Chapter 156 - Bab 156

"Awak dari tentera mana? Cepat laporkan identiti dan nama jeneral awak!" Sebuah suara yang kuat tiba-tiba memecah udara dan bergema di telinga setiap orang. Chu Qiao pula yang sedang memenggal kepala salah seorang tentera Xia itu terus mendongakkan kepalanya apabila mendengar suara orang yang kedengaran sangat dikenalinya.

Kumpulan yang sedang menghampiri mereka itu kelihatan 5,000 ganda lebih kuat dan memang jelas dilihat pasukan tentera tersebut telah dilatih dengan baik dari bentuk formasinya sahaja jadi Tentera Xia langsung tidak mempunyai pilihan lain lagi selain menghentikan serangan mereka terhadap rakyat-rakyat itu. Salah seorang pegawai lantas membalas, "Kami Garison Xia di Area 18 Yan Bei, Unit Ke-21. Awak siapa?"

Mereka Garison Xia di Yan Bei? Chu Qiao akhirnya memahami segalanya pada masa itu. Kemerdekaan Yan Bei telah diumumkan dalam masa semalam sahaja namun dalam separuh bulan, garison asal empayar itu telah dihapuskan dari dalam kawasan Yan Bei sendiri. Namun, oleh sebab tempoh masa kemerdekaan yang sangat singkat dan setelah mempertimbangkan bagaimana Empayar Xia mengumpul pasukan tentera untuk menakluk Yan Bei, Chu Qiao memang tidak mempunyai masa untuk mencari dan menghapuskan saki-baki tentera Xia. Sebagai akibatnya, masih terdapat beberapa kumpulan kecil Xia yang masih berada di sempadan.

Mereka ini pasti Tentera Xia yang telah ditugaskan sewaktu pemberontakan dahulu namun masih belum dihapuskan lagi. Setelah mendapat tahu mengenai serangan Xia, mereka berkumpul semula dan berharap agar dapat membantu melancarkan serangan tersebut. Namun, mereka telah mewujudkan pertumpahan darah secara besar-besaran untuk mengelak daripada mereka dikesan oleh rakyat Yan Bei yang menyahut perintah negara untuk menjadi tentera kerahan. Jadi, asal-usul mereka ini sudah diketahui tetapi bagaimana pula dengan pasukan yang sedang menuju ke sini?

Setelah mendengar tentera Xia itu melaporkan tentang asal-usul mereka, pasukan yang menghampiri mereka terus terdiam. Angin kencang yang bertiup di antara mereka telah menerbangkan salji ke udara yang lantas menghasilkan sebuah ilusi seperti ia kelihatan seperti bersalji semula.

"Serang!" Sebuah suara yang kuat dan jelas berkumandang. Ia merupakan bunyi begol yang sama dengan bunyi begol yang digunakan oleh tentera Xia sebentar tadi. Pihak lawan menghayunkan pedang mereka dan pasukan yang tidak diketahui identitinya itu hanya meneruskan permusuhan dan menyebabkan askar Empayar Xia berasa panik. Komander mereka menuju ke hadapan dan menjerit, "Kami ialah tentera diraja yang ditugaskan di Yan Bei! Kamu siapa? Pasukan diraja juga ke? Tolong hentikan serangan kamu! Tolong hentikannya!"

Whoosh! Satu anak panah yang kuat melayang lalu menusuk dada lelaki itu. Darah terpancut keluar dari tubuhnya lantas membuatkannya rebah di atas tanah.

"Mara! Mara!" Tentera Xia akhirnya tersedar kembali dan cepat-cepat mengubah formasi mereka dan bersiap-sedia untuk menerima serangan yang seterusnya. Namun, segalanya sudah terlambat. Dalam jarak dekat seperti ini, serangan ganas di samping wujudnya jurang kekuatan yang banyak, tentera Xia betul-betul berada dalam keadaan buntu sekarang. Pembalasan dendam itu terasa cepat sahaja. Pembunuhan tadi masih lagi berlanjutan tetapi yang membezakannya sekarang ialah mangsa. Bunyi lentang-lentung pedang mereka telah bergema di seluruh medan perang. Walaupun penyerang memakai pakaian yang berbagai-bagai, skil pedang mereka terkecuali. Mereka dilengkapi dengan senjata dan sudah tentu mereka sangat berpengalaman dan terlatih kerana setiap ayunan pedang mereka dapat mensasarkan bahagian penting musuh mereka.

Tentera Xia tumbang seperti pokok selepas diserang dengan kuat dalam pertempuran itu. Beberapa minit selepas perlawanan sahaja, mereka sudah tidak seragam lagi dan mereka sudah pecah dari formasi mereka.

