Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 109 - Suaminya

Chapter 109 - Suaminya

Tampar!

Semua perhatian tertumpu kepada bunyi tamparan. Liu Anan telah ditampar tanpa dia duga, tetapi dia kemudiannya tersedar dan menjerit, mahu membalas tindakan Su Qianci. Walau bagaimanapun, Su Qianci lebih cepat. Menahan Liu Anan dengan satu tangan, Su Qianci menggunakan satu lagi tangannya untuk menampar sebelah lagi muka Liu Anan.

Semua orang mula berkumpul.

"Su Qianci!" Liu Anan hampir naik gila. Dia tidak pernah diperlakukan sebegini. Merasakan pipinya panas, dia tahu mukanya bengkak. Dengan air matanya bergenang, dia meluru ke arah Su Qianci dalam keadaan marah.

Su Qianci mengelak dengan cepat, dan Liu Anan hampir tersungkur. Sewaktu cuba mengimbangkan badannya, Liu Anan ditolak dari belakang dan terjatuh di atas lantai. Walaupun dia tidak luka kerana lantai itu berkarpet, Liu Anan berasa sangat malu.

"Hei." Fu Lengbing menghentikan Su Qianci dan berkata, "Kita boleh berbincang mengenai hal ini. Jangan gunakan kekerasan."

Su Qianci menatapnya dan bentak, "Lepaskan!"

Fu Lengbing terhenti dan dengan segera mengangkat tangannya.

Melihat Su Qianci ingin memukulnya lagi, Liu Anan berasa takut dan merintih. "Su Qianci, apa yang pernah aku buat pada kau untuk kau layan aku seperti ini?"

Su Qianci mencemuh. "Apa yang kau buat?" Kemudian, dia mengangkat telefon Liu Anan dan berkata. "Kenapa kau hantar gambar begini kepada suami aku?"

Suami? Dia sudah berkahwin?

Kebanyakan rakan sekelasnya tidak mengetahui perkara tersebut. Mereka melihat Su Qianci dengan pandangan yang ingin tahu.

Liu Anan menghela nafas dan menjerit, "Apa yang kau katakan ni? Aku tak faham."

Su Qianci menghantar kedua-dua gambar itu ke kumpulan sembang kelas sekolah menengah mereka. Dengan segera, telefon mereka berdering.

Melihat gambar pertama, Lu Yihan terperanjat. Apabila dia menolak skrin dan melihat gambar kedua yang menunjukkan nombor bilik, dia segera kelihatan muram.

"Dia menghantar gambar seperti ini?"

"Tak mungkin… Mereka hanya berbual-bual dan dia susuli dengan menghantar gambar bilik hotel. Apa maksudnya? Itu tidak membuktikan apa-apa."

"Saya yakin suaminya tidak akan fikir begitu."

Liu Anan menjadi pucat dan dengan cepat menjelaskannya, "Telefon itu bukan milik aku, Lin Wanting meminta aku untuk memegangnnya. Itu bukan urusan aku."

"Benarkah? Lihat masa ia dihantar, lima minit yang lalu. Lin Wanting ada di sini?"

"Dia mesti memprogramkan mesej yang akan dihantar pada masa itu untuk mengenakan aku."

"Baik, bagaimana pula Lin Wanting mempunyai nombor suami aku?" Su Qianci kelihatan garang.

Mereka yang pernah mengenali Su Qianci dengan baik semuanya terkejut melihat dia tiba-tiba menjadi garang. Sejak bila dia menjadi begitu kuat?

"Aku..." Liu Anan merasa sangat tertekan dengan Su Qianci dan berasa gugup.

Sewaktu Li Sicheng memasuki bilik tarian itu, dia melihat orang ramai berkumpul. Secara sayup-sayup dia terdengar Su Qianci bertanya, "...mempunyai nombor suami aku?" Ungkapan "suami aku" membuatkan pandangan Li Sicheng menjadi lembut. Sedap juga bunyinya.

Related Books

Popular novel hashtag