Chapter 292 - Bab 292

Pada hari dia memasuki bandar, cuaca pada hari itu sangat indah. Langit kelihatan membiru tidak berpenghujung dan tidak berawan. Istana agung itu tampak gah di bawah sinaran keemasan matahari seolah-olah kelihatan seperti binatang gergasi yang duduk di tengah-tengah kuntuman bunga yang tidak terhitung banyaknya. Walaupun mempunyai aura yang sangat besar, bandar ini juga masih mempunyai rasa seperti bunga. Tang Jing dipenuhi dengan tanda-tanda kemakmuran.

Yunsheng duduk di atas kudanya yang bergerak dengan pantas. Bunga pic yang mengembang sudah pun layu jatuh ke atas tanah dan bertukar menjadi kelopak merah yang berterbangan apabila dipijak oleh kaki kuda.

"Wooo," Dia membuat bunyi mendekut kepada kudanya dan menstabilkannya sebelum melompat turun. Deria rasa seorang pekerja di penginapan itu sangat kuat apabila dia dapat merasakan walaupun gadis ini tidak tua, dia memiliki aura diraja yang membuatkan orang lain mustahil untuk mengabaikannya. Dia bergegas keluar untuk menyambut kedatangan gadis itu sambil tersenyum, "Cik Puan, awak mahu singgah makan di sini atau tinggal untuk beberapa hari? Penginapan di sini mempunyai bilik yang paling senyap dan hidangan yang lazat."

Yunsheng tidak menjawab bahkan dia terus berjalan masuk. Pekerja tersebut telah diabaikan dan akhirnya dia telah membawa kuda itu masuk ke dalam kandang. Sambil melemparkan beberapa keping duit perak ke atas meja di hadapan bos tersebut, dia berkata, "Saya mahu bilik yang sunyi."

Melihatkan angin gadis itu berada dalam keadaan yang tidak baik, tanpa berlengah dan bercakap banyak, bos tersebut terus membawanya ke bilik. Bilik itu tidaklah besar seperti di rumahnya tetapi ia kelihatan sangat bersih. Sebaik sahaja bos tersebut keluar daripada bilik itu, wajah Yunsheng berubah menjadi sedih apabila dia hampir sahaja menangis.

Ayah yang tidak berhati perut! Ibu yang tidak berhati perut! Abang Rong yang tidak berhati perut! Dia sudah pergi begitu lama namun tiada siapa yang datang mengejarnya. Adakah mereka benar-benar mahu dia berdikari sendiri? Ouch, dia mengeluh di dalam hatinya ketika dia berasa belakangnya lenguh dan kakinya sakit. Dia telah menunggang kuda itu untuk masa yang lama sehinggakan pehanya terasa melecit. Dia menggosok matanya dan menyapu hingusnya, memaksa air matanya supaya tidak mengalir.

'Aku tak boleh menjadi seorang yang tidak berguna,' Dia berkata kepada dirinya sendiri. Dia tidak percaya dia tidak boleh berjalan berseorangan di dalam dunia ini. Dia mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa walaupun tanpa mereka dia akan tetap baik-baik saja!

Menjelang waktu petang, perniagaan Penginapan Yunhai menjadi bertambah baik secara drastik. Semua bilik tiba-tiba habis disewa. Bukan itu sahaja, semua pelanggannya juga kaya dan baik hati kerana mereka telah memberikan wang yang banyak. Bos itu berasa sangat gembira sehingga dia tidak dapat menahan ketawanya dan dengan cepat dia membuat upacara korban kepada tuhan kekayaan. Ketenangan tempat penginapan tersebut kelihatan lebih sah dengan kepulan asap setanggi yang terapung di sekitar kawasan itu.

Yunsheng berjalan keluar dari biliknya. Dia yang sedang berdiri di atas tangga tingkat kedua kelihatan kebingungan. Ini merupakan kali pertama dia keluar bersendirian. Pada mulanya, dia hanya mahu melihat suasana di Tang Jing tetapi setelah dia datang, dia sedar yang dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Pekerja yang melihat gadis itu hanya berdiri sahaja di sana terus datang menghampirinya dan bertanya kepadanya dengan senyuman, "Cik Puan, awak mahu makan?"