Angin bertiup kencang lalu mengenai kulit setiap orang di situ. Dalam kegelapan malam itu, salji mula turun kembali tatkala pasukan misteri itu menumpaskan saki-baki tentera Xia. Bunyi lentang-lentung dapat didengari di mana-mana. Satu pertempuran sengit telah berlaku di dataran bersalji yang tidak jauh 50 batu dari Bandar Beishuo itu.

"Melaporkan!" seorang askar datang melaporkan dalam khemah yang kecil itu kepada jeneral yang bermundar-mandir seolah-olah sedang menunggu kemunculan seseorang.

Penyampai utusan masuk ke dalam dan melaporkan dengan kuat, "Saya ingin melaporkan ada seorang musuh yang menyerah diri dan ingin berjumpa awak."

Lelaki itu masih lagi muda dan kelihatan tampan. Dia mempunyai mata yang mempesonakan dan bibirnya pula nipis menawan. Dengan sekilas pandang saja sudah dapat tahu yang lelaki ini seorang yang berani dan tidak akan teragak-agak walaupun apabila dia berada dalam bahaya. Tapi, dia kelihatan menjengkelkan dan dia berkerut. "Tahanan Xia? Dia nak apa ke sini? Askar Yan Bei itu tak pulang lagi ke?"

"Belum lagi, Tuan. Bagi tahanan itu, dia tak nak beritahu apa-apa kecuali meminta untuk bertemu dengan Tuan."

Komander itu hanya melambaikan tangannya dengan selamba. "Bawa dia masuk."

Apabila Chu Qiao memasuki khemah itu, dia menyaksikan Jeneral itu sedang bercakap dengan beberapa orang tentera Yan Bei yang telah ditangkap tadi. "Bagaimana dengan Cik? Dia sihat tak?"

"Dia agak sihat tetapi nasib tak menyebelahinya kerana secara kebetulan dia menjadi seorang tawanan."

Lantas dengan itu, tubuh badan lelaki itu menggeletar dan dia segera menoleh sepenuh tenaganya. Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu sudah terkedu sewaktu dia menerpa ke arah Chu Qiao. Mulutnya ternganga sehingga dia tidak boleh mengujarkan sepatah perkataan.

"Cik! Betulkah apa yang saya lihat ini?" Wajah Xiao He kotor dengan debu tetapi dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang terpancar pada wajahnya itu.

Setelah membuka penutup kepalanya, Chu Qiao tersenyum. "Saya pun ada soalan untuk awak. Apa dah jadi kepada awak? Kenapa awak berhenti menjadi seorang askar dan bawa orang-orang awak menjadi perompak pula? Selagi saya tak lihat sendiri, saya memang tak akan percayakannya."

"Cik, kalau cik tiada, bagaimana kami boleh pulang dengan aman?" Xiao He mengeluh. Chu Qiao tahu isu mengenai Yan Xun mengabaikan Garison Utusan Barat Daya di Bandar Zhen Huang tempoh hari masih lagi mengganggu lelaki ini jadi dia tidak kisah. Chu Qiao menepuk belakang lelaki itu dan meyakinkannya, "Sekarang saya dah pulang. Lega tak?"

"Ya, memang lega. Kalau tak, kami tak akan memilih cara seperti ini untuk mencari cik. Kami sanggup tak pergi ke Bandar Beishuo kerana takut menimbulkan salah faham. Saya hanya boleh gunakan cara ini untuk berjumpa dengan Cik. Tolong maafkan kami," Xiao He menerangkannya.

Chu Qiao hanya tertawa. "Xiao He, sejak bila awak begitu formal dengan saya? Kita kan sahabat yang berjuang bersama sebelum ini. Saya sangat bersyukur awak dah kembali."

Xiao He ketawa terbahak-bahak. "Kalau begitu, Cik tak perlu berterima kasih dengan kami juga."

Chu Qiao menghulurkan tangannya lalu melagakan penumbuknya bersama Xiao He sambil tersenyum mesra di atas penyatuan semula mereka.

Menjelang tengah malam, di bawah pimpinan Chu Qiao, tentera yang terdiri daripada tentera berkuda yang sedikit berlepas dari dataran bersalji ke Bandar Beishuo yang tidak lama lagi akan berubah menjadi medan perang. Sekitar pukul sembilan malam, di sebalik pintu Bandar Beishuo, tiba-tiba bunyi dentuman gendang yang kuat kedengaran dan seluruh bilik mesyuarat tiba-tiba terdiam. Pegawai-pegawai dari semua ketenteraan kelihatan terkedu. Peninjau telah melaporkan tentera Xia sudