He Xiao melambai tangannya berkali-kali semasa memberi arahan kepada para pemanah, "Tembak! Tembak! Bunuh semua celaka itu!"
"Jeneral! Jeneral!" Seorang pengutus tiba-tiba meluru ke arahnya sambil berteriak, "Arahan Cik Puan! Sediakan tarbil?"
Sebarisan tarbil yang berketinggian lebih dari 3 meter muncul di sebalik tembok bandar namun ini bukanlah barisan tarbil biasa kerana ia lebih besar, lebih tebal, dan lebih berkuasa daripada tarbil biasa. Kesemua tarbil itu mempunyai tiga gandar roda tambahan sebagai penyokong dengan spring gergasi untuk perejangan sehingga jarak lontaran tarbil itu mencecah lebih dari 400 kaki yang menjadikan ia dua kali ganda lebih jauh daripada tarbil kebiasaannya.
Seorang tentera berdiri di atas tembok bandar dengan butir-butir peluh yang mengalir di seluruh wajahnya, matanya pula membara dengan keterujaan, lantas bersorak sambil menggenggam sebilah parang sebelum memotong tali pemicu tarbil tersebut! Banyak pasangan mata yang sedang melihat spring tarbil berkeriang-keriut sebelum ia tersengguk seperti yang disangka apabila melontarkan batu-batu yang sebesar batu kisar melayang ke udara sebelum berdentum ke atas tanah sambil membawa dua orang tentera musuh bersama. Para musuh terus berpaling apabila mendengar ringkikan kuda yang juga telah dilenyek dek batu kisar tadi.
"Hidup Ketua Jeneral! Wooo!" Para tentera di sebalik tembok bandar Chudi bersorak kegembiraan buat pertama kalinya setelah dikepung Pasukan Tentera Xia.
Tiada sesiapa yang mampu mengekalkan ketenangan mereka apabila berhadapan dengan mekanisme peperangan yang sebegitu berkuasa, jadi para tentera Xia pun menoleh ke kiri dan ke kanan dengan terpana sehingga terlupa untuk meneruskan serangan mereka. Mimpi ngeri buat tentera Xia telah bermula apabila sebarisan tarbil itu dilepaskan pada masa yang sama, lantas membuatkan sehujanan batu-batu besar untuk menghempap ke tanah.
Babak itu sungguh mengerikan. Tarbil itu telah melontarkan batu-batu yang bukanlah kecil-kecilan sahaja, tetapi ia semuanya batu-batu kisar yang telah disedekahkan oleh rakyat jelata, kayu-kayu tebal yang digunakan untuk membina rumah, dan juga ribuan atap genting. Sekumpulan tentera telah dilenyakkan oleh sebuah objek yang besar, dan setelah diteliti dengan lebih dekat, barulah boleh dilihat ia sebuah patung singa yang kebiasaannya akan dilihat di atas tiang hadapan rumah-rumah agam! Tiada perisai mahupun senjata yang mampu menepis senjata ini dengan pedang para tentera yang hancur berderai, lembing dilenyek-lenyekkan sehingga menjadi timbunan kayu api, dan cebisan-cebisan tubuh badan tentera Xia yang terlempar di seluruh kawasan apabila berhadapan dengan senjata ini!
Mata Zhao Yang bertukar kemerahan sebaik sahaja melihat babak tersebut sebelum merentap kolar baju pegawai logistik senjata dan menengking ke mukanya, "Bagitahu aku? Senjata apa itu? Kenapa ia boleh melontar jauh sangat? Kenapa ia laju sangat?"
Pegawai itu seorang lelaki pertengahan umur dengan rambut yang beruban. Dengan kepayahan untuk bernafas, dia bergelut untuk menerangkan, "Ampun Tuanku! Ampun Tuanku! Saya betul-betul tak tahu!"
"Tak guna!"
"Tuanku, biarkanlah tentera kita berundur! Kita tak boleh nak terus menyerang kalau macam ini!" Situ Jing melangkah mendekati Zhao Yang dengan wajah yang suram,
"Tak! Jangan berundur!" Anak mata Zhao Yang membara-bara dengan keyakinan apabila dia mengarah dengan tegas, "Siapa yang berani nak berundur walau selangkah pun akan dihukum bunuh!"
"Mara!" Pasukan Tentera Xia berteriak dengan terdesak.
Sehujanan anak panah menikam pertahanan kebanggaan mereka berdekatan dengan kawasan istana dan bunyi dentuman demi dentuman batu-batu bergema kuat di bawah langit meluas sambil udaranya diselubungi dengan bau darah dan kematian. Peperangan ini berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Pada subuh hari keempat, para tentera Bandar Chidu tidak kiralah tentera kerahan mahupun Garison Utusan Barat Daya langsung tidak mampu membuka mata mereka lagi akhirnya menangis kegembiraan sambil bersorak bersama apabila melihat Pasukan Tentera Xia yang telah melarikan diri dari pertempuran tersebut.
"Tentera Xia dah berundur! Mereka dah lari!" Sorakan kegembiraan bergema di sebalik tembok bandar.
Chu Qiao terduduk di dalam ibu pejabat dan masih lagi mengarang arahan dan tiba-tiba wanita yang tidak dapat tidur semenjak tiga hari lalu terpaku setelah mendengar berita terbaru daripada tentera pasukan hadapan. Wanita ini lantas meraih pandangannya ke arah matahari yang menyinari cahayanya ke bumi dan ia terasa bagaikan sebuah mimpi.
"Ketua Jeneral! Ketua Jeneral! Tentera Xia dah lari! Kita dah menang!" Pingan meluru masuk ke dalam penuh gembira sambil memakai pakaian pengutusnya dan juga menghayunkan pedang yang berketinggian lebih separuh daripada budak kecil itu. Namun budak lelaki itu terus terkaku setelah memasuki bilik tersebut apabila melihat Chu Qiao yang sedang terduduk sepi di hadapan meja dengan penuh ketenangan di wajahnya bersama setitik air mata jernih yang mengalir daripada matanya.
"Ketua Jeneral! Ketua Jeneral!" Para tentera daripada Garison Utusan Barat Daya juga meluru masuk, lantas Chu Qiao mengelap air matanya sebelum berdiri, sekali lagi bertukar menjadi pemimpin yang amat dikenali ramai. Sorakan yang gemuruh terdengar kuat sesaat wanita ini melangkah keluar daripada para rakyat jelata dan jugalah para tentera yang mengerumuninya untuk melaporkan berita baik tersebut.
Chu Qiao memahami keterujaan khalayak ramai kerana kemenangan tersebut ternyata sebuah kemenangan yang membanggakan apabila hanya kurang dari 200 orang tentera sahaja yang terkorban daripada sekumpulan tentera seramai 3,500 orang yang telah dihantar keluar untuk berhadapan dengan 200,000 tentera elit pihak musuh sementara pasukan tentera mereka yang seramai hanyalah 10,000 orang tentera yang lebih tidak bersedia. Dengan kerugian yang sedikit itu, Garison Utusan Barat Daya mampu membunuh lebih 50,000 tentera pihak musuh dan mematahkan 17 serangan mereka, lantas menempah nama mereka untuk menjadi salah sebuah pasukan tentera elit di benua ini. Pertempuran Chidu bakal dicatat di dalam buku sejarah buat selamanya sebagai salah sebuah peristiwa yang telah memulakan Peperangan Utara!
Sementara kedua-dua belah pihak berehat pada malam itu, Chu Qiao tidak mampu untuk berkongsi tahap keterujaan yang sama seperti para pegawai yang lain kerana wanita ini lebih mengerti kekalahan Zhao Yang terhadapnya kali ini hanyalah kerana pemuda itu bingung dengan taktik Chu Qiao dan juga mekanisme peperangannya yang canggih. Pemuda itu pasti bakal menukar taktiknya dengan lebih bersepadanan mulai dari esok hari, dan ia akan menjadi mustahil untuk meraih kemenangan dengan sebegitu mudah lagi.
Tambahan pula, pegawai logistik senjata baru sahaja melaporkan lebih daripada 300 set Busur Silang Paitian telah mengalami kerosakan dan itu dianggarkan melebihi dari tiga perempat senjata daripada seluruh gudang senjata peperangan dan lebih dari separuh daripada keseluruhan anak panah telah digunakan. Kerosakan di tarbil semuanya boleh diperbaiki namun seluruh bandar telah pun tandus akibat semua khazanahnya yang telah dibaling di dalam pertempuran sebelum ini, hanya periuk api yang ditinggalkan sahaja yang bakal menjadi sasi-baki amunisi bandar. Chu Qiao memang telah menyangka dari awal lagi yang Chidu bakal menjadi lokasi strategik bagi pertempuran tersebut jadi wanita ini telah mengumpul kebanyakan senjata untuk di bawa ke sini, dan ternyata wanita ini benar.
Chu Qiao mengurut ubun-ubun kepalanya semasa wanita ini berkerut apabila merenung peta, lantas menggumam beberapa kaedah pertahanan berulang-ulang kali. Pingan memasuki bilik itu dengan senyap dan lantas mengisi seteko yang berisi teh sebelum menukar arang yang baru ke dalam pendiang api.
"Pingan, sekarang ini pukul berapa?"
Budak kecil itu mengangkat wajahnya dan membalas, "Jeneral, sekarang ini dah pukul sembilan malam. Cik Puan patut berehat sebaik mungkin, sebab Jeneral memang tak tidur beberapa hari ini."
Chu Qiao yang bergelut untuk membuka matanya itu lantas berbaring di atas meja dan berkata, "Panggil saya sewaktu pukul 11 malam."
"Baiklah."
Tidak lama selepas wanita ini dibuai mimpi, namanya telah dipanggil namun Pingan berbisik dengan cemuh, "Ketua Jeneral baru saja tidur. Hal apa yang awak ada? Tak boleh tunggu sampai subuh ke?"
"Pingan, biarkan mereka masuk."
"Jeneral Chu!" Empat orang tentera memasuki bilik tersebut dengan ketua kumpulan tersebut yang menerangkan, "Kami orang-orang bawahan Cik Puan Yu. Cik Puan Yu dah terima pesanan daripada Jeneral, dan hantar kami."
"Cik Puan Yu terima surat-surat saya?" Chu Qiao terus menjadi teruja setelah mendengar kata-kata tersebut lalu berdiri. "Apa kata Cik Puan Yu? Bila dia boleh hantar pasukan bantuan ke sini? Ada apa-apa maklumat mengenai pergerakan pasukan tersebut?"
"Jeneral, Cik Puan tak menyebut mengenai apa-apa hal yang penting pun, cuma beliau telah meminta supaya Ketua Jeneral dapat pergi ke Bandar Lan dengan segera kerana beliau ada sesuatu hal mustahak untuk dibincangkan bersama Jeneral."
Chu Qiao lantas berkerut sebelum bertanya perlahan, "Apa yang kamu kata?"
"Jeneral, Cik Puan memerintahkan supaya kami mendesak Jeneral untuk bergerak ke Bandar Lan supaya perkara mustahak itu dapat dibincangkan segera." Ahli tentera itu mengulangi kata-katanya dengan berhati-hati.
Chu Qiao mengangguk, "Dia ada kata apa-apa lagi ke selain dari itu?"
Ahli tentera itu membalas, "Tak, Jeneral."
"Oh, baiklah. Sila tunggu beberapa ketika sementara saya kemaskan barangan keperluan saya." Chu Qiao mengangguk. "Pingan, mari sini, bawa kot saya daripada dalam bilik ke mari."
Pingan si anak kecil yang bijak itu hanya berdiam sambil berkerut sebelum melangkah ke arah bilik dalaman namun salah seorang tentera itu lantas merentap pergelangan tangan anak kecil itu lalu meraih wajahnya dan berkata, "Jeneral, saya rasa itu semua tak perlu. Kita dah sediakan segalanya untuk Jeneral. Kita boleh bergerak sekarang."
Namun tangan Chu Qiao direntangkan panjang dalam sekelip mata sahaja dan selembar batu dakwat tiba-tiba dilayangkan sebelum terlanggar pada bahu tentera tersebut, sekaligus mematahkan tulang-tulang bahunya, akan tetapi tiada satu suara keperitan pun yang terkeluar dari mulut si tentera. Pingan merupakan seorang anak kecil yang cerdik lalu dia pun bergolek ke arah tingkap untuk melarikan diri daripada para tentera dan terus menerjun ke bawah.
"Tangkap dia!" Ketua tentera tadi terus memberhentikan segala lakonan mereka setelah identiti mereka dibongkarkan. Kumpulan itu menerkam ke arah Chu Qiao dan ia kelihatan seperti sekumpulan penyerang ini memang mahir dalam seni mempertahankan diri.
Pergerakan Chu Qiao teramatlah pantas apabila dia mengeluarkan sebilah pisau tajam yang disembunyikan di sebalik lengannya untuk dilayangkan ke arah salah seorang penyerangnya namun pisau tersebut sekadar menggeser bahunya sahaja yang lantas membuatkan pemuda itu mengerang. Chu Qiao seterusnya menolak meja sebelum membalik kuang ke udara dan terus menghentakkan kakinya pada badan seorang lagi penyerang lalu pemuda itu terpelanting ke belakang sebelum terhempas pada sebuah rak buku, sekaligus menjatuhkan dua buah pasu bunga tembikar ke atas lantai. Pintu bilik tiba-tiba terbuka dan lebih dari 30 orang pengawal meluru masuk ke dalam bilik dan lantas menumpaskan para penyerang tersebut. Para pengawal itu ialah pengawal-pengawal yang telah ditugaskan Yan Xun kepada Chu Qiao dan Song Qifeng, ketua pengawal tersebut melangkah ke arah Chu Qiao dan bertanya dengan cemas, "Ketua Jeneral tak apa-apa ke? Ada tercedera di mana-mana?"