Yunsheng menggelengkan kepalanya dan bertanya, "Ada tempat yang menarik tak di kawasan ini?"

Pekerja itu sangat memahami apabila dia bertanya, "Cik Puan, awak bukan orang sini ya?"

Yunsheng mengangguk dan lelaki tersebut tersenyum sebelum bersungguh-sungguh mengesyorkan beberapa lokasi indah di Tang Jing kepadanya. Mata Yunsheng kelihatan bercahaya selepas dia mendengar dengan senyap buat seketika lalu dia bertanya, "Ada pertunjukan bunga api pada waktu malam?"

Pekerja tersebut menjawab dengan jujur, "Sudah pasti. Lorong Luhua akan menjadi tempat yang paling sibuk. Rugi sekiranya Cik Puan tak pergi." Sebelum dia dapat menghabiskan ayatnya, Yunsheng sudah pun berlari pergi meninggalkan rumah penginapan tersebut. Melihat kepada laluan arah yang gadis itu tuju, bos bertanyakan kepada pekerjanya, "Ke mana Cik Puan itu mahu pergi?"

"Lorong Luhua."

"Awak bagitahu dia malam ini ada pertunjukan bunga api?"

Pekerja tersebut mengangguk dan menjawab, "Bukan ke ada pesta malam ini?"

Mendengarkan itu, bos tersebut mengerutkan keningnya dan membentak, "Bodoh. Para pegawai telah mengharamkan semua pertunjukan bunga api selama sebulan."

Selepas itu barulah pekerja tersebut tersedar akan kesalahannya. Dia melemparkan tuala di atas bahunya ke tepi lantas berlari keluar. Namun, kelibat Yunsheng sudah pun menghilang. Bos tersebut hanya mampu berdoa semoga gadis itu tidak memarahi mereka memandangkan anginnya yang tidak baik awal tadi.

Ketika Yunsheng tiba di Lorong Luhua, langit sudah pun gelap. Jalan ini hampir kosong dan berbeza sekali dengan apa yang telah diberitahu oleh pekerja itu tadi. Dia duduk mencangkung di tepi sungai dengan perasaan yang sungguh kecewa. Dia terfikirkan apakah yang sedang dilakukan oleh Abang Rong. Adakah dia merinduinya? Atau adakah akhirnya dia berasa gembira kerana berjaya melepaskan diri daripadanya?

Semakin banyak dia memikirkannya, semakin dia menjadi sedih. Sambil menutup muka dan memuncungkan bibirnya, dia menangis lagi apabila tiba-tiba dia berasa menyesal.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi ledakan yang kuat dari langit. Seluruh langit menjadi cerah apabila bunga api berwarna keemasan diletupkan dan kelihatan seperti pokok bunga kekwa yang besar. Selepas itu, beberapa lagi bunga api meletup secara berturut-turut, besar dan cantik seperti sulaman berwarna-warni. Cahaya indah yang terhasil itu menghilangkan kegelapan dan menghiasi seluruh langit dengan pelbagai warna.

Orang-orang yang berada di sekitar sungai semuanya keluar apabila mereka mendengar bunyi bunga api. Kanak-kanak bertepuk keriangan sambil menunjuk ke arah langit. Sungai yang sebelum ini sunyi sepi tiba-tiba berubah menjadi riuh-rendah.

Yunsheng juga masih seorang gadis yang bersifat kebudak-budakan. Dia sangat terpesona dengan pemandangan yang baru sahaja dilihatnya. Kemurungannya sebelum ini terus menghilang seperti kabus apabila dia tersenyum sehingga ke telinga sambil memandang bunga-bunga indah di ruang udara.

Pertunjukan bunga api tersebut berlangsung selama sejam. Walaupun selepas pertunjukan bunga api itu tamat, orang awam enggan meninggalkan tempat itu apabila mereka berkumpul di sekitar tebing sungai dan membincangkan mengenai keadaan yang berlaku tadi.

Angin Yunsheng bertukar menjadi lebih baik dan disebabkan dia sudah pulih daripada berasa sedih, dia kembali berselera untuk makan. Dia menjumpai sebuah kedai mi. Selepas dia selesai makan, dia kembali ke rumah penginapan.

Pada keesokan paginya, orang awam masih membincangkan mengenai keadaan malam tadi. Lagipun, mereka hanya akan melihat pertunjukan bunga api yang biasa sahaja ketika perayaan kuil jika hendak dibandingkan dengan pertunjukan yang hebat pada malam tadi. Mereka mendengar pertunjukan bunga api tersebut telah dianjurkan oleh seorang pedagang kaya yang menderma sejumlah wang yang banyak ke Kuil Minghua.

Yunsheng tidur dengan nyenyak pada tengah hari itu kerana dia keletihan apabila selalu tidur lambat dan tidak tidur dengan cukup beberapa hari sebelum ini. Ketika dia keluar, matahari sudah pun terbenam. Hanya ada beberapa orang sahaja di dalam rumah penginapan tersebut. Seorang lelaki dan seorang wanita berada di sepanjang jalan. Lelaki tersebut sedang bermain Erhu manakala wanita tersebut sedang menyanyikan beberapa jenis lagu. Kedua-dua mereka masih muda, kelihatan seperti berumur 17 ke 18 tahun.

Yunsheng merasakan situasi tersebut agak luar biasa jadi dia memesan beberapa jenis makanan ringan dan mula mendengar nyanyian mereka selepas mencari sebuah meja. Dia dapat mendengar wanita itu menyanyi:

"21 dari Timur, 99 dari Barat. Rumah abang di Barat dan seekor anjing diikat di pintu pagar. 

Dewa akan menyalak dari depan, anjing akan menyalak dari belakang. Ambil batu dan lemparkan ia ke tingkap mereka sambil awak memandangnya."

Walaupun lirik-lirik itu kedengaran agak kasar, ada perasaan aneh di sebalik lagu tersebut. Khususnya, setiap kali wanita itu menyanyi, dia akan tersenyum pada lelaki itu dan lelaki itu akan mengecilkan matanya sambil memandang ke arah wanita tersebut. Mereka benar-benar kelihatan harmoni kerana senyuman mereka mesra seperti matahari pada musim bunga selepas musim sejuk yang panjang.

Yunsheng berasa sangat teruja dengan muzik tersebut. Tiba-tiba, ada bunyi sumbang. Beberapa orang lelaki yang berbadan tegap menerjah masuk dan menendang bangku lelaki itu. Mereka memegang gadis itu dan berkata, "Gadis ini. Bagaimana dengannya? Bukankah dia kelihatan cantik?"

Lelaki itu mahu melepaskan diri dengan segera. Dia menjerit, "Siapa kamu semua? Lepaskan gadis itu!"

Seorang lelaki yang berbadan tegap itu menendangnya ke tepi dan ketawa. "Tengoklah keadaan kamu? Gadis itu bertuah kerana aku menyukai dia! Dia pasti akan kelaparan jika dia mengikuti kamu!"

Gadis itu ketakutan dan dia terus menerus memanggil nama lelaki itu. Dia mula menangis dengan kuat dan kelihatan sangat menyedihkan. Namun orang-orang di rumah penginapan tersebut tidak sedar akan kejadian ini. Tiada sesiapa yang bercakap atau memilih untuk memberitahu kepada pihak berkuasa.

Yunsheng berasa sangat kecewa kerana dia tidak menjangkakan sesuatu akan berlaku di siang hari. Dia bertanya dengan dingin, "Kamu semua manusia jenis apa? Menangkap wanita di siang hari! Kamu semua benar-benar melihat keluarga diraja sebagai bahan jenaka?"

Lelaki itu berpaling dan tersenyum gembira. "Awak ini datang daripada keluarga mana? Saya tidak tahu ibu negara Tang mempunyai wanita secantik ini."

Yunsheng berkata, "Saya bukan berasal dari Tang Jing. Oi! Lepaskan dia. Jika tidak, saya tak akan berlaku mudah ke atas kamu."

Lelaki tersebut ketawa. "Kalau saya tak buat begitu?"

Yunsheng berfikir, saya telah mempelajari beberapa helah daripada ibu tetapi saya tidak tahu tahap keberkesanannya. Walaupun saya bercakap besar tiada siapa yang dapat mengalahkan saya, sekarang dia berasa keyakinannya hampir hilang. Namun, belum sempat dia bersedia, lelaki itu sudah mendekatinya. Sepasang tangan yang besar mendarat di atas bahunya. Dalam kekacauan itu, Yunsheng sudah lupa semua pergerakan yang telah dipelajarinya. Dengan kemas dia melepaskan tumbukannya. Namun, saat dia melepaskan tumbukannya, lelaki tersebut menjerit lalu jatuh ke atas tanah sambil memegang sikunya. "Kuatnya! Bahu saya sudah patah!"

Mendengarkan itu, samseng-samseng yang lain datang mendekati. Yunsheng berasa agak terkejut namun keyakinannya semakin bertambah. Dia teringat semua langkah yang telah dipelajarinya sebelum ini. Tiba-tiba dia berjaya mengalahkan semua musuhnya dalam sekelip mata. Para penonton yang sedang melihat berasa terkejut apabila sekumpulan samseng tersebut merayu meminta belas kasihan. Yunsheng memarahi mereka dan memberitahu mereka supaya tidak membahayakan orang lain lagi sebelum dia melepaskan mereka pergi. Pasangan yang menyanyi itu berasa terhutang budi dengannya dan mereka memanggilnya sebagai penjaga wanita mereka. Malah pelayan yang lain juga turut berasa kagum. Siapa sangka gadis sekecil ini sangat berbakat dalam seni mempertahankan diri dan dapat mengalahkan semua lelaki yang berbadan tegap itu hanya dalam beberapa saat sahaja.

Setelah keluar dengan begitu lama, akhirnya Yunsheng diberikan layanan yang sewajarnya sebagai seorang pahlawan; sesuatu yang dia inginkan sejak dari dulu lagi. Anginnya berada dalam keadaan yang sangat baik dan dia makan lebih pada malam itu.

Keesokan paginya, terdapat khabar angin tentang dirinya sebagai seorang wanita cantik yang berjuang untuk pengadilan. Ibu negeri Tang yang selalu dihebohkan mengenai kedamaiannya tiba-tiba dibanjiri oleh aktiviti. Ramai yang mencuba untuk melihat wira wanita itu.

Hanya disebabkan itu sahaja, Yunsheng akhirnya menetap di Tang Jing. Pada mulanya dia berasa gembira. Selepas menyelesaikan banyak kekacauan, mengejar pembuli untuk orang lain, dia mula bertindak. Namun, dia masih berasa keinginan untuk pulang ke rumahnya selepas sebulan. Walaupun dia berhasrat untuk terus membantu orang yang kurang bernasib baik, dia tidak lagi menjadi begitu ghairah.

Pada tengah hari itu, ketika dia baru sahaja mahu keluar, dia perasan ada sebuah kedai yang menjual ketam lalu dia segera teringatkan ibunya yang sangat mahir memasak ketam. Abang Rong juga suka memakan ketam dan tiba-tiba dia teringat cuaca di Empayar Tang lebih panas daripada di Qinghai. Dia tertanya-tanya adakah di rumahnya ada ketam.

Kemudian dia terdengar suara seorang kanak-kanak sedang menangis. Seorang wanita sedang menarik seorang kanak-kanak yang berusia dalam lapan ke sembilan tahun sambil memukul dan memarahinya, "Kamu pergi bermain di mana? Ibu cari kamu di merata tempat! Kamu mahu membuat ibu marah sehingga ibu mati ke?" Kata-katanya kedengaran sangat kasar namun pukulannya semakin lembut dan akhirnya dia berhenti memukul anaknya lalu dia mula menangis.

