Chapter 181 - Bab 181

"Awak tahu kan, apa pun yang awak lakukan, saya tak akan lakukan apa-apa terhadap awak." Yan Xun memerhatikan wanita muda itu sebelum menyambung, "Kalau ia berlaku, orang lain yang akan membayarnya bagi pihak awak."

Cahaya di luar amat terang sehingga membuatkan anak mata Chu Qiao terasa sakit. Api yang menyala di dalam bekas pembakar itu berkelip lantas memanaskan bilik, namun darahny telah berubah dingin sehingga hampir membeku. Pandangannya tidak tetap, kelihatan seperti sedang menatap Yan Xun, tetapi dia juga kelihatan seperti sedang merenung jauh melepasinya. Mata dan pandangan pemuda itu tidak lagi jelas, bukan lagi seorang pemuda yang ceria seperti di tepi tasik sebelum ini, mahupun putera yang bersusah payah bersamanya di Istana Sheng Jin. Masa telah membawa jurang besar antara mereka di mana jurang tersebut tidak boleh diseberangi wanita muda itu, sementara Yan Xun juga sudah tidak lagi berusaha untuk menyeberanginya. Walau bagaimanapun, ketika Chu Qiao memikirkannya, dia menyedari kurang dari setahun telah pun berlalu. Dia benar-benar merasakan apakah maksud sebenar sebuah kekuasaan.

"Saya faham," Chu Qiao mengangguk kosong dan melambaikan tangannya. "Saya akan pergi dulu."

"Ah Chu," Yan Xun berasa sedih ketika melihat keadaan Chu Qiao yang lemah itu. Hatinya sakit. "Janganlah begini."

Chu Qiao menundukkan kepalanya dan menjawab tanpa sebarang emosi, "Walaupun saya bodoh, saya bukannya seseorang yang akan mengkhianati orang lain kerana takutkan kematian. Tuanku, tolonglah cari orang lain dengan baik. Nasib Yan Bei terletak di tangan mereka. Saya masih ada sesuatu untuk dilakukan, saya minta diri dulu." Sebaik saja dia menghabiskan kata-katanya, wanita muda ini terus beredar tanpa memandang Yan Xun. Tirai bergerak perlahan ditiup angin luar yang semakin kuat. Yan Xun duduk di belakang mejanya, merenung ke pintu dengan penuh kebingungan, seperti sedang mengharapkan sesuatu.

Ini merupaan kali pertama Chu Qiao memarahinya. Sepanjang bertahun-tahun ini, apapun yang dia lakukan, kesilapan apapun yang dia buat, Chu Qiao pasti akan memaafkan segalanya. Walaupun dia telah berputus asa dengan rakyat Yan Bei, namun Chu Qiao masih tidak merasa marah.

'Garison Utusan Barat Daya, Garison Utusan Barat Daya.' Yan Xun mengulanginya dua kali kerana kenangan yang tidak menyenangkan itu terlintas di fikirannya sekali lagi. "Nama ini menyakitkan hati aku betullah." Raja muda Yan Bei itu berkerut dan berfikir dengan teliti, jari-jemarinya mengetuk meja dengan sengaja.

Yan Bei berangin sepanjang tahun. Walaupun mereka telah keluar dari wilayah Yan Bei, cuacanya tidak juga panas. Ketika Chu Qiao baru saja keluar dari khemah, seorang lelaki berpakaian biru berdiri tidak jauh darinya dengan posturn badannya yang tegak, tetapi dia sengaja membongkokkan belakangnya sedikit, kelihatan seperti merendah diri dan dihormati, sedikitpun tidak nampak berlagak malah memancarkan aura budaya dan cara yang tidak dimiliki orang biasa. Melihat Chu Qiao yang sedang berjalan ke arahnya, dia meraih pandangannya perlahan-lahan dan mengecilkan matanya. Lalu, dia tersenyum, dan dengan lembut dia berkata, "Jeneral Chu, mesti sukar bagi Cik Puan."

Chu Qiao langsung tidak memandang pemuda itu, terus berjalan tegak menuju ke khemahnya. Lelaki itu tertawa dan menyambung dalam nada yang mengejek, "Nampaknya perjalanan Jeneral tak berjalan dengan lancar!"

Chu Qiao berhenti berjalan, mukanya berkerut sebelum dia berpaling ke belakang dan bersuara dengan rendah, "Cheng Yan, kamu benar-benar fikir yang saya tak berani untuk membunuh kamu?"

"Kenapa Jeneral berkata macam ini? Jeneral dah luangkan selama lapan tahun bersama Tuanku di ibu negara. Jeneral dah memenangi banyak pertarungan dan merangkul jumlah merit yang tidak terkira, malah bertindak dahsyat dengan memenggal kepala putera maharaja Xia ketiga secara peribadi. Siapalah saya hendak dibandingkan dengan Jeneral?"

Chu Qiao tetap berdiam diri, memandang dingin lelaki kacak itu dengan dirinya yang terasa seperti diselubungi dengan perasaan jijik.

Cheng Yuan tersenyum apabila melihat wanita muda itu dan berkata, "Bagaimanapun, orang yang hebat adalah orang yang banyak menerima kritikan dan cemburu. Jeneral tak rasa yang profil Jeneral itu semakin melampau-lampau popularnya sekarang ini? Apa-apa pun, Tuanku itu masih lagi raja Yan Bei!"

Chu Qiao mengejek dan memandang pemuda itu dengan rasa tidak puas hati. Dengan jelas, dia menjawab, "Jeneral Cheng, kamu tak layak untuk membuat Yan Xun dan saya bercanggah. Saya menghormati keputusannya dengan melantik kamu sebagai Jeneral, tapi ini tak bermakna kamu boleh berkelakuan tidak sopan di hadapan saya. Lebih baik kamu berdoa saya berkelakuan baik hari ini, atau saya tak boleh menjamin yang saya tak akan menyelinap masuk ke dalam khemah kamu untuk membunuh kamu. Kalau kamu mati sekalipun, kamu fikir Tuanku akan tinggalkan saya sebab kamu ke? Kamu naif sangat dan terlalu bangga dengan diri kamu sendiri."

Cheng Yuan mengecilkan matanya sambil memerhatikan Chu Qiao tetapi tidak berkata apa-apa. Chu Qiao berpaling dan terus menghilang dalam salji, tanpa sekalipun memandangnya.

Apabila Cheng Yuan berjalan masuk ke dalam khemah Yan Xun, raja itu masih lagi terduduk di mejanya dengan bingung. Cheng Yuan mendiamkan diri sambil menyilangkan tangannya dan berdiri dengan senyap. Selepas beberapa ketika, sebuah suara yang perlahan terdengar dari meja. Tanpa berpaling, Yan Xun berkata, "Jauhi dia."

Cheng Yuan mengangguk setuju dan menjawab, "Saya akan ikut perintah Tuanku."

"Kalau kamu buat dia marah, saya pun tak akan dapat menolong kamu."

"Baiklah."

Isyarat bunyi untuk makan malam bergema dan lantas sekumpulan besar tentera berjalan di atas salji sambil mengeluarkan bunyi dengan langkah mereka. Feng Zhi menjerit beberapa kali di luar pintu Yan Xun untuk bertanyakan masa makan malamnya namun Yan Xun langsung tidak menjawab kerana pemuda itu sedang merenung petanya dengan senyap, pandangannya beralih ke seluruh wilayah Xia dengan tajam seperti seekor helang.

Wajah Cheng Yuan berubah menjadi dingin selepas pemuda itu kembali ke khemahnya. Dia kemudian membaling jubahnya ke atas katil dan mengerutkan dahinya. Jiang Ting, pengawal setianya yang telah bersamanya selama beberapa tahun ini melihat keadaan Cheng Yuan seperti ini lantas dia bertanya, "Jeneral, apa yang dah berlaku?"

"Kita perlu musnahkan dia." Cheng Yuan meluahkan kata-katanya itu melalui jurang antara giginya. Tanpa perlu mendedahkan identiti seseorang itu, wajah Jiang Teng berubah, segera dia menasihatkan, "Jeneral perlu berfikir dua kali. Dia bukan calang-calang orangnya. Walaupun Jeneral berjaya, Tuanku pasti tak akan lepaskan perkara ini begitu sahaja."