"Saya baik-baik saja." Chu Qiao menggeleng kepalanya dan berkata dengan gigih, "Mereka tak cuba nak bunuh saya." Wanita itu lantas melangkah ke arah ketua penyerang dan menyoal, "Siapa hantar kamu?"
Pemuda itu tersenyum kelat. "Saya dengar yang Cik Puan Chu ini memang handal dalam mempertahankan diri. Hari ini, saya dah saksikannya dengan mata kepala saya sendiri, dan saya boleh kata yang apa yang diperkatakan itu bukannya khabar angin saja,"
"Beritahu saya hal sebenarnya dan saya akan boleh berunding untuk lepaskan kamu."
"Ketua Jeneral, semua kata saya benar-benar belaka. Kalau Cik Puan tak percayakan saya, saya memang tiada pilihan lain."
Chu Qiao berkerut kebingungan apabila banyak fikiran yang terlayar di mindanya dan lantas wanita itu berpaling dan bertanya Song Qifeng, "Siapa yang benarkan mereka masuk ke dalam bandar?"
Wajah Song Qifeng langsung tidak berubah apabila dia membalas perlahan, "Hamba Cik Puan ini tak ada jawapan kepada soalan tersebut."
Chu Qiao lantas menoleh ke kiri dan ke kanan dan bertanya secara tiba-tiba, "Pingan di mana?"
"Pingan?" Song Qifeng bertanya. "Saya tak nampak dia pun."
"Kamu tak nampak dia?" Kerisauan lantas terlintas di dalam anak mata Chu Qiao sementara wanita ini merenung Song Qifeng. Tiba-tiba, dia tersenyum lembut dan berkata, "Oh, dia mungkin dah keluar untuk minta pertolongan. Dia mungkin sedang meluru ke arah Garison Utusan Barat Daya dan tak terserempak dengan kalian. Mari kita keluar dan cari mereka?"
Bunyi pedang membelah udara tiba-tiba bergema apabila lebih dari sepuluh pedang berkilau tiba-tiba diletakkan pada leher wanita itu. Song Qifeng tersenyum kelat berkata, "Semenjak Jeneral dah teka dengan tepat, jadi saya tak perlu nak berlakon lagi."
Riak wajah Chu Qiao terus membatu apabila Song Qifeng membuka tali ikatan empat orang pemuda tersebut. Kalaulah renungan wanita itu dapat membunuh!
"Cik Puan, saya betul-betul minta maaf. Qifeng hanya mematuhi perintah saja. Kalau ada apa-apa perlakuan saya yang sudah menyakitkan hati Ketua Jeneral, saya harap Jeneral dapat maafkan saya."
Chu Qiao yang kelihatan tenang itu berkata tegas, "Kamu bekerja untuk siapa? Kesatuan Da Tong? Empayar Xia?"
Song Qifeng menunduk hormat. "Semuanya akan terjawab bila kita sampai ke destinasi kita."
Pemuda itu melangkah ke arah wanita tersebut. "Saya faham yang Jeneral ini memang handal jadi saya memang tiada pilihan lain dari untuk meminta kerjasama Jeneral." Setelah itu, dia menutup mata dan menyumbat mulut Chu Qiao dengan sehelai kain sebelum mengikat tangannya, lantas menyekat segala pergerakan wanita itu.
"Bergerak keluar!" Arah Song Qifeng dan lantas orang ramai di dalam bilik tersebut melangkah keluar. Tidak lama kemudian, sebuah gerabak muncul dan Chu Qiao diangkat ke dalam gerabak kuda tersebut apabila mereka bergerak ke Utara.
"Berhenti! Siapa kamu?"
Song Qifeng berdiri di atas kudanya dan membalas, "Saya ketua pengawal Tuan Chu, dan ini pengutus daripada Bandar Lan. Kita akan bergerak ke arah Bandar Lan. Ini bukti daripada Tuan Chu."
Para pengawal terus mengubah tingkah laku mereka setelah menyedari dia adalah Song Qifeng, "Oh, inilah Tuan Song. Sila tunggu sebentar, saya akan buka pintu gerbang secepat mungkin!"