Yunsheng merasakan dadanya sangat sakit ketika dia melihat kejadian itu. Dia berasa sangat tidak selesa.

Ibu berasa sangat bimbang. Ayah biasanya dingin tetapi dia juga sayangkan dirinya. Adakah abang Rong akan mencarinya? Dia telah melarikan diri dengan mementingkan dirinya sendiri. Sejauh manakah dia akan berasa bimbang?

"Cik Puan? Cik Puan?" Yunsheng akirnya kembali ke dunia nyata apabila dia mendengar penjaga kedai tersebut bertanya, "Awak mahu membeli ketam?"

Yunsheng mengerutkan dahinya dan bertanya, "Berapa lama ketam ini boleh hidup?"

Penjaga kedai itu menjelaskan, "Kalau Cik Puan bawa keluar macam ini sahaja, ia akan mati dengan cepat. Tetapi jika Cik Puan simpannya di dalam air masin ia mungkin akan hidup beberapa hari."

Yunsheng tersenyum ketika mendengar penjaga kedai tersebut menjelaskan. "Berikan saya dua mangkuk penuh air. Saya mahu simpannya sebagai haiwan peliharaan."

Penjaga kedai tersebut berasa terkejut. Dia telah melihat semua jenis haiwan peliharaan tetapi menyimpan ketam sebagai haiwan peliharaan adalah kali pertama buatnya. Dia mengangguk dan mula membungkus ketam tersebut dengan cepat untuk gadis itu. Yunsheng mengangkat kedua-dua ketam tersebut lalu memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumah penginapan.

Di bilik ketiga rumah penginapan Yunhai yang terletak di koridor sebelah dari bilik Yunsheng, pemandangannya sangat indah kerana ia dikelilingi oleh pokok dan bunga serta tasik di bawah bilik itu. Tingkap yang terbuka menampakkan Li Qinrong yang sedang bersandar di atas kerusi. Di hadapannya terdapat sebatang pancing ikan yang digunakan untuk memancing ikan dari tasik di bawah. Siapa tahu sekiranya dia boleh menangkap apa-apa.

Mingxi berjalan di sebelahnya lalu berkata dengan lembut, "Puteri baru sahaja membeli beberapa ekor ketam untuk dibawa pulang ke rumah. Dia menggunakan periuk untuk memegangnya dan dia sudah kembali ke biliknya."

Mendengarkan itu, Li Qingrong mengerutkan keningnya dan tersenyum. "Budak ini, akhirnya dia berhenti menjadi gila." Sambil menguap, dia merenggangkan belakangnya sebekum berdiri. "Pergi, pergi, pergi. Kemas. Bersiap sedia untuk pulang."

Mingxi mengangguk dan bertanya, "Tuan tak mahu berjumpa Maharaja? Kalau Maharaja mengetahui mengenai kepulangan Tuan tetapi Tuan tidak menghadapnya, dia pasti tidak akan berasa gembira."

"Bodoh. Jadi jangan biarkan dia tahu."

"Baiklah," Mingxi menjawab sebelum berlalu pergi.

Li Qingrong memanggil dan berkata, "Baiklah, beli lebih banyak lagi ketam dan biarkan mereka hidup di dalam bekas. Setiap hari dari sekarang, tukar dengan ketam di dalam periuknya. Jika tidak, ketika dia sampai di rumah, ketam-ketam itu pasti akan mati dan dia akan menangis lagi."

Mingxi tersenyum gembira. "Tuan ini sangat bijaklah."

Li Qingrong tahu Mingxi sedikit menyindir tetapi dia tidak berasa marah. Dia berkata, "Keluar dan awasinya."

