Cik Puan Yu ternyata seorang yang cerdik dan telah dididik bersama-sama dengan Encik Wu oleh Encik Wolong secara peribadinya. Encik Wolong ini suka hidup menyendiri dan khabar angin ada menyatakan
usianya sudah melebihi 100 tahun, pengaruhnya juga telah merebak jauh dan meluas sehingga anak muridnya terdiri daripada berbilang kaum, dari setinggi-tinggi pangkat seorang bangsawan sehinggalah ke para hamba dan juga pedagang-pedagang yang berkasta rendah. Encik Wolong seorang yang sangat berpendidikan tinggi dan telah menerima ramai anak murid tanpa mengira pangkat status mereka yang seterusnya menjadi pengikut beliau, menganugerahkan ilmu-ilmu dalam bidang yang berlainan mengikut kebolehan para pelajarnya yang termasuklah para cendekiaran terkenal, para bangsawan, para komander peperangan, para pembunuh upahan yang tangkas dan malah pedagang-pedagang bangsawan juga…
Encik Wolong telah mempunyai ramai anak murid, ada yang baik dan ada juga yang telah menggunakan ilmu yang diberinya itu untuk berbuat kejahatan. Salah seorang anak muridnya termasuklah Cheng Wenjing iaitu perdana menteri Tang yang kini berusia lebih dari 70 tahun, malah Yue Shaocong, si pembelot yang telah membenarkan orang-orang gasar Quanrong ke dalam Xia juga merupakan pengikutnya dahulu. Anak-anak muridnya yang lain termasuklah para pemimpin muda daripada persatuan penentang Da Tong, Wu Daoya dan Zhong Yu dan tuan muda keempat daripada Keluarga Zhuge, Zhuge Yue, juga pernah menjadi anak muridnya suatu ketika dahulu. Nama pemuda tersebut berlegar-legar di dalam ingatan Chu Qiao.
Zhao Che hampir menyerang. Mungkinkah pemuda itu akan berada di sana nanti? Chu Qiao mengeluh ringan sebelum menghirup semangkuk ubatan yang telah diberikan kepadanya dalam satu tegukan. Medan peperangan itu sememangnya sebuah tempat yang merbahaya semenjak pedang tidak mempunyai sebarang mata. 'Tak. Harap-harapnya tidaklah.' Chu Qiao menggumam sendirian.
Chu Qiao sedang memakai sehelai gaun kapas berwarna biru bercorakkan bunga magnolia yang telah disulamkan ke atas kot yang melekap pada kulit wanita muda itu dengan ketat, lantas membentuk sebuah lantera yang sedang memegahkan lagi susuk tubuh wanita itu. Dia terasa segar selepas tidur sepicingnya sebentar tadi dan wanita muda ini hanya ingin melangkah keluar dari kediaman tersebut setelah berhari-hari terperap di dalam sahaja. Para pembantu kediaman sibuk mendandankan gaya rambut Chu Qiao dengan meletakkan sepenyepit rambut jed berwarna biru lembut di atas kepalanya bersama dengan beberapa lagi barang kemas berwarna merah di mana rumbaiannya telah memberus cuping telinga Chu Qiao. Jarang benar wanita ini memakai pakaian wanita sebegini. Jadi, dia merenung ke dalam cermin buat masa yang lama supaya dapat menghargai rupa barunya bersama sedikit perasaan gembira jauh di sudut hatinya.
Angin di luar kencang jadi para pembantu kediaman telah mencadangkan untuk mengikuti gadis tersebut namun mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Chu Qiao yang memegang sebuah lantera kecil berbentuk seperti seekor kambing biri-biri sebelum melangkah keluar bersendirian.
