Chapter 231 - Bab 231

"MaharaniDowager, Tuanku baik-baik saja. Dia perlu pulih."

Maharani Dowager berkata sambil air mata mengalir ke wajahnya, "Bagaimana kalian semua melakukan kerja kalian? Kalau ada sesuatu yang berlaku kepada Tuanku, kalian semua akan mati bersama beliau!" Apabila dia menghabiskan kata-katanya, dia berjalan ke arah Istana Yixin.

Para orang gaji berlutut di atas tanah dalam ketakutan, tidak berani menaikkan kepala mereka, apatah lagi menghalang perjalanannya. Chu Qiao mengikuti di belakang Maharani Bonda sehingga sampai ke Istana Yixin. Li Ce sedang tidur dengan nyenyak. Sewaktu Maharani Dowager melihat wajah pemuda itu, air matanya mula mengalir lagi. Maharani Dowager menbongkok ke hadapan dan cuba untuk menyentuh mukanya.

Salah seorang pembantu rumah Maharani Bonda lantas berjalan di hadapan Chu Qiao sambil berkerut dan bertanya, "Awak siapa? Kenapa awak ada di sini? Maharani Dowager sedang melawat Tuanku Maharaja. Orang luar tidak dibenarkan masuk."

Meixiang mengerutkan dahinya. Sebelum sempat dia berdebat, Chu Qiao menarik lengan baju pembantunya itu sebelum mengangguk lalu berkata, "Kami faham." Selepas menghabiskan kata-katanya, wanita itu segeri melangkah keluar dari Istana Yixin dengan Meixiang dan yang lain.

"Cik Puan? Tuanku memerintahkan supaya Cik Puan menemani beliau."

Chu Qiao menghela nafasnya. "Maharani Bonda dah kembali. Apa hak kita untuk tinggal di sana lagi?"

Qiu Sui menambah dari sisi, "Maharani Dowager sangat menyayangi Tuanku."

Tiba-tiba, Jeneral Sun Di menghampiri mereka dari hadapan. Apabila dia melihat mereka, dia terpaku dan bertanya, "Cik Puan, kenapa Cik Puan tak masuk ke dalam?"

Meixiang mencelah dan berkata, "Maharani Bonda dah kembali. Beliau halau Cik Puan keluar! "

"Maharani Dowager?" Sun Di berasa sangat terkejut ketika pemuda itu mendengar berita tersebut lalu dia pun bergegas ke arah Istana Yixin sambil berseru dengan suara yang rendah, "Siapa yang sambut Maharani Dowager balik? Tiada sesiapa yang mengetahui tentang rancangan cubaan untuk membunuh Tuanku itu. Mengapa beliau pulang pula?"

Tiba-tiba, sebuah jeritan yang membingitkan berkumandang dari Istana Yixin. Sun Di dan Chu Qiao berasa sungguh terperanjat lalu segera membuka pintu-pintu istana Yixin dengan kuat!

Maharani Dowager sedang memegang sebilah pisau belati dengan erat di dalam tangannya. Wajahnya yang kelihatan amat sayu itu kini berlumuran darah. Dia tidak lagi kelihatan seperti seorang wanita yang mesra dan lembut, malah kini dia kelihatan seperti seekor syaitan ketika dia berdiri di depan tingkap sambil menjerit tanpa henti, "Aku akan bunuh kau! Aku akan bunuh kau… Aku akan balas dendam demi Luo'er!"

Fikiran Chu Qiao terus kosong.

Sinaran matahari yang sangat silau memasuki istana dari pintu gerbang. Persekitarannya huru-hara dan sesetengah orang sedang berteriak dengan panik, menjerit meminta pertolongan, manakala yang lain bergegas untuk memanggil doktor kerajaan empayar. Para pengawal peribadi istana telah bergegas di hadapan sambil menghunuskan pedang mereka yang mengeluarkan cahaya perak yang terang.

Dia berdiri tercegat di tempatnya diiringi dengan cahaya yang menyinari matanya sehingga ia terasa jengkel. Pada masa itu, matahari juga seolah-olah menjadi sejuk. Tatkala ia bersinar padanya, hujung jarinya terasa meremang dan perlahan-lahan menyelubungi seluruh tubuhnya. Jantungnya mulai berdebar-debar, seolah-olah ia boleh melompat keluar dari mulutnya pada bila-bila masa sahaja. Dia mula berasa sebak dan pernafasannya perlahan-lahan menjadi sesak.