Mingxi tersenyum. Apabila dia tiba di halaman belakang, dia melihat lelaki yang dipukul oleh Yunsheng sedang berdiri di sana. Di sebelahnya terdapat sekumpulan samseng lain. Melihatkan Mingxi keluar, lelaki tersebut kelihatan sangat gembira ketika dia mereka hadapan dan bertanya, "Bos, mereka ini saudara-saudara saya. Mereka pasti tidak dikenali di sini! Kami telah memikirkan beberapa kaedah baru yang pasti akan memuaskan."

Mingxi memotong percakapannya dan berkata, "Cik Puan kami akan pulang tak lama lagi dan kami tidak memerlukan awak untuk meneruskan semua ini. Ini adalah wang ganjarannya. Tolong balik."

Lelaki itu berasa sangat kecewa. "Apa? Cik Puan sudah tidak mahu bermain lagi?"

Mingxi mendekatinya lalu menendangnya. "Berambus! Kawal mulut kamu itu dan jangan keluar sehingga esok apabila Cik Puan sudah pergi!"

Lelaki tegap itu mengerti lalu berlalu pergi.

Seorang lagi pelayan datang dan bercakap dengan Mingxi. "Bos, Encik Liu datang untuk bertanya sama ada kita masih mahukan bunga api itu?"

Mingxi menjawab, "Ya, beritahunya supaya membiarkan yang lain untuk rehat malam ini. Kita akan membayar seperti apa yang telah dirancangkan."

Malam itu, Tang Jing menjadi meriah sekali lagi. Di Sempadan Cuiwei yang jauh, terdapat dua orang manusia yang tidak dapat tidur. Chu Qiao yang sedang memegang sepucuk surat yang baru sahaja tiba membacanya beberapa kali sebelum menunjukkan kepada Zhuge Yue, "Oi! Bagaimana awak boleh menolong Rong'er membuli Yunsheng?"

Zhuge Yue mengangkat keningnya dan melihat Chu Qiao dari ekor matanya. "Apa yang boleh kita lakukan? Awak takut seni mempertahankan diri itu terlalu sukar. Dia berhasrat untuk mengelilingi dunia. Awak benar-benar mahu dia keluar bersendirian ke?"

Dia mendengus sebelum berbaring di atas katil dan mengadu, "Anak perempuan saya ini sangat bodoh."

Zhuge Yue menyelak sehelai rambut Chu Qiao ke atas. Langit malam membawakan suatu aroma kepadanya. Zhuge Yue menarik pinggang Chu Qiao dan dengan suara yang rendah dia berkata, "Perlu ke anak perempuan kita menjadi pandai sangat?"

Keesokan harinya, Yunsheng bangun lebih awal. Pekerja itu agak keberatan untuk melepaskan dia pergi. Dia bertanya, "Cik Puan sudah mahu pergi ke?"

Yunsheng menjawab sambil tersenyum, "Ya, saya akan pulang ke rumah!"

Melihatkan Zhuge Yunsheng perlahan-lahan menghilang, bos rumah penginapan tersebut berasa sedih lalu dia berkata, "Apabila dia datang ke sini, rumah penginapan ini tiba-tiba menjadi penuh dan apabila dia pergi, rumah penginapan menjadi kosong kembali. Gadis itu sudah pasti ditakdirkan untuk memberi tuah kepada saya."

Cahaya matahari terasa panas. Yunsheng yang memakai skirt berwarna kuning terang menunggang kudanya keluar dari pintu gerbang kota. Tidak lama kemudian, beratus-ratus kuda perang turut keluar daripada istana. Li Qingrong membuka tirai tingkapnya dan memberitahu Mingxi, "Dapatkan beberapa orang yang pantas ke hadapan dan susunkan untuk teh dan kopi. Dia sangat teruk dalam arah jalan jadi keadaan akan bertambah buruk sekiranya dia mengambil langkah yang salah."

Mingxi tersenyum. "Tuan, bertenang."

Kuda itu menghayunkan ekornya dan mendengus dengan gembira. Burung-burung mencicip kegembiraan. Ia adalah hari yang baik dengan cuaca yang menarik.