"Saya tahu," Renungan Cheng Yuan tajam ketika dia meneruskan, "Tapi kalau kita biarkan dia hidup, lambat-laun saya pasti akan mati di tangannya sebaik saja dia berbaik dengan Tuanku."

"Tapi, Tuanku…"

"Jangan risau, saya tak akan bunuh dia sekarang." Cheng Yuan melabuhkan punggungnya di atas kerusi perlahan-lahan dan mengambil sebuah tablet jed putih yang bukanlah diperbuat daripada kualiti tinggi, tetapi ia mempunyai nama Chu Qiao yang diukir di atasnya. Ia adalah tablet panjang umur milik wanita itu. "Saya akan potong sayap dia dulu. Saya percaya yang Tuanku pasti akan berasa gembira untuk melihat hal ini."

Smash! Cheng Yuan melepaskan tablet itu dari tangannya yang membuatkan ia jatuh berkecai di atas lantai sambil mengeluarkan bunyi yang jelas kerana pecah seperti sebuah irama lagu.

"Lagipun, macam mana Tuanku hendak mencapai kemenangan-kemenangan besar kalau dia dihalang oleh seorang wanita? Masa depan dan harapan saya terletak di tangan Tuanku!"

Sungai Xuekui terletak di atas dan bertentangan dengan Laluan Yanming namun salji telah menyebabkan permukaan sungai itu menjadi beku dan ia mengambil selama 14 minit untuk ke Laluan Yanming dengan menaiki kuda dari kem Yan Xun. Namun kedua-dua Yan Xun mahupun Zhao Che tidak berani untuk memulakan serangan dengan sewenang-wenangnya seperti konflik yang terjadi pada kali pertama dahulu jadi selama lima hari, selain daripada kumpulan kecil pengintipan, tidak ada pertempuran besar yang berlaku. Mereka seolah-olah sedang menguji keupayaan masing-masing, menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.

Salji turun dengan lebat sepanjang hari semasa para pengintip melintasi permukaan tasik yang beku itu dengan membawa sedikit maklumat mengenai musuh ke kem masing-masing bersama mereka. Jabatan strategi ketenteraan dari kedua-dua pihak bekerja sepanjang masa untuk menganalisis sebarang informasi yang relevan dan menarik. Chu Qiao bekerja berterusan selama beberapa hari, lantas membuatkan dia kehilangan berat badan dengan sungguh ketara, namun ilmu pengetahuan dalam bidang ketenteraan wanita muda ini sememangnya telah mengejutkan para pemimpin Pasukan Tentera Pertama, Kedua dan juga Pasukan Helang Hitam Yan Bei. Dalam masa kurang dari tiga hari, wanita muda ini telah menjadi komander bagi keseluruhan Jabatan Strategi Ketenteraan.

Petang itu, Huanhuan dan Xiao He telah menghantar satu lagi pusingan rangsum dari Empayar Song yang memang cukup bagi semua orang untuk dibahagikan, memenuhi keperluan mereka seperti kubis dan daging. Yan Xun berasa teruja lantas memerintahkan Ah Jing dan oran-orangg bawahannya untuk memberikan sejumlah emas kepada Song pada hari itu.

Namun, disebabkan peperangan yang semakin hampir, Ah Jing sememangnya tidak mahu bergerak ke sana. Baginya, seorang komander biasa juga boleh menjalankan tugas seperti itu, tetapi Yan Xun mendakwa pemuda itu tidak mempercayai orang lain. Oleh itu, Ah Jing tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk menurut perintah rajanya dengan hatinya yang dipenuhi dengan rasa bimbang. Sebelum dia pergi, dia telah melawat Chu Qiao namun pemuda itu tidak mengenali mana-mana wajah yang muda sepanjang perjalanannya ke sana. Tiada lagi pemuda di situ kerana mereka telah pergi untuk merekrut lebih ramai askar, atau mereka telah tinggal di bandar untuk membantu penduduk awam membina semula kehidupan mereka dan bercucuk tanam. Hati Ah Jing lantas berasa tidak gembira. Chu Qiao tidak berjumpa dengannya namun Pingan, anak kecil yang sentiasa berjaga di luar pintu wanita itu, telah memberitahu Ah Jing yang wanita muda itu telah pergi ke kem pengintip untuk berkongsi maklumatnya dan tidak mengetahui bila Chu Qiao akan balik. Ah Jing meratap nasibnya dan beredar dengan perasaan murung.