Pakaian Maharani Dowager telah dicemari dengan beberapa tompokan darah. Wajahnya yang pucat mempamerkan kemarahannya itu. Matanya nampak cerah tetapi raut wajahnya kelihatan amat ganas. Walaupun ditahan, dia tidak bergelut. Dengan kebencian yang besar dalam suaranya, dia berkata dengan dingin, "Binatang. Kamu semua memang patut mati. Aku dah bunuh dia. Sekarang, aku akan bunuh kamu semua untuk membalas dendam terhadap suami dan anak aku."

Pada saat itu, Chu Qiao melihat pandangan Li Ce.

Buat kali pertama dalam hidupnya, dia merasakan dia melihat hati pemuda itu melalui matanya, tidak seperti masa dulu yang mana raut wajahnya tidak dapat dibaca. Pada masa itu juga, Chu Qiao dapat melihat perasaan pemuda itu dengan sebegitu jelas sekali iaitu penindasan dan kekecewaan.

Pemuda itu terbaring di sana bersama darah yang mengalir keluar dari lukanya, mengotorkan jubah hijau miliknya. Dia memandang bondanya dengan senyap tanpa perasaan terkejut atau kebencian pada matanya. Apa yang dirasakan kini hanyalah keletihan yang melampau.

Angin bertiup kencang menghembus langsir-langsir di dalam bilik tersebut. Darah segar di lantai terus mengalir keluar walaupun sekumpulan pembantu sedang berlari ke depan untuk menghentikan darah tersebut. Teriakan panik daripada orang gaji kedengaran sekali lagi di luar istana. Semuanya kelihatan seperti ajukan kepada Chu Qiao kerana dia sudah tidak dapat melihat atau mendengar apa-apa. Pandangannya hanya tertumpu pada mata Li Ce sambil perasaan meremang menyelubungi seluruh tubuhnya sedikit demi sedikit sehingga ke hatinya.

Dia tiba-tiba memikirkan sesi perburuan di tanah tinggi Yan Bei bertahun-tahun dahulu. Seekor ibu serigala sedang kelaparan kerana salji yang lebat telah merosakkan seluruh ekosistem pergunungan. Dia dengan susah payah berjaya menangkap seekor elk dan makan daging itu dengan lahap manakala anaknya menyelinap ke sisi lalu menggigit-gigit kecil. Ibu serigala itu menjadi marah lalu mencakar anaknnya dan mencederakannya. Anak serigala itu segera meromok ke pokok yang jauh dalam ketakutan dan menangis ketika melihat ibunya namun ia langsung tidak berani untuk maju ke hadapan. Matanya kelihatan begitu menyedihkan, seperti anak yang telah ditinggalkan.

Sesetengah orang cuba untuk menariknya keluar, tetapi dia enggan beredar.

Chu Qiao tiba-tiba berasa sangat takut dan darahnya juga telah berubah menjadi beku. Jari-jemarinya menggeletar dan dia tidak mahu keluar. Darah itu menusuk matanya. Dia berasa takut yang dia tidak akan dapat melangkah ke sini sekali lagi apabila dia keluar.

Semakin ramai orang telah berkumpul di sekelilingnya, berteriak di sebelah telinganya. Pakaian nipisnya tidak dapat menahan tenaga tarikan yang dirasakannya daripada beberapa pasang tangan yang cuba merentapnya jadi ia terkoyak menjadi compang-camping. Tiba-tiba, dia berseru dengan keras sebelum berlari menuju ke dalam istana dan membebaskan diri daripada semua orang.

"Tangkap dia!" Seorang pengawal menjerit dan sejurus selepas itu, lebih ramai orang gaji yang bergegas ke arahnya. Wanita itu lantas berundur ke belakang tatkala bulu romanya bertambah meremang.

"Lepaskan dia!" Suara serak tiba-tiba bergema. Li Ce terhuyung-hayang untuk duduk dengan luka di dadanya masih lagi berdarah apabila dia menuding jari ke arahnya.