Kini merupakan musim sejuk di Yan Bei. Terdapat sebuah keindahan di sebalik kesepian ketika melihat emping-emping salji berterbangan sunyi di udara. Cuaca di luar amat sejuk, jadi nasib baiklah Chu Qiao telah memakai helaian demi helaian pakaian bersama sehelai jubah di luarnya. Ubun-ubun kepala gadis itu berdenyut setelah hanya menghidu aroma ubat-ubatan dan asap sahaja beberapa hari ini namun dia serta-merta berasa bertenaga apabila melangkah keluar, bagaikan penyakitnya itu telah sembuh secara keseluruhannya. Bulan sabit kelihatan indah apabila ia terapung-apung di udara menyinari cahayanya yang memucat ke tanah seperti sinaran cahaya lilin yang merentasi sehelai kain lutcahaya dan kelihatan samar-samar, bersama angin meniup pokok-pokok yang sedang berdiri tegap pada malam itu yang lantas berdesir lembut menyapu tanah. Chu Qiao melangkah perlahan-lahan sebelum merenung ke arah bawah tingkap bilik bacaan Yan Xun, nampaknya pemuda itu baru sahaja pulang daripada kem perkhemahan para tentera dan masih belum tidur kerana lampu bilik bacaan tersebut masih lagi terang menyala, mempamerkan bayang-bayangnya. Namun, terdapat seseorang lagi yang sedang berada di dalam bilik tersebut, kelihatan sedang rancak berbual dengan raja tersebut akan tetapi Chu Qiao langsung tidak dapat menangkap sebait pun kata-kata mereka disebabkan angin yang terlalu kencang.
Wanita muda ini tiba-tiba berasa tenang di dalam hatinya, seperti dia baru sahaja bangun pada pagi hari dan membuka tingkap bilik untuk melihat persekitaran yang bersih dan indah, bersama cahaya matahari yang panas menyinari wajahnya daripada langit membiru yang ditemani oleh sekumpulan helang berwarna putih yang sedang melebarkan sayap mereka, berterbangan di seluruh negara. Terdapat sebuah cawan hangat di atas meja Chu Qiao dengan wap air panas yang masih lagi berlegar-legar di atas air tersebut, menerjah bagaikan dengusan seekor naga.
Chu Qiao telah mengambil masa yang lama untuk memastikan perasaannya buat Yan Xun. Semasa dia tiba di zaman ini pada mulanya, gadis ini telah menyatakan pendapatnya tentang ketidakadilan dunia tersebut daripada perspektif zaman moden, namun wanita muda ini telah diheret ke dalam zaman tersebut dan lantas merasakan setiap emosi di dalam dunia ini seperti kesedihan, kemarahan, kebencian, kesyukuran dan penghargaan… Wanita muda ini tidak lagi mampu mengekalkan pendapat yang neutral dan menjarakkan dirinya daripada memasuk campur dalam urusan-urusan zaman tersebut. Bagi Yan Xun pula, wanita muda ini membencikannya dahulu, namun perasaan tersebut telah lama-kelamaan bertukar menjadi penghargaan, ke belas kasihan, sehinggalah ke menaruh harapan buat satu sama lain. Perkara-perkara yang mustahil untuk diperkatakan kepada satu sama lain pada suatu masa dahulu kini membuak-buak di dasar fikiran tanpa dipinta dan lantas menjadikan ikatan mereka lebih teguh dan sememangnya kompleks setelah menempuhi ajal maut bersama-sama, tidak ubah dari sebatang pohon gergasi yang masih stabil dengan dasar akarnya, namun setelah kepala didongakkan, gadis ini tidak dapat melihat melepasi dedaunan yang tebal. Sebeginilah pendiam dan degilnya Chu Qiao dan tingkah lakunya itu tidak pernah berubah.
Pintu bilik bacaan dibuka dan seseorang melangkah keluar daripada bilik tersebut. Ah Jing yang bermata cekap itu terus ternampak Chu Qiao sedang berdiri di bawah pokok kelapa sawit itu lalu dia berteriak dan lantas menerkejutkan Yan Xun yang terus meluru keluar daripada bilik bacaan. Setelah melihat wanita muda itu, Yan Xun bertanya, "Kenapa awak berdiri di sini berseorangan? Awak tak ingat ke yang awak itu sakit?"
Chu Qiao tersenyum lantas menghulurkan tangannya supaya digenggam Yan Xun. Pemuda itu merenung gadis ini dengan kerutan di wajah sebelum menggenggam tangan wanita ini. "Sejuk sangatlah di sini. Awak sudah berdiri di sini untuk berapa lama?"
"Sekejap saja."
Sebuah aroma yang wangi tiba-tiba menyapa mereka sebaik sahaja kedua-dua pasangan ini melangkah ke dalam kediaman. Chu Qiao menghidu bau tersebut sebelum bertanya, "Bau apa yang wangi itu?"
Raut wajah pemuda itu tiba-tiba bertukar sesaat soalan tersebut diajukan. Yan Xun segera menolak Chu Qiao keluar kediaman sebelum merentap sebuah teko dan menuangkan sisa baki air di dalam teko tersebut ke atas periuk setanggi lalu asap putih terus terapung di atasnya. Yan Xun membuka tingkap dengan tergesa-gesa.
Chu Qiao berkerut dan terus mempersoalkan, "Yan Xun, apa yang awak sedang lakukan ini?"
Yan Xun melambai tangannya dan melangkah keluar. Dia berkata dengan nada yang rendah, "Kita tak boleh tinggal di sini lagi. Mari kita pergi." Setelah pemuda ini menghabiskan kata-katanya, dia segera merentap pergelangan tangan Chu Qiao dan mengheretnya ke dalam bilik bacaan.
Bilik Yan Xun langsung tidak mempunyai bau asap yang membuatkan Chu Qiao berasa senang hati, namun gadis itu masih berasa bingung apabila dia melihat seorang pembantu kediaman, Lanxiang, telah memberikan sehelai tuala untuk dilapkan pada wajah Yan Xun. Chu Qiao bertanya, "Yan Xun, kenapa dengan bilik bacaan itu?"
"Ini herba resin terbaru. Saya dah nyalakan setengah. Ia ada bau kesturi yang samar-samar."
"Bau kesturi?" Chu Qiao bukanlah seorang yang arif dalam bidang herba jadi dia berkerut dan bertanya, "Apa salahnya dengan bau kesturi itu?"
Pembantu kediaman yang mendengar kata Chu Qiao terdekeh kecil dan berkata riang, "Cik Puan, orang wanita tak boleh bau kesturi sebab ia boleh memandulkan mereka. Jadi, tak hairanlah kalau Tuanku berasa risau."
Chu Qiao terus tersipu malu apabila mendengar kata-kata Lanxiang itu dan lantas pipinya menjadi hangat. Para pembantu kediaman yang lain turut menyertai Lanxiang dalam dekehan kecilnya dan Yan Xun langsung tidak memurkai tindakan mereka itu, berpura-pura acuh tak acuh namun dalam diam pemuda itu sedang cuba untuk merenung reaksi Chu Qiao dari hujung matanya.
Chu Qiao terpana. Dia masih lagi seorang gadis lalu dia terus tersipu dan pipinya menjadi kemerahan bagaikan kelopak bunga pokok epal masam diiringi cahaya lilin yang menyinari gaun biru lembutnya itu membuatkan ia kelihatan bagaikan sebuah sungai yang mengalir tenang.
Bunyi tawaan yang garau kedengaran berdekatan dengan cuping telinganya, dapat merasai hembusan nafas pemuda itu yang panas bagaikan air laut. "Ah Chu, malam ini cantik, kan?"
Chu Qiao mendongak dengan gembira. Bilik tersebut agak besar dengan sehelai permaidani lembut yang telah dibentangkan di atas lantai bersama lapisan demi lapisan tirai sutera yang telah membahagikan seksyen-seksyen di dalam bilik tersebut, sekaligus melantunkan aura kemegahan di dalamnya. Sebuah katil bersulamkan sutera ungu yang mempunyai rangka hijau terpampang indah di dalam bilik tersebut bersama sehelai gebar yang kelihatan seperti ia mampu menghangatkan seseorang tanpa perlu berselimut. Yan Xun menghulurkan tangannya supaya para pembantu kediaman dapat membantu pemuda ini menukar pakaiannya. Chu Qiao terpana ringan melihat babak tersebut lantas dia berpaling ke belakang yang seterusnya mendapat tawaan kecil daripada Yan Xun, sekaligus membuatkan wanita muda ini lebih bertambah malu.
