"Jadi kenapa kalau kita mati? Macam mana kita boleh merayu dengan musuh? Awak memang tak berguna!" Wanita muda itu berdiri tegak dengan matanya yang kelihatan jelas seperti kristal walaupun kulitnya pucat. Wanita itu berbogel tanpa seurat benang pun yang melitupi kulitnya sambil merenung Yan Xun dengan tajam, namun dia tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika dia terus memandang pemuda itu dengan tajam, "Kami orang kepercayaan Da Tong. Awak yang dah mengkhianati Da Tong pasti akan terima kematian yang teruk!" Selepas berkata demikian, dia menghantukkan kepalanya ke atas tangga batu lalu pergerakannya semua terhenti.
Segala yang berlaku terlalu cepat sehinggakan tiada siapa yang sempat berbuat apa-apa. Para askar bergegas menuju ke arah wanita itu selepas melihat tindakannya untuk membunuh diri. Salah seorang daripada mereka lantas meletakkan tangannya di hidung gadis itu dan memaklumkan, "Tuanku, gadis ini masih hidup!"
Yan Xun mengangguk tanda mendengar kata orang bawahannya tetapi pemuda itu langsung tidak membalas agar membantu gadis itu. Dengan sebab tertentu, dia merasakan pandangan gadis itu seperti telah pernah dilihatnya. Banyak kenangan yang sedang bermain di fikirannya. Dia melihat ke arah medan yang dipenuhi dengan darah itu sambil mengerutkan dahinya dan tiba-tiba dia berasa tidak berminat. Dengan sehayunan tangan, para askar terus bergegas ke hadapan. Pada masa itu, hanya bunyi jeritan sahaja yang kedengaran namun tidak lama lepas itu bunyi tersebut hilang bersama gadis-gadis tersebut.
"Kita akan terus memburu lebih ramai sekutu Da Tong. Bawa semua mayat ini untuk diberi makan kepada anjing," Yan Xun mengarahkan dengan tenang. Pengawal peribadi tersebut sedikit terkejut sebelum dia bertanya, "Bagaimana pula dengan mereka yang masih hidup?"
Hidup? Mata Yan Xun bercahaya. Peristiwa itu terbayang di matanya. Mata degil gadis itu bermain dalam ingatannya seolah-olah masih memandangnya dari suatu tempat lalu membuatkan dia berasa sedikit menggigil.
"Tuanku?" Cheng Yuan memanggil pemuda itu perlahan.
Yan Xun mengangkat kepalanya dan melihat semua orang sedang memandangnya sambil menunggu arahan darinya. Dia mengerutkan wajahnya dan berkata dengan dingin, "Bawa dia bersama." Selepas berkata begitu, dia kelihatan tidak lagi berminat dan mahu pergi.
"Berhenti!" Jeneral Zhuang menjerit. Dia berjalan menghampiri gadis yang cuba membunuh diri itu dan melutut di sebelahnya. Dia meraung dan menangis, "Oh, anakku! Ayah telah menyebabkan kamu ditimpa kecelakaan!"
Yan Xun menghadap ke arah lelaki tua itu sambil tersenyum sinis. Para pengawalnya lantas bergegas menuju ke arah Jeneral Zhuang untuk menahannya manakala yang selebihnya telah mengheret gadis-gadis itu ke kandang anjing. Kesan darah kemerahan kelihatan jelas di atas salji yang putih bersih.
"Yan Xun! Awak ini seperti seekor anjing yang tidak berhati perut! Walaupun kalau saya jadi hantu, saya tak akan lepaskan awak! Awak akan mati dengan teruk!" Teriakan yang menyedihkan kedengaran dari belakang. Sejurus selepas dia berkata demikian, para pengawal mula menendang mulutnya sehingga bertaburan giginya.
Yan Xun langsung tidak terganggu dengan kejadian itu malah dia meneruskan perjalanannya. Di belakangnya terdapat ramai pegawai yang menggigil ketakutan. Pemuda itu lantas tersenyum dingin, lebih dingin daripada takat beku ais. Kalau hidup pun terasa sakit dan lebih sanggup mati, kenapa dia mahu terganggu memikirkan bagaimana lelaki itu akan mati?
Angin yang bertiup menerbangkan jubahnya, kelihatan seperti sepasang sayap yang berat, melebar seperti seekor burung yang sangat besar malah telah memeranjatkan sang helang yang sedang berterbangan.
Kebanyakan tanah di Yan Bei semuanya telah tandus dan musim sejuk ini nampaknya akan berlarutan. Cuaca kembali sejuk apabila angin beku bertiup merentasi daratan lalu menghasilkan bunyi bising daripada baju besi para pengutus. Bunyi itu kedengaran dari dalam Istana Shuofang di sepanjang Pintu Gerbang Jinzi dan hanya kesunyian sahaja yang melanda Istana Shuiyao yang kosong itu. Tiang-tiang berdiri teguh manakala tirai bergoyang dan cahaya lilin berkelipan ditiup angin malah ada yang sudah terpadam, namun tiada siapa yang berani untuk menyalakannya kembali.
Seorang lelaki terduduk di dalam kegelapan itu dengan sebelah tangannya sedang memegang dahinya seolah-olah sedang tidur. Dia kelihatan sangat kesepian walaupun wajahnya sangat tampan. Namun, jika dilihat di bawah cahaya, terdapat beberapa helaian rambut berwarna putih di jambangnya. Dengan lampu belakang, kelihatan kerlipan berwarna perak yang tidak sekata.
Meja dapur yang sama besar dengan bilik tidur itu dihiasi dengan pesta yang sangat meriah. Ada banyak menu yang dihidangkan seperti itik liar yang direbus dengan bawang merah, sup sirip ikan bilis, arnab liar goreng dadu, katak goreng, hirisan burung merpati goreng bersama daun ketumbar dan banyak lagi. Namun, semua hidangan mewah yang memenuhi ruang meja itu langsung tidak disentuh malah minyak di dalam sup juga mula membeku dan membentuk satu lapisan nipis yang sejuk.
Dua orang penari yang berpakaian baju sutera perang telah diikat pada tangan dan pergelangan tangan mereka dengan loceng perak dan telah berlutut di atas tanah lebih dari enam jam. Walaupun memiliki mata biru yang cantik dan kulit yang putih, mereka tidak berani untuk mengangkat kepala malah hanya menggigil ketakutan sahaja.
Hari ini hari perayaan tahun baru. Keadaan di Istana Shuofang ini terasa sangat sunyi tidak seperti kesibukan di Istana Xia. Semua hidangan yang telah dimasak oleh tukang masak dengan sepenuh hati mereka langsung tidak terusik, hanya angin malam yang bertiup membawa bau makanan yang lazat.
Ah Jing berjalan masuk dengan langkah kakinya yang berat lalu membuatkan lelaki itu tersedar dari tidurnya. Yan Xun membuka matanya perlahan-lahan sambil keningnya berkerut sedikit. Wajahnya kelihatan agak pucat apabila disinari oleh cahaya.
"Tuanku," Ah Jing melutut di atas tanah dan berkata, "Tuan Feng menghantar surat."
Yan Xun kelihatan seperti baru lepas minum alkohol. Cawan itu terbalik lalu air tertumpah ke atas pakaiannya dan menyebabkan bau alkohol meresap dengan cepat ke udara. Dia mengambil surat tersebut dan membacanya dengan tenang. Keningnya berkerut sedikit seperti biasa dengan matanya yang kelihatan sangat tenang.
Di hadapan Yan Xun terdapat sebuah kerusi tambahan yang dilengkapi dengan set alat tambahan. Ah Jing tahu siapa yang sedang ditunggu tuannya itu tetapi orang itu mungkin tidak akan kembali lagi.
Ketika jam pasir itu mula mengosong, Yan Xun mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Surat itu cuma mengandungi ayat yang ringkas tetapi Yan Xun telah mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaannya seolah-olah dia mencuba untuk mengukir ayat-ayat itu di dalam hati. Selepas beberapa ketika, dia meletakkan surat tersebut di atas meja dan melapiknya menggunakan botol wain. Kemudian dia mengambil penyepit berwarna perak dan perlahan-lahan mula menjamah makanannya.
"Tuanku," Ah Jing mengerutkan keningnya sebelum mencadangkan, "Makanan itu sudah sejuk. Perlu ke saya minta mereka untuk masak semula?"
Yan Xun tidak bersuara tetapi hanya melambaikan tangannya mengisyaratkan Ah Jing supaya berundur. Ah Jing berterusan mengingatkan Yan Xun, "Tuanku, Tuanku tidak sihat sejak kebelakangan ini. Doktor pesan supaya Tuanku tidak makan makanan yang sejuk."
