Chapter 166 - Bab 166

Lapan tahun sudah berlalu semenjak Pertempuran Dataran Huolei pada masa ini dan Empayar Xia akhirnya menanggung risiko yang besar di atas perlakuan-perlakuan mereka itu selama hari ini sambil disaksikan oleh seluruh Yan Bei. Pada petang hari yang sama, Putera Keempat Belas, Zhao Yang, telah bergegas ke Beishuo dan memerintahkan setengah juta orang tentera untuk mengepung bandar tersebut sekali lagi dengan mengintegrasikan saki-baki Pasukan Tentera Barat Daya.

Pada waktu yang sama di wilayah Menglai yang terpencil di dalam tanah bumi Xia, Yan Xun akhirnya telah menerima pesanan daripada Cik Puan Yu melalui burung helang perutusan yang telah dihantar wanita itu dan pemuda itu terus memerhatikan ibu negara Zhen Huang yang tidaklah terletak terlalu jauh dari situ setelah dia membaca surat Cik Puan Yu itu. Yan Xun berdiri keseorangan untuk sekian lamanya sebelum akhirnya kembali ke khemah utama dan mengeluarkan perintah yang memeranjatkan semua orang, "Kita akan kembali untuk membantu Beishuo!"

Chu Qiao yang telah kembali ke Bandar Beishuo kini dilayan bagaikan seorang hero dengan seluruh pasukan tentera dan rakyat jelata Bandar Beishuo kecuali pengawal yang bertugas berkumpul di pintu gerbang bandar untuk mengerumuni wanita muda ini pada saat itu sambil bersorakan penuh gembira, seakan-akan mereka telah memenangi peperangan di Beishuo itu sahaja. Apabila Chu Qiao bergerak ke pintu gerbang bandar bersama Garison Utusan Barat Daya, khalayak ramai yang telah menyambut pasukan ini ternyata lebih ramai daripada mereka Yin Liangyu telah menggantikan jawatan. Lu Zhi yang telah mati sebagai timbalan komander tentera kedua terbaru untuk memimpin pasukan tentera tersebut supaya mengawal keadaan. Namun, pasukan tentera itu terlalu gembira menyaksikan kerumunan itu.

Chu Qiao memandang keadaan sekelilingnya dengan tenang. Walaupun Pasukan Tentera Kedua telah dirombak semula, jelas sekali mereka semua kelihatan letih dengan sisa-baki tentera yang masih hidup kini semuanya telah mengalami kecederaan dan berpakaian koyak-rabak. Mereka juga kotor berlumuran darah. Perasaan takut, keliru, tidak pasti dan sebagainya kini terpancar pada wajah mereka yang berdebu dan menggerunkan sehingga kebanyakan daripada mereka sudah kehilangan sarung pedang, jadi mereka hanya telah menyematkan senjata mereka di pinggang secara rawak. Bunyi lentang-lentung akan kedengaran semasa mereka berjalan. Wajah mereka cukup jelas melambangkan mereka sudah letih untuk berlawan.

Jika dibandingkan dengan Pasukan Tentera Kedua yang panik seperti sekumpulan arnab yang meromok ketakutan, para pegawai dan tentera dari Garison Utusan Barat Daya pula bagaikan langit dengan bumi. Mereka masih lagi berkeyakinan, tenang dan kekal dalam formasi mereka walaupun sedang berlumuran dengan darah dan kekotoran, sangat tegas dan berdisiplin apabila mengikuti Chu Qiao dengan langkah yang pantas menerusi jalan raya yang panjang. Bau darah menyelubungi udara apabila angin menghembus di jubah mereka yang diresapi darah sewaktu bertempur sebentar tadi. Mereka kelihatan langsung tidak berperikemanusiaan dan kesepian namun, setelah melihat wajah mereka, orang ramai terus bersorak kegembiraan. Walaupun sejuta orang tentera telah ditumpaskan dan pegawai-pegawai Yan Bei telah melarikan diri, hanya mereka sajalah yang tinggal untuk menentang musuh dan mereka menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan negara dengan setegas-tegasnya .

Yin Liangyu meluru ke hadapan. Orang ramai yang sedang membuat riuh-rendah itu telah menyebabkan topi keledarnya menyenget namun pemuda itu sudah kesuntukan masa untuk membetulkannya dan dia terus menyambut wanita muda itu, "Ketua Jeneral Chu, ketibaan Cik Puan di sini dah selamatkan Beishuo daripada kemusnahan. Seluruh Pasukan Tentera Kedua akan selamanya terhutang budi pada Cik Puan!"

