

"Kau yang minta semua ini!" Su Qianci menarik Tang Mengqing bangun dan melepaskannya.

Tang Mengqing membetulkan lengannya. Tetapi selepas itu, dia tiba-tiba terus menolak Su Qianci dengan kuat. Su Qianci yang tidak menjangkanya tidak sempat bertindak, lalu kepalanya terhantuk kuat ke dinding. Tang Mengqing tersenyum puas dan berjalan untuk keluar dari situ. Su Qianci yang kesakitan segera mengejarnya sebelum sempat perempuan itu keluar. Tetapi Su Qianci hanya sempat mencapai pahanya.

Oleh kerana Tang Mengqing memakai skirt pendek yang beralun, tangan Su Qianci sempat mencapai pahanya yang terdedah. Su Qianci dapat merasakan kuku jarinya mencengkam ke dalam paha Tang Mengqing. Tang Mengqing hanya merasakan kesakitan itu selepas dua saat kuku Su Qianci mencengkamnya. Dia mengangkat skirt pendeknya dan melihat lima kesan cakaran yang berdarah.

"Ahhhhhh! Su Qianci kau sial!"

Su Qianci tidak menyangka lukanya akan menjadi sedalam itu. Sebaik menyedari Tang Mengqing kembali menerpa ke arahnya, Su Qianci terus mengelak tetapi kepalanya berasa pening dan dia hampir terjatuh. Su Qianci terpaksa menjerit, "Tolong! Tolong!"

Tang Mengqing menjerit marah, "Kau jangan nak berlakon!"

Su Qianci terus berlari keluar daripada tandas itu. Sebaik sahaja Tang Mengqing sudah hampir dapat mengejarnya, Su Qianci tiba-tiba terlanggar seseorang. Dia yang menggeletar ketakutan mendongak dan melihat sepasang mata yang amat dikenalinya. Sebaik melihat dahi Su Qianci yang bengkak, Li Sicheng terus merenung ke arah Tang Mengqing yang sedang mengejar Su Qianci dengan dingin.

Tang Mengqing yang ketakutan dengan renungan itu segera berhenti berlari dan tidak berani menghampiri mereka.

Wajah Li Sicheng kelihatan marah dan dia bertanya dalam nada yang menakutkan, "Berani kamu buli isteri saya?"

Related Books

Popular novel hashtag