Yan Xun mengabaikan kata-kata pemuda itu, terus menjamah makanan dengan penuh berselera. Para penari yang sedang berlutut di atas tanah tadi bergegas bangun. Kaki mereka terasa kebas kerana berlutut lama di atas tanah sehinggakan mereka hampir terjatuh. Namun penari tersebut masih menghidangkan juadah yang tidak tercapai dek Yan Xun kepadanya. Api lilin yang menyala menitik satu demi satu seperti darah yang menitis. Loceng angin yang berada di luar pula lantas menghasilkan sebuah melodi yang segar dan menenangkan.
Dia hanya duduk dan makan dengan senyap. Peliknya, dia boleh menghabiskan semua hidangan yang penari tadi berikan. Cahaya lilin yang menyinari tubuhnya menghasilkan satu bayang-bayang panjang di atas lantai gelap itu. Tiba-tiba, Ah Jing berasa sedih apabila teringatkan bagaimana Chu Qiao makan selepas terjaga dengan cara yang sama iaitu damai, tenang dan perlahan. Ia seolah-olah setiap pergerakannya diiringi dengan rasa kesakitan.
Air mata Ah Jing mula bergelinangan. Dia tidak faham bagaimana mereka dapat bertahan dalam menempuh hari-hari yang sukar bersama dengan kesedihan dan kesakitan. Namun ketika mereka telah mencapai matlamat mereka, masing-masing terjatuh. Bagaimana mungkin mereka boleh sampai ke tahap mereka sekarang ini? Namun dia tidak berani bertanya dan hanya mampu duduk di sana seperti orang bodoh.
Lelaki yang mengambil tempat duduknya di hadapan makanan itu mula terbatuk. Pada mulanya dia hanya batuk ringan tetapi ia telah menjadi semakin kuat dan bergema di dalam istana kosong itu yang dipenuhi dengan keletihan.
Penari tersebut terkejut lalu dengan pantas dia menghulurkan sehelai sapu tangannya kepada Yan Xun. Sementara, penari yang seorang lagi mula menuangkan secawan wain untuk Yan Xun dengan tangan yang menggigil.
Yan Xun menutup mulutnya dengan sapu tangan tersebut dan membongkok seperti seekor udang karang yang telah dimasak.
Salah seorang dari penari tersebut menjerit ketakutan. Yan Xun memalingkan kepalanya untuk memandangnya dengan pandangan yang dingin. Wanita itu menghentikan langkahnya dan menundukkan kepalanya kerana tidak boleh melihat lelaki itu lagi.
"Tuanku, Tuanku demam ke? Hamba Tuanku akan panggil doktor sekarang."
"Tak perlu." Suara Yan Xun kedengaran sangat letih namun dia bercakap seperti biasa, dingin dan ringkas.
"Tuangkan wain." Yan Xun mengarahkan dengan tenang.
Penari yang duduk agak jauh darinya mengangkat kepalanya perlahan-lahan dan bercakap dengan suara yang bergetar, "Tuanku, tuanku tidak sihat… Tolong jangan minum lagi."
Yan Xun mendongakkan sedikit kepalanya dan pandangan matanya sedingin seluruh alam yang membeku.
Penari yang seorang lagi memandang wanita itu dengan ketakutan kerana risau Yan Xun akan menyalahkannya juga.
Walaupun semua mata kini tertumpu ke arahnya, dia dengan berani terus berkata, "Tuanku, minum arak tak baik untuk kesihatan Tuanku."
Kemudian dia menyambung, "Bukan sahaja minum arak itu tak baik untuk kesihatan malah ia juga akan menimbulkan banyak masalah. Hanya orang yang tidak kuat sahaja yang akan minum untuk mengelak daripada masalah mereka."
Suatu bunyi yang tajam kedengaran di dalam kepala Yan Xun. Seperti terkejut, fikiran Yan Xun kembali ke alam nyata. Selepas berfikir dengan serius, akhirnya Yan Xun menganggukkan kepalanya dan mengarahkan, "Baiklah, pergi buat air teh untuk saya."
Penari muda itu dengan gembiranya mengangguk. Dia kelihatan seperti seekor anak ikan yang lembut dan fleksibel apabila pinggangnya yang putih mulus itu terdedah ketika dia berlalu pergi untuk menyediakan air teh.
Istana itu kembali sunyi. Yan Xun berpaling menghadap Ah Jing dan dengan tenang berkata, "Kamu boleh pergi."
Ah Jing teragak-agak kerana merisaukan Yan Xun lalu dia bertanya, "Tuanku betul-betul tak nak berjumpa doktor?"
"Tak perlu." Yan Xun dengan tenang menggelengkan kepalanya, tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Mata Ah Jing lantas melewati surat yang dihantar kepada Yan Xun itu dan dia dapat melihat beberapa ayat di dalamnya. Dia sedikit terkejut tetapi cepat-cepat membongkok dan meninggalkan sepesanan pesanan kepada Yan Xun, "Tuanku, rehatlah awal."
Tanpa menunggu balasan, Ah Jing berpaling dan menuju ke dalam istana kosong tersebut. Kain sutera yang tergantung di dalam istana itu melambai-lambai dan terdapat ukiran burung yang berwarna-warni di atas tiang. Pada burung itu terdapat dua orang wanita, seorang berpakaian gaun sutera dengan perutnya yang kelihatan besar kerana mengandung dan lagi seorang berpakaian baju perang sambil memegang kapak. Merekalah dewi kembar Yan Bei.
"Tuanku, jemput minum teh. Kya!" Teriakan penari itu tiba-tiba kedengaran seperti akan menangis dan dia berkata, "Hamba patut mati. Saya sudah basahkan surat itu!"
"Tidak mengapa." Satu suara yang dalam menjawab dan memberikan arahan seterusnya, "Buangkan saja."
….
Berpindah ke kediaman Zhuge Yue di Xian Yang…. mereka tidak lagi melakukan pengawasan kerana telah ditemui…. Ah Jing memikirkan tentang kata-kata yang dilihatnya secara kebetulan seperti suatu perasaan yang tidak menyenangkan akan datang dari arah Xian Yang yang mendominasi Istana Shuofang di Yan Bei.
Dia melangkah keluar ketika pintu istana yang berat itu dibuka oleh para pelayan. Dalam kegelapan malam yang tenang, semua rakyat sudah tidak berminat lagi untuk meraikan peristiwa itu. Perang, cukai berlebihan, buruh paksaan, kematian, darah. Semua ini berlaku di keseluruhan dataran tinggi. Encik Wu sudah mati. Jeneral Xiuli telah melarikan diri dan itu telah menyebabkan kepimpinan kuku besi ini bertambah kejam. Perasaan takut akan kematian telah hilang oleh rakyat jelata kerana mereka hanya boleh hidup dengan berhati-hati selepas meninggalkan semua harapan dan impian mereka yang terdahulu.
Selepas berjalan melepasi sembilan pintu gerbang, akhirnya Ah Jing berjaya mendapatkan kembali pedangnya.
Adegan pertumpahan darah telah berlaku di hadapan pintu gerbang. Beberapa mayat diletakkan di penjuru istana itu semuanya dipenuhi dengan kesan tikaman dari tombak dan mereka semua telah ditikam sehingga hancur.
Para pembantu istana sedang memasukkan beberapa mayat ke dalam gerabak kecil dan bergegas ke arah pemandunya, "Cepat, bawa mereka pergi. Para pegawai akan tiba apabila langit sudah terang."
"Apa yang sudah berlaku?" Ah Jing bertanya.
"Mereka ini sisa baki ahli Da Tong." Seorang tentera yang asalnya dilatih oleh Kesatuan Da Tong itu menjelaskan dengan jujur sambil menyambung, "Ini gelombang yang kedua untuk hari ini. Selepas Tuan Zhuang mati, mereka menjadi semakin gila. Mereka berani menyerang kita secara terbuka."
Ah Jing mengerutkan dahinya. Dia yakin mereka tidak gila tetapi lebih kepada berputus asa sehingga sanggup membunuh diri sendiri. Semua pemimpin utama Da Tong telah dibunuh oleh Tuanku. Organisasi yang tidak dapat dihapuskan selama bertahun-tahun lamanya telah jatuh kepada sekutu mereka.
"Berhati-hati. Selalu berjaga-jaga."
"Jangan risau, Jeneral."
Salah seorang daripada pengawal itu tersenyum dan berkata, "Kami telah dilatih oleh Cik Puan Chu sendiri. Selagi kami mengawal pintu gerbang ini, kami tak akan membenarkan walau seekor nyamuk untuk masuk."