Chu Qiao bukanlah seorang wanita yang muda lagi jika dicampurkan usianya di dalam kedua-dua kehidupan jadi sudah semestinya gadis ini telah melalui kejadian yang lebih kurang sama sebegini sebelum ini. Wanita muda yang telah hidup bersama Yan Xun bertahun-tahun ini bukanlah seorang wanita yang terlalu mematuhi adat-istiadat dengan sepenuh hatinya, namun pada saat ini, dia sememangnya buntu dengan tingkah laku seterusnya yang patut diambil.
Para pembantu kediaman kemudian beredar dari bilik tersebut dan lapisan demi lapisan tirai ditarik jatuh. Hembusan nafas hangat Yan Xun mendekati wanita muda itu dari belakang dan pemuda ini berkata dengan suara yang garau, "Ah Chu saya ini dah besar. Dia dah pandai malu-malu kucing."
Kepetahan berkata Chu Qiao sehari-harian bagaikan telah terlepas dari akal fikirannya. Yan Xun menghulurkan tangannya untuk mendakap pinggang gadis ini dari belakang dan bibirnya mendarat ringan pada cuping telinga Chu Qiao sebelum dia mengeluh ringan dan berkata, "Dah seharian saya tak berjumpa awak."
Chu Qiao berasa takut sedikit dan buntu dengan tindak balas seterusnya lalu wanita muda ini yang sedang panik terus membalas, "Peperangan di bahagian timur akan bermula tak lama lagi, ke? Macam mana dengan persediaan awak?"
"Haih…" Yan Xun mengeluh tidak berdaya. "Ah Chu, kenapalah awak rosakkan suasana macam itu? Awak tak faham apa maksud sebenar saya, ke?"
Sebutir demi sebutir pasir yang mengalir jatuh di dalam jam pasir namun ia langsung tidak berbuat sebarang bunyi, hanya angin di luar sahaja yang menghembus perlahan. Salji yang mendarat di atas bumbung kediaman kadangkala terjatuh ke tanah, membuatkan emping-emping salji berterbangan di udara. Yan Xun mendakap Chu Qiao dengan senyap, bau badan pemuda itu menyelubungi udara di sekeliling mereka sebelum dia bertanya dengan suara yang mesra dan tenang, "Awak batuk tak hari ini?"
Chu Qiao menggeleng kepalanya. "Saya dah jauh semakin sihat."
"Baguslah itu. Awak makan ubat tepat pada waktunya?"
"Ya, tapi ia pahit sangat. Susah saya nak telan."
Yan Xun membalas, "Mestilah. Ubat apa saja yang tak pahit di dunia ini? Awak buang ubat itu senyap-senyap, tak?"
"Saya bersumpah atas nyawa saya sendiri." Chu Qia mengangkat tiga jarinya dan berkata, "Saya telan sampai ke titisan terakhir."
"Apa yang tak kena?" Yan Xun meraih keningnya. "Udara di dalam bilik ini pengap, ke?"
"Saya risau. Peperangan hampir nak tercetus di bahagian timur itu dan saya ini sakit sepanjang masa. Macam mana saya hendak membantu awak?"
Kehangatan tiba-tiba meluap-luap di dalam hati Yan Xun, jadi pemuda itu mengucup lembut leher Chu Qiao sebelum berkata, "Selagi awak bertambah pulih, itu sudah dikira sebagai membantu saya."
Yan Xun sedang memakai pakaian yang nipis jadi wanita muda itu dapat merasakan susuk tubuh dan segala ototnya melalui baju tersebut. Chu Qiao membenamkan dirinya di dalam dakapan pemuda itu dan sekaligus badannya mula memanas dengan perlahan, dia berbisik, "Saya harap saya boleh jadi lebih berguna."