Chu Qiao melompat turun dari kudanya dan tersenyum kecil sebelum membalas, "Jeneral Yin, awak ini melebih-lebih pula. Kedua-dua Pasukan Tentera Kedua dan Garison Utusan Barat Daya bersama-sama bertarung dalam hal ini. Bukan ke kita yang berkhidmat untuk Yan Bei." Kemudian, wanita muda itu menanggalkan penutup kepalanya, wajahnya masih lagi kelihatan bersih dan kemas walaupun mereka telah mengharungi pertempuran yang sangat dahsyat. Wanita ini sedang memakai pakaian seragam tentera, susuk tubuhnya yang tegak memancarkan kejelitaannya itu. Bukan sahaja dia seorang askar yang berani, malah daya tarikannya sebagai seorang wanita pun bukan calang-calang. Wajahnya yang jelita, kulit yang putih dan sepasang mata yang jernih telah menampilkan keyakinan dan belas kasihannya.

Mereka yang berada dalam khalayak ramai itu seperti tidak percaya. Para askar dan rakyat jelata yang tidak pernah melihat wanita ini mula melemparkan pujian kepada Chu Qiao. Pelbagai pencapaian yang telah dia kecapi bermulan dari pemberontakan di Zhen Huang sehinggalah ke pertempuran di Barat Laut, dari pergolakan di Empayar Tang sehinggalah ke pertempuran di Chidu sehingga orang terlupa akan usia dan penampilannya.

Pada saat ini, kejelitaan gadis tersebut bersinar-sinar bagaikan sebuah bintang yang berkilau terang di atas kepala rakyat jelata di medan perang itu. Mereka semua tidak dapat menutup mulut mereka dari mengujar, "Jadi inilah Ketua Jeneral Chu? Dia muda kan?"

"Betul! Sukar betul untuk dipercayai! Dia sangat cantik!"

Walaupun Chu Qiao telah menewaskan pasukan yang dipimpin oleh Zhao Qi, namun wanita ini sedar yang pertempuran ini tidaklah begitu bermakna kerana Zhao Qi hanya telah menghantar semua tentera simpanannya ke barisan hadapan untuk mempercepatkan tawanan. Tetapi, itu merupakan strategi yang masuk akal kerana Tentera Xia telah berjaya mengepung musuh dan telah berniat untuk menyelesaikan tawanan terhadap bandar itu menjelang waktu malam. Namun, merekalah satu-satunya pasukan yang menyerang kerana pasukan barisan belakang formasi tersebut kosong tak berpegawai dan tentera berkuda yang terdekat telah dihalang daripada Zhao Qi oleh dua formasi pasukan bantuan. Seluruh Garison Utusan Barat Daya pula merupakan tentera berkuda jadi pergerakan mereka sangat tangkas seolah-olah seperti seekor harimau bintang yang sedang meluru ke dalam kandang kambing biri-biri. Kematian Zhao Qi secara mendadak itu telah menyebabkan Pasukan Tentera Xiao diabaikan tanpa seorang jeneral yang handal lalu menjadikan mereka sebagai sebuah pasukan tentera yang biasa sahaja. Oleh sebab itulah Chu Qiao mampu mengecapi kemenangan dengan mudah. Namun, ratusan ribu orang tentera bukanlah sebuah pasukan yang boleh dihapuskan dalam masa satu malam sahaja dan Chu Qiao mula berasa risau dengan situasi pertempuran kini kerana mengetahui Zhao Yang akan tiba pada keesokan harinya pula. Akan tetapi, wanita ini tetap menyembunyikan perasan khuatirnya itu dan bertanya kepada Yin Liangyu, "Jeneral Cao di mana? Saya ada maklumat ketenteraan yang penting untuk beritahu dia."

Yin Liangyu dengan tegasnya membalas, "Jeneral ada dalam bilik persidangan. Cik Puan, sila ikut saya."

Bilik rehat jeneral tersebut kelihatan sama sahaja dengan jubin obsidian hitam yang disusun kemas di lantai. Obor menyala terang tatkala bunyi tapak kaki memenuhi koridor yang sunyi itu.

Apabila mereka tiba di hadapan bilik persidangan, dua orang pengawal muda menabik hormat pada Yin Liangyu sebelum menyapanya, "Jeneral Yin!"

Yin Liangyu mengangguk sebelum memperkenalkan Chu Qiao, "Ini Ketua Jeneral Chu dari Jabatan Ketenteraan."

