Chapter 254 - Bab 254

Akhirnya dia menyedari sebab di sebalik kejengkelannya terhadap alat solek kerana dulu disebabkan oleh keadaan fikirannya. Meixiang menatapnya sambil tersenyum gembira. Zhuge Yue segera melangkah dan tersenyum dalam cermin. "Cantik sungguh."

Chu Qiao berasa agak malu, malah telinganya juga kelihatan agak merah. Dia berkata, "Sejak bila saya cantik? Jangan mengarutlah."

Zhuge Yue terus tersenyum dari telinga ke telinga dan berkata, "Saya bercakap tentang diri saya sendiri. Awak yang perasan lebih. "

Chu Qiao berpura-pura marah dan mengangkat tangannya untuk mencubit pemuda itu. Namun, Zhuge Yue segera mengelak sambil mengejek Meixiang, "Tengoklah Cik Puan kamu ini, kalau saya tidak puji dia, dia pasti akan berasa sangat marah."

Meixiang lantas tersenyum riang dan melihat kedua pasangan ini tanpa mencelah. Cahaya matahari itu terasa hangat dan sudah ada bunyi mercun yang meletup di kejauhan. Ini kali pertama dalam masa yang lama Chu Qiao telah menyaksikan tahun baru yang gembira. Dia juga telah memasak juadah secara sendirinya, malah mengajar para pembantu cara membuat ladu. Dia juga mahu menyeret Zhuge Yue untuk memasak dengannya, tetapi kerana keyakinannya Zhuge Yue yang kuat terhadap patriarki itu, dia menolak.

Ketika orang ramai makan malam tahun baru bersama-sama, terdapat banyak lampu tanglung yang digantung sebagai perhiasan. Secara kebetulan pula, Zhuge Yue memakan ladu unik tunggal yang dipenuhi dengan buah kurma Cina dan para pembantu berkumpul untuk mengatakan kekayaannya untuk tahun yang akan datang akan menjadi hebat. Zhuge Yue dengan gembira memberi banyak ganjaran kepada para pembantu. Keseluruhan kediaman itu dipenuhi dengan pujian dan rasa syukur. Kediaman Zhuge ditutup rapat tanpa seorang pengunjung pun yang tidak dibenarkan masuk kecuali kumpulani Zhao Che yang datang pada tengah malam dengan dua periuk wain mahal. Chu Qiao dan Zhuge Yue meminumnya bersama-sama. Chu Qiao seolah-olah mabuk sambil bersandar dalam pelukan Zhuge Yue.

Para pembantu mula menyalakan mercun. Bunyi-bunyi letupan dapat didengari dan persekitaran mereka itu segera dipenuhi dengan suasana ceria. Chu Qiao dapat merasakan seolah-olah dia baru sahaja melihat senyuman licik Li Ce di langit. Tetapi apabila dia mengangkat tangannya untuk menyentuh wajahnya, dia hanya menyentuh udara.

Dia memang mabuk, tetapi kepalanya terasa seolah-olah begitu jelas. Pada ketika itu dia tiba-tiba teringat akan kenangan masa lalu. Dia teringatkan Xiao Shi, Mao'er, Ming Rui, Li Yang, rakan-rakannya di Jabatan Perisikan Tentera dan datuknya yang berumur. Dia tiba-tiba teringat akan kesakitan dan kerja kerasnya sepanjang tahun itu. Dia dengan jelas masih teringat bagaimana dia berjalan di antara sempadan kehidupan dan kematian seperti Encik Wu, Cik Puan Yu, Huanhuan dan banyak lagi wajah orang lain yang muncul dalam fikirannya. Dia juga berfikir tentang Li Ce dan Yan Xun.

Kebahagiaan yang datang begitu tiba-tiba, kini terasa seperti semuanya seperti satu mimpi.

Dia menghenyakkan kepalanya ke dada Zhuge Yue, sekaligus aroma badan pemuda itu mengisi lubang hidungnya. Matanya berair ketika dia mengangkat kepalanya dan memandang muka kacak pemuda itu dan dengan mata jelasnya, dia berkata, "Zhuge Yue, saya cintakan awak."

Zhuge Yue berasa sungguh terkejut apabila dia memandang ke arah wannita itu. Mereka kini sedang dikelilingi oleh para pembantu yang ramai dan suara wanita itu yang sangat lantang boleh didengari walaupun di sebalik kebisingan bunyi mercun. Orang-orang di sekelilingnya memandangnya dengan terkejut, tetapi dia langsung tidak kisah malah berkata dengan kuat lagi, "Zhuge Yue, saya telah jatuh cinta dengan awak!"