"Awak dah cukup berguna," Yan Xun membalas mesra. "Awak dah ikut saya dengan sepenuh hati awak selama bertahun-tahun ini tanpa sekali pun berfikir tentang diri awak. Yan Bei dah stabil buat masa ini. Awak patut buat persediaan untuk diri awak."
"Untuk diri saya?" Chu Qiao tertarik. Ini sememangnya sebuah perintah yang baru. Jauh di sudut hatinya, wanita muda ini sedar hatinya bukanlah sekeras yang disangka orang ramai. Kini, dia sudah terbiasa bergantung pada orang lain, sudah terbiasa mematuhi perintah dan sudah terbiasa melakukan sesuatu kerja dengan matlamat yang sama. Memang sebeginilah caranya sewaktu di zaman moden dahulu dan ia langsung tidak berubah selepas wanita ini mengikuti Yan Xun. Bagaimanalah dia tahu cara untuk membuat persediaan untuk dirinya. Untuk dirinya? Untuk dirinya? Apakah yang boleh dilakukan untuk dirinya?
"Ya." Suara Yan Xun kedengaran rendah, namun dia melepaskan ketawa ringan sebelum menyambung, "Bila seseorang gadis itu membesar, dia kena buat persiapan untuk diri dia. Contohnya, mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami, membesarkan anak-anak dan menjalani hidupnya dengan gembira di dunia dan akhirat…"
Chu Qiao mencemuh kata-kata pemuda itu ringan dengan membalas, "Di manalah saya hendak mencari seorang lelaki yang berbaik budi di dalam dunia yang kejam ini?"
"Betullah itu," Yan Xun membalas sambil ketawa. "Awak boleh kenal seseorang itu, tapi bukan hati dia. Memang ambil masa yang lama untuk kenal seseorang itu dengan betul. Kalau awak buat pilihan yang salah, bukan ke itu bermakna awak sengaja melambat-lambatkan kegembiraan dan cinta hati sebenar awak?"
Chu Qiao berpaling dan membalas sambil ketawa juga, "Jadi, apa yang awak rasa saya patut buat?"
"Saya terpaksa mengaku kalahlah kalau begitu." Yan Xun terburai dalam ketawa dengan sepasang matanya yang sepet, membuatkan ia kelihatan lebih panjang dan kecil sambil bibirnya mengukir sebuah senyuman ringan.
Chu Qiao merenung pemuda itu dengan hujung matanya. "Awak nampak seperti terpaksa saja untuk mengaku kalah!"
"Tak juga." Suara Yan Xun bergema mesra di seluruh bilik. "Tapi, saya masih rugi sikit." Pemuda ini terus membenamkan Chu Qiao ke dalam pelukannya yang sangat erat sambil ketawa apabila pemuda ini melihat raut wajah wanita muda itu yang bakal berubah. "Semua kerabat diraja yang lain ada ramai isteri dan juga gundik, tapi saya hanya akan setia pada seorang. Bukan ke saya yang mendapat colok terpendek hari itu?"
Chu Qiao mendengus dan membalas, "Pergilah cari para gundik kalau awak mahu. Tiada siapa yang menghalang awak."
Yan Xun mendakapnya dengan lebih erat sebelum mendekatkan bibirnya ke telinga wanita itu dan berkata, "Saya tak ada tenaga untuk buat semua itu dan saya tak nak tengok awak merana."
Lilin merah yang terang masih lagi menerangi bilik tersebut apabila Chu Qiao berasa lemah-longlai di seluruh badannya. Yan Xun menambah dengan suara yang mesra, "Ah Chu, awak nak berkahwin dengan saya?"
Seluruh tubuh wanita ini terasa hangat dan air matanya mula bergelinangan. Pengembaraan hidup yang telah mereka lalui ini ialah sebuah pengembaraan yang sangat payah. Wanita ini tiba-tiba terkenangkan saat di arena buruan maharaja lapan tahun lalu dan lantas menyedari yang sebegitu lama sudah berlangsung daripada saat di mana pemuda itu sepatutnya membunuhnya.