Selepas dia pergi, Pingan segera masuk ke dalam bilik dan lantas bertanyakan kepada Chu Qiao sebab wanita muda ini tidak mahu berjumpa dengan Jeneral Ah Jing. Selepas berfikir untuk beberapa ketika, wanita itu menjawab, "Ini semua untuk kebaikan dia."

Keesokan harinya selepas Ah Jing bertolak, sebuah pertempuran telah berlaku di cerun Xiongxi yang terletak 40 kilometer jauhnya dari tapak perkhemahan. Pertempuran itu tidaklah besar, dan ia telah berlaku secara tidak sengaja. 200 orang pengintip telah terserempak dengan 100 orang askar Xia yang sedang membawa rangsum secara kebetulan dan tiada sebelah pihak pun yang hendak berhadapan dengan satu sama lain. Mereka memandang antara satu sama lain buat masa yang agak lama sebelum terpaksa mengangkat senjata mereka dan berperang.

Para pengintip itu sepatutnya dari pasukan tentera elit yang amat terkenal sebagai pakar dalam pengumpulan maklumat dan juga mahir dalam menunggang kuda, mempunyai kelebihan berkuda dan berpedang, tidak lupa juga berpengalaman dalam memanah jarak jauh. Pasukan kakitangan yang menghantar rangsum dari tentera Xia semestinya lebih lemah berbanding dengan pasukan pengintip Yan Bei. Apabila 200 orang pengakap bertemu dengan 100 orang askar yang membawa rangsum, pasti hanya akan ada satu pemenang yang tidak boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun, pengakap dari Yan Bei telah dikalahkan sepenuhnya dengan hanya 10 ke 20 orang dari mereka sahaja yang telah berjaya melarikan diri. Apabila Chu Qiao berjumpa para pengintip ini, dia serta-merta berasa terkejut dan dihurung ketakutan selepas mendengar penjelasan mereka lantas dia berlari kembali ke Jabatan Strategi Ketenteraan untuk mendapatkan salah seorang kakitangan, bertanya, "Siapa yang bertanggungjawab dalam logistik bagi pertempuran ini?"

Pegawai berjanggut putih itu jelas tidak menyedari akan perkara rahsia itu. Dia memandang Chu Qiao, tidak mampu untuk bercakap.

Chu Qiao bertanya dengan penuh amarah, "Katakan!"

"Dia kawan lama kami, tuan muda keempat dari keluarga Zhuge, Zhuge Yue," Suara perlahan tiba-tiba kedengaran dari belakang Chu Qiao yang terus berpaling untuk melihat Yan Xun sedang berdiri di pintu, topinya dipenuhi dengan salji. Pemuda itu kelihatan tenang, tetapi pandangan matanya dingin apabila merenung tajam ke arah Chu Qiao, cuba untuk mengenal pasti sebarang perubahan di wajahnya, tetapi tidak berjaya. Ekspresinya kekal sama ketika dia melihat Yan Xun sambil berkerut, cuba bertanya di dalam hatinya, 'Kenapa awak di sini?' Beberapa hari ini, mereka berperang dingin antara satu sama lain.

"Beritahu saya, berapa lama lagi awak masih mahu abaikan saya?" Yan Xun mengeluh dan berjalan ke arah Chu Qiao sebelum memegang tangannya. Chu Qiao cuba untuk melepaskan dirinya namun gagal, lantas dia berkerut dan cuba untuk melakukan teknik-teknik khasnya. Tetapi Yan Xun memadankan pergerakannya dan mengekalkan cengkamannya di tangannya.

"Ah Chu, janganlah marah lagi."

Chu Qiao menjawab dingin, "Bagaimanalah saya sanggup berani untuk marah Tuanku?"

Wajah Yan Xun suram ketika dia berkata, "Jangan buat masalah."

Chu Qiao mengangkat keningnya dan berkata, "Yan Xun, awak fikir yang saya tengah buat perangai kebudak-budakan, merajuk dengan awak ke?"