Bau setanggi menghemabus menyelubungi seluruh kawasan. Orang ramai tersenyum secara senyap. Bunyi suara Jingjing dan Pingan bercakap boleh didengari dari jauh. Muka Chu Qiao lantas berubah merah apabila matanya dapat melihat terus ke arahnya. Ia seolah-olah dia telah kembali kepada usia 17 atau 18 tahun. Dia sedang tersenyum kepada wanita itu dengan kebahagiaan yang diukir jelas di wajahnya.

Angin meniup di sisi telinganya dan dengan tiba-tiba dia diangkat oleh seseorang. Kemudian, di depan semua orang, Zhuge Yue meniggalkan makanan yang baru saja dijamah sebelum kembali ke bilik tidur. Cadar katil baru sahaja ditukar dan ia terasa segar dengan warnanya yang semua merah bersama lapisan sutera dan sulaman semua jenis watak mitos. Ia kelihatan hangat dan manis. Keghairan lantas terlayar dalam anak mata pemuda itu yang berwarna hitam. Dengan satu pergerakan lincah, dia telah menanggalkan kolarnya dan merenung wanita. Dengan suara yang sedikit serak, dia berkata, "Saya tak akan benarkan awak minum alkohol lagi." Setelah menghabiskan kata-katanya itu, pemuda itu lantas mencium dahinya dengan seluruh tenaganya. Nafasnya tersengguk dan hangat, seperti api yang sedang membara. Titik sentuhannya pasti akan terasa membakar dengan sensasi keghairahan. Chu Qiao lantas tersenyum dan memeluk pinggangnya sebagai balasannya.

Dengan langsir yang menutupi mereka, mereka masih dapat mendengar suara orang yang bercakap di luar, dengan ketawa yang tidak terhenti..

Dalam kehidupan, terdapat terlalu banyak perubahan dan seseorang tidak akan dapat meramal bila ribut akan datang dan jika gelombang yang sampai akan mengubah segala-galanya menjadi buruk atau tidak. Semua emosi yang dipendam dan perkataan yang tersembunyi pada akhirnya masih mendapat tempat untuk keluar. Tidak ada yang pasti dan satu-satunya perkara yang boleh dilakukan untuk bersyukur untuk apa sahaja yang ada sekarang.

Dia telah diliputi dek lapisan sutera dan langsir, terbaring dalam lapisan kain katil pada tubuhnya. Peluh menutupi tubuh wanita itu dan dia dipenuhi rasa keletihan yang berpuas hati. Dia bersandar pada tubuh Zhuge Yue dan memandang ke arah tingkap. Melalui lapisan kertas di tingkap, dia hampir dapat melihat bunga api di langit jauh, menerangi tanah itu.

Tidak kira apa yang berlaku pada masa akan datang, wanita itu tidak akan berasa takut lagi.

Selepas jamuan tahun baru selesai, kelemahan Empayar Xia kelihatan jelas. Terdapat banyak pelarian di rantau Longxi. Berjalan di jalan utama, seseorang dapat melihat orang menjual anak-anak mereka sebagai hamba supaya dapat mencari makan. Walaupun sesi persidangan telah mengerahkan bantuan bencana dan cuba mendapatkan dana untuk membantu pelarian itu, Empayar Xia tidak berjaya memulihkan keadaan dalam negara yang lemah akibat perang. Dalam beberapa tahun yang lalu, perang telah melemahkan empayar yang gah ini sehingga ke kemiskinan.

Yan Bei juga kini lebih kurang berada dalam keadaaan sama. Sebelum ribut salji tiba di rantau Longxi, Yan Bei telah pun ditenggelami bencana yang besar. Ribut salji memberi kesan buruk terhadap kawasan Bandar Lan dan rakyat jelat benar-benar kebuluran. Buat seketika, Yan Bei seolah-olah telah berada dalam sebuah situasi yang berbahaya.

Namun, ketika pegawai-pegawai Xia sedang meraikan kemalangan musuh mereka, Yan Bei secara rahsia telah menggerakkan 100,000 tentera untuk menyeberangi Tanah Tinggi Lanhe. Selepas mendaki Puncak Mulang yang lebih dari 6,000 meter tinggi, mereka berjaya memintas Sempadan Tanghu dan menyusup jauh ke dalam wilayah Tang. Mereka berjaya mencuri lebih kurang 1,000 tan beras. Keseluruhan operasi ini hanya mengambil masa empat hari dan apabila berita itu sampai ke Tang Jing, tentera Yan Bei telah kembali ke Sempadan Longyin dan telah berperang dengan Tentera Xia buat beberapa kali. Selepas insiden ini, ia seperti setitik air yang jatuh ke dalam periuk minyak mendidih, mengakibatkan satu gelombang besar di seluruh benua.