"Tuanku Maharaja! Tuanku Maharaja! Jangan bergerak!"

Kedengaran siri teriakan tiba-tiba bergema. Tubuh pemuda itu lantas rebah di atas katil yang diikuti dengan darah yang terpancut keluar dari mulutnya.

Sinaran matahari telah membentuk beberapa bayang-bayang bergaris pada dinding. Ketika itu, perasaan Chu Qiao bagaikan telah dicampak ke dalam sebuah jurang yang sungguh besar. Dia berdiri di luar kerumunan orang ramai itu jadi dia tidak dapat melihat ciri-ciri wajah pemuda yang sedang berada di atas katil itu. Wanita itu hanya boleh melihat satu tangan putih pucat yang sedang tergantung dari tempat tidur itu sahaja.

Ketika matahari terbit dan terbenam, bulan mula meninggi ke langit lantas membentuk lapisan putih di luar Istana Yixin. Pasir yang berada di dalam jam pasir mula kering sebutir demi sebutir, menyerupai roh yang akan ditarik keluar dari sebuah jasad.

Suara sebak seorang doktor tua yang beruban tiba-tiba kedengaran. Bayang-bayang wanita itu nampak seperti lut cahaya di sebalik langsir nipis tersebut. Namun, matanya tidak lagi kelihatan di sebalik lapisan tirai itu dan yang terdapat hanyalah cahaya lilin yang samar-samar berkerlip di dalam bilik.

Apabila dia bangun, suasana terasa sunyi. Pada waktu itu, dia berfikir dia sedang bermimpi. Walau bagaimanapun, apabila dia melihat wajah terkejut Meixiang, hatinya mula berasa sakit. Sebelum sempat dia memakai kasutnya, dia terus melemparkan selimutnya lalu melompat turun dari katilnya.

"Di mana Cik Puan Chu?"

Suara terpinga-pinga lelaki itu kedengaran dari luar. Wanita itu segera berlari ke luar, wajahnya kini telah bertukar pucat.

Sun Di memandangnya dengan raut wajah yang sedih. Dia menundukkan kepalanya dan berbisik, "Tuanku nak berjumpa Cik Puan."

Suasana terasa sunyi sepi di dalam Istana Yixin. Wanita itu memasuki kamar Li Ce selepas menyelak lapisan demi lapisan langsir itu sehinggalah ke katilnya. Pada masa itu, dia merasakan Li Ce dan istana itu akan menjadi satu.

Wanita itu lalu berlutut di sisi katil Maharaja Tang tersebut sebelum menghulurkan jari-jemarinya yang sejuk. Namun Chu Qiao terus menarik tangannya itu kembali apabila dia menyentuh lengan pemuda itu kerana tubuh Li Ce terasa lebih sejuk daripada jari-jemarinya. Ia terasa seperti salji yang turun sepanjang tahun di tanah tinggi Yan Bei.

Nafas dan suaranya yang lembut bergema di sekitar istana.

"Li Ce, saya ke sini untuk berjumpa dengan awak."

Keningnya bergerak sedikit tatkala dia membuka matanya untuk melihat wajah wanita itu. Pandangannya tampak tenang dan damai tetapi ia mengandungi banyak tanggapan dan kata-kata yang ingin dilafazkannya. Dia menghulurkan tangannya dengan bersusah payah dan melambaikan tangannya sambil ketawa dan berbisik, "Qiaoqiao..."

Air mata Chu Qiao mula mengalir pada wajahnya tatkala dia meraih tangan Li Ce. Ia hanya beberapa hari, tetapi pemuda itu telah kehilangan berat yang banyak sehingga titik tulangnya pun telah kelihatan. Chu Qiao mula berasa sebak dan suaranya tidak dapat didengari lagi.

Li Ce berkerut sedikit dan menghulurkan hujung jarinya untuk membelai wajah Chu Qiao. "Janganlah menangis..."

"Ini semua salah saya," Kata Chu Qiao bersama air matanya yang tidak putus-putus mengalir deras ke pipi. Hujung jarinya kini terasa sejuk.

"Saya berjanji yang saya akan berada di samping awak. Saya tak sepatutnya keluar."

Li Ce tertawa sambil terbaring di atas katil, sedang melihat corak bunga yang rumit di atas bumbung katil bersama tulisan kaligrafi itu. Suaranya kedengaran tenang dan tidak membawa sebarang kebencian apabila dia berkata, "Kenapa awak pula yang salah? Dia bonda saya. Siapa yang..."

Dia mula tercungap-cungap dan suaranya menjadi lemah. Chu Qiao cuba berlari keluar untuk memanggil seorang doktor tetapi tindakannya itu telah ditahan oleh Li Ce dengan kuat. Sukar untuk membayangkan dia telah cedera teruk.

"Siapa… Siapa yang boleh terfikirkannya?"

Ya, siapa yang pernah terfikirkannya?

Angin bertiup ke dalam bilik melalui tingkap lalu menghasilkan bunyi desiran. Dari jauh, suara pembantu rumah yang sayu dapat didengari.

"Saya mahu mengahwini awak sebenarnya. Tapi sekarang... saya takut saya tak boleh lakukannya lagi."

"Tak," Jawab Chu Qiao dengan tegas dan suaranya bergema di sekitar istana yang sunyi itu. Chu Qiao memegang tangannya dengan kuat seolah-olah dia hendak merampasnya daripada orang lain. "Tiada apa-apa yang akan berlaku kepada awak!"

Li Ce memandangnya dan tersenyum lemah. Senyumannya itu ibarat pisau tajam yang menembusi hati Chu Qiao. Dia tidak pernah berasa sebegitu takut sebelum ini. Tatkala air matanya mengalir pada wajahnya sehingga ke mulutnya, rasa pahit itu sukar untuk ditanggung lagi.

"Li Ce, jangan pergi. Tolonglah jangan pergi..." Dia menggoncangkan lengan pemuda itu perlahan-lahan dan berkelakuan seperti seorang anak yang kesepian.

"Apa yang akan berlaku kepada saya bila awak tiada nanti? Siapa yang akan menolong saya apabila saya ditimpa masalah? Saya tiada tempat tinggal lagi. Siapa yang akan benarkan saya hidup dengan mereka?"

Sebuah perasaan licik mula bermain dalam fikiran Li Ce lagi. Dia berpura-pura marah dan menegur main-main, "Oh. Jadi saya dah beli seekor khinzir lagi."

Beberapa tahun telah berlalu dalam sekelip mata. Chu Qiao memandangnya dengan tidak berdaya dan hatinya terasa sangat sakit. Suara pemuda itu kedengaran tenang seperti air mata air ketika dia menggumam, "Saya dah hantar seseorang untuk beritahu Zhuge Yue. Seseorang akan membawa awak ke sana. Tinggallah dengan dia dan hidup dengan gembira."

Apabila Chu Qiao mengetap bibir bawahnya, Li Ce teruskan percakapannya walaupun dengan berjeda, "Jangan... Jangan berlagak kuat dan lakukan sesuatu atas kehendak awak saja nanti..."

Malam itu terasa dingin. Li Ce berkerut dan menatap Chu Qiao dengan tekun. Tiba-tiba dia meminta, "Qiaoqiao, tolong saya untuk duduk."

Chu Qiao berasa terkejut jadi dia segera menggelengkan kepalanya. Walau bagaimanapun, sebelum sempat dia dapat bercakap, dia dapat melihat kedegilan dalam anak mata Li Ce yang menunjukkan dia nekad.

Hatinya terasa sakit sekali lagi sewaktu dia membantunya duduk dengan berhati-hati dan membiarkannya bersandar di kerusi berhampiran tingkap. Dia memakai pakaian merah terang yang bersulamkan corak naga. Penampilannya nampak sepi, sama seperti kali pertama mereka bertemu.

"Qiaoqiao, rambut saya kusut-masai."

Chu Qiao memahami maksudnya lalu mengambil sikat jed putih dan menyikat rambutnya. Gigi sikat itu menyikat rambutnya, manakala tangan putih pucatnya itu membelai pelipisnya, sehelai demi sehelai. Pada saat itu, mereka seolah-olah mengimbau kembali kenangan dan pengalaman yang telah mereka alami bersama selama ini. Tangan Chu Qiao mula bergetar, tetapi Li Ce tidak tahu kerana dia tidak menoleh kepalanya.