Sudah tentulah dua orang pengawal ini pernah melihat Chu Qiao sebelum ini lalu mereka terus membalas, "Salam sejahtera, Ketua Jeneral Chu."

Chu mengangguk kembali, "Kerja yang baik."

"Tuan Jeneral ada di dalam?" Tanya Jeneral Yin.

"Ada. Dah lama Jeneral menunggu kalian berdua."

Yin Liangyu mengangguk dan meminta, "Tolong beritahu kepadanya yang kami dah tiba."

Salah seorang pengawal menurut lalu mengetuk pintu perlahan-lahan sebelum berkata, "Melaporkan! Tuan Jeneral, Jeneral Yin dan Ketua Jeneral Chu kini dah tiba untuk berjumpa dengan Jeneral!"

Angin yang bertiup perlahan melalui pintu koridor yang lantas diikuti dengan kesenyapan yang melanda bagaikan badai membelah pantai. Suara pengawal tersebut bergema kuat akibat tiada orang lain yang membalasnya.

Yin Liangyu berkerut. Dia melangkah ke hadapan dan berkata dengan lantang, "Tuan Jeneral Cao, Ketua Jeneral Chu dari Jabatan Ketenteraan ingin bertemu dengan jeneral!"

Masih tiada respons. Yin Liangyu berkerut lagi dan meneruskan pertanyaannya, "Jeneral, awak ada di dalam tak?"

Chu Qiao mengangkat keningnya dan berkata, "Macam teruk saja." Lantas, wanita muda ini terus menolak pintu bilik persidangan itu.

Pintu itu berkeriang-keriut apabila dibuka perlahan-lahan bersama angin kencang yang menyambut kehadiran mereka. Bilik persidangan itu kosong dan kerusi-kerusi telah disusun dengan rapi di tempat asalnya namun helaian-helaian kertas habis berterbangan seperti sekumpulan rama-rama di dalam bilik itu bersama Cao Mengtong yang sedang terduduk di kerusi asalnya tanpa sebarang pergerakan, membelakangi pintu masuk itu seolah-olah dia sedang memerhatikan peta besar di hadapannya.

Yin Liangyu menghela nafas lega ketika dia memasuki bilik itu, kemudian berkata dengan penuh hormat, "Tuan Jeneral, Ketua Jeneral Chu dah tiba. Cik Puan kata beliau ada beberapa perkara penting untuk dibincangkan bersama jeneral."

Cao Mengtong kelihatan seperti dia langsung tidak mendengar kata-kata yang diujarkan pegawai bawahannya itu apabila dia kelihatan kaku saja di situ. Chu Qiao berkerut lalu menghampirinya namun telah dihalang oleh salah seorang pengawal yang berkata dengan khuatir, "Cik Puan Chu…" Namun, sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, lidahnya tiba-tiba terkelu, matanya terbeliak ketakutan dan walaupun mulutnya ternganga luas, tiada perkataan yang dapat diujarkan.

Lengan baju seragam baharu Cao Mengtong sedikit terlipat dan lantas menonjolkan sebahagian daripada lengannya. Di lengan kirinya, terdapat sebuah parut lama dan kian memudar. Pakaiannya tampak kemas tanpa sebarang kedutan. Sapu tangan yang terlipat kemas terkeluar daripada kocek kirinya dan di sisi pakaian seragamnya pula terdapat sulaman emas yang berbentuk seekor helang perang yang besar bagi melambangkan pangkat tertingginya dalam jabatan ketenteraan. Lelaki itu bukanlah seorang yang berada di awal usianya lagi jadi terdapat kedutan di seluruh wajahnya dan otot-otot tuanya yang sudah mengecut sekaligus membuatkan kelopak mata dan mulutnya mengendur manakala rambutnya yang sudah beruban sepenuhnya itu disikat rapi namun tidak dapat melindungi usianya itu.

Sebilah pisau belati telah menusuk ke dalam dadanya dan darah yang mengalir dari tusukan itu sudah mengering. Udara yang menyelubungi bilik tersebut sangat dingin jadi darah itu telah membeku menjadi ais. Roh Cao Mengtong sudah lama meninggalkan jasadnya yang kesepian dan kelihatan tua dan lemah tatkala cahaya bulan menyinarinya.

Peta Yan Bei yang besar tergantung di hadapann jeneral tua itu. Terdapat sebuah garisan nipis yang telah menghubungkan banyak nama di tengah-tengah bumi yang berliku-liku ini. Dari sebelah utara Sempadan Meilin, melalui Pergunungan Huihui, Tanah Tinggi Shangshen, Bukit Siqiulan, Pergunungan Luori, Bandar Lan, Chidu, Beishuo dan akhirnya sebuah anak panah besar telah menunjukkan pada bahagian timur yang kaya dengan sumber.

Yin Liangyu dan para pengawal yang hadir amat terperanjat dengan kematian mengejut jeneral tertinggi mereka dan kini mereka buntu dengan langkah seterusnya.

Chu Qiao menghampiri mayat Cao Mengtong lalu menutup matanya yang masih lagi terbuka luas, wanita ini berasa suram dalam sudut hatinya. Cao Mengtong telah mengabaikan nyawa jutaan tentera dan juga rakyat, telah melantik para pegawai yang tidak cekap dan tidak berpandangan jauh dari segi strategi ketenteraan, dan lelaki tua itu juga seorang yang terburu-buru dan angkuh. Oleh sebab ketidakcekapan dan keangkuhan lelaki inilah yang telah memusnahkan peluang kemenangan Yan Bei dan menyebabkan pasukan tentera mereka yang terpaksa menanggung akibatnya, memang mustahil untuk merekodkan semua jenayahnya dengan teliti dan tiada satu balasan pun yang setimpal dengan segala tindakannya sebelum ini. Chu Qiao telah memikirkan pelbagai cara yang perlu digunakan wanita ini walau apapun yang terjadi untuk meraih kuasa dan memerintah Beishuo sebelum dia tiba di sini, dia juga telah bersedia untuk membidas orang tua ini dalam perbalahan demi memadamkan rasa amarahnya. Tetapi kini, setelah melihat orang tua yang sudah tidak bernyawa dalam cuaca yang dingin ini, amarahnya terus hilang seperti kabus.

Ini merupakan sebuah peperangan yang kejam. Semua nyawa harus membayar sejenis balasan ke atas penyertaan dalam peperangan ini dan hal itu benar bagi mereka yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

"Jeneral, tengok ini!" Seorang pengawal yang bermata tajam telah mengutip sekeping kertas dari meja lalu menyerahkannya kepada Yin Liangyu.

Yin Liangyu segera mengambil kertas tersebut dan dengan sekilas pandang sahaja pemuda ini mendongakkan kepalanya sebelum menyerahkan kertas itu kepada Chu Qiao. "Ketua Jeneral Chu, sekarang Cik Puanlah yang menjawat kuasa tertinggi dalam Pasukan Tentera Kedua. Saya, Yin Liangyu melaporkan diri!"

Chu Qiao mengambil sekeping kertas itu dan mendapati surat itu telah ditulis dengan formal oleh Jeneral Cao Mengtong yang telah merangka struktur kuasa bagi Pasukan Tentera Kedua. Di penghujung surat itu, dia telah menulis kata-kata semangat dan juga berharap agar Chu Qiao akan bertarung tanpa gentar lantas mencapai kemenangan buat Yan Bei, memang saling tidak tumpah daripada surat peralihan kuasa formal biasa.

Chu Qiao menghunus pedangnya sebelum berundur, berdiri tegak dan menabik hormat, "Jeneral Cao dah berkorban demi bangsanya. Dalam usahanya untuk menentang tentera Xia, beliau telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jeneral Cao merupakan tokoh terkemuka bagi pasukan tentera kita. Saya tak akan mengkhianati harapan Tuan Jeneral dan akan sentiasa taat tanpa menyerah kalah!"

Pada malam itu, arkib sejarah Yan Bei telah menyatakan: Sewaktu pertempuran di Beishuo, Tuan Jeneral Cao Mengtong, walaupun dalam usia tuanya, telah berjuang bersama pasukan tenteranya di tembok bandar Beishuo. Beliau telah membanteras Pasukan Tentera Xia dan mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di bilik persidangan pada malam 27 Oktober. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah menyerahkan tanggungjawab pemimpin kepada Cik Puan Chu Qiao iaitu Penasihat Ketenteraan di Jabatan Ketenteraan dan juga Ketua Jeneral bagi Garison Utusan Barat Daya. Tuan Jeneral Cao merupakan seorang yang berani, taat dan telah berkorban segalanya demi Yan Bei. Beliau merupakan seorang tokoh ternama bagi semua askar Yan Bei.

Related Books

Popular novel hashtag