Empayar Xia dan Empayar Tang kedua-duanya terjerat dalam kemarahan, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa tentang Yan Xun. Walaupun ahli sejarah Xia menghamun Yan Bei ke atas perbuatan rompakan mereka dan Cendekiawan Tang menghina setiap nenek moyang Yan Xun, namun semua kata-kata mereka kosong sahaja. Lagipun, mereka tidak dapat melakukan lebih daripada itu. Sempadan Longyin begitu mantap dan stabil dan pasukan tentera Yan Bei pula sangat kuat dan ganas. Hakikat tentera Yan Bei masih kekal di belakang dinding mereka ialah sesuatu yang patut diraikan oleh Empayar Tang dan Xia.

Mendengar ini, Chu Qiao tidak dapat menahan senyumannya. Siapa yang boleh menandingi Yan Xun dalam keberanian mengambil risikonya?

Zhuge Yue masih nampak seperti dia langsung tidak berasa bimbang dan dia benar-benar mengabaikan bagaimana pihak istana telah memerintahkan supaya mereka menyerang sekali lagi. Semua orang tahu bagaimana Empayar Xia berada dalam sebuah situasi di mana mereka hampir tidak boleh berdiri dengan kaki mereka sendiri. Perjuangan untuk takhta antara pelbagai pewaris mula mencapai klimaks. Siapa yang akan mempunyai masa untuk terus menyerang musuh luaran? Sekiranya Zhuge Yue benar-benar mula memaksa pencerobohan, mungkin pada saat itu barulah para pegawai yang licik ini akan mengubah keputusan mereka.

Apabila dia mendengar berita itu, dia hanya sedikit terkejut. Dia tidak menjangkakan Yan Xun akan melakukan itu. Malah, ia bukan hanya dia. Mungkin di seluruh benua Meng Barat, tiada siapa yang akan memikirkannya. Lagipun, dia telah menggadai keseluruhan Yan Bei hanya untuk menarik perhatian tentera Xia ke arah Yan Bei sambil menyerang Empayar Xia. Tidak lama selepas itu, untuk menghapuskan para pembangkang, pemuda itu telah memusnahkan setiap ahli Kesatuan Da Tong yang telah membantunya untuk meraih kuasa. Malah, gurunya sendiri juga terbunuh. Bagi orang semacam itu, mungkin tidak ada yang berpendapat dia akan mengambil risiko sedemikian untuk orang awam Yan Bei. Malah Chu Qiao juga tidak memikirkan butiran ini.

Mujur, jeneral yang menyelia Sempadan Tanghu itu merupakan anak tiri Raja Jingan. Walaupun selepas reputasi Raja Jingan telah dimusnahkan, dia telah bertukar pihak ke Empayar Tang dengan cepat. Ini bertujuan untuk memegang tampuk kepimpinan ke atas tentera dan mengawal Sempadan Tanghu, iaitu kawasan terpenting bagi wilayah Tang. Walaupun begitu, sukar bagi pihak istana untuk memiliki kepercayaan penuh kepadanya. Oleh itu, ia bukanlah satu kerugian besar untuk Empayar Tang.

Tetapi kehilangan semua makanan itu... Kening Chu Qiao mula berkerut. Dia sekali lagi diingatkan tentang tempat-tempat yang telah ditinggalkannya itu, Tanah Tinggi Shangshen, Pergunungan Hui Hui dan orang-orang awam yang ikhlas dan baik hati.

Yan Xun telah menjadi lebih mahir dalam seni perang. Dia mampu menyembunyikan jejak tenteranya untuk beribu-ribu batu, bertindak pantas tanpa membiarkan seorang pun tahu. Dengan itu, dia mampu menyerang dan mencapai matlamatnya dalam satu percubaan. Dengan perancangan yang bernas dan keberanian yang luar biasa, dia akan mudah dianggap sebagai salah seorang jeneral yang paling berbakat di dunia ini. Selagi dia wujud, mustahil untuk Empayar Xia melepasi Sempadan Longyin. Walaupun Zhao Che yang memimpin pasukan tentera itu secara peribadi, ia tetap mustahil. Walaupun Zhao Che mungkin dapat menewaskan Yan Xun dari segi strategi, tenaga kerja, maklumat, senjata dan bekalan, tetapi apabila tiba masanya untuk keganasan dan kekejaman, Yan Xun akan sentiasa mempunyai kelebihan.

Bahagian yang menakutkan mengenai Yan Xun ialah kemampuannya menggunakan apa sahaja di sekeliling untuk membantunya mencapai kemenangan. Bukan itu sahaja, tetapi kemampuannya untuk membaca hati orang lain telah mencapai tahap yang baru.

Di dunia ini, dia mungkin satu-satunya orang yang mampu menandingi Zhuge Yue. Yan Xun mempunyai kelebihan untuk menjadi kejam tetapi Zhuge Yue mempunyai kelebihan menjadi misteri. Sekiranya kedua-dua mereka dapat bertemu satu sama lain di medan perang dan berjuang dengan kekuatan mereka, tentunya akan direkodkan sebagai pertempuran legenda.

Chu Qiao menggelengkan kepalanya dengan ringan. Walaupun dia telah penat menjalani kehidupan seperti itu, ketika dia berehat, dia masih akan memikirkan perkara-perkara itu. Dia akan membandingkan fikirannya dengan maklumat yang dia terima dan perlahan-lahan merungkaikan gambaran yang lebih besar. Selepas itu, dia akan mula mengatur langkah seterusnya, mengira dan mempertimbangkan langkah-langkah berikut untuk diambil. Dia seperti pemain catur yang benar-benar memuja papan catur dan walaupun dia berhenti bermain catur, dia masih akan merancang pelbagai situasi dalam fikirannya.

Kali ini ialah satu-satunya masa yang dia tidak tahu pihak mana dia ingin menyokong.

Walaupun dia dan Yan Xun musuh, dia berharap Yan Xun tidak akan dikalahkan. Oleh itu, selepas serangan menyelinap ke Sempadan Tanghu, dia juga berasa sedikit gembira, langsung tidak bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Raja Xiuli dari Empayar Tang.

Wanita itu tersenyum sinis kepada dirinya sendiri. Ia seolah-olah walaupun untuk seseorang seperti dirinya sendiri, ia sememangnya untuk menghapuskan semua emosinya. Sepanjang masa ini, semua yang ditinggalkannya ialah bayangan kabur dan sepasang mata hitam yang berani, bersama sepasang tangan yang kuat. Pada akhirnya, siapa yang sebenarnya berhutang dengan siapa? Bolehkah dia membalas segala budi masing-masing?

Walaupun ia mustahil untuk bertempur bersama, namun ia juga tidak perlu bagi mereka berdua untuk bertarung sampai ke pengakhirannya.

Tetapi, walaupun hakikat Yan Bei telah dapat mengelak kematian sementara dari bencana musim sejuk kerana makanan yang mereka ambil dari Empayar Tang, Yan Bei masih telah menjadi sebuah kawasan yang bercuaca dahsyat. Tiada konflik utama di sempadan pada Tahun Baru ini. Tidak kira Yan Bei atau Empayar Xia, kemajuan tentera telah dihentikan kerana musim salji ini.

Pada hari pertama bulan Mac, Maharaja Xia secara rasminya telah menganugerahkan kawasan Utara Hu kepada Zhao Che sebagai wilayahnya sendiri. Walaupun sekarang Zhao Che sudah menjadi pemimpin tidak rasmi di wilayah Utara, sebelum ini dia tidak pernah diberi gelaran rasmi. Maharaja Xia telah memilih masa ini untuk mengurniakannya dengan kuasa ke atas orang-orang Hu yang tidak pernah mengalami kerugian pada musim sejuk walaupun ia telah berada di penimbangan dewan persidangan buat masa yang lama.

Pada hari ketujuh bulan Mac, Marshal Besar Zhuge Yue akhirnya telah kembali dari kediamannya dan pergi ke Majlis Ketua-Ketua Terhormat. Putera ke-17 juga telah menunjukkan sikapnya yang ramah terhadap Zhao Che. Buat masa ini, status Zhao Che tiba-tiba meningkat. Sebaliknya, Zhao Yang mendakwa dia sakit dan tidak muncul di istana selama dua hari. Namun, berita yang datang dari Yan Bei menghasut kebimbangan Chu Qiao.

Pada hakikatnya, kandungan mesej itu tidak serius. Ia hanya menyatakan yang Yan Xun telah bersedia untuk meneruskan perdagangan dengan Empayar Xia, untuk menukar kuda dan besi dengan makanan, teh, garam dan sutera dari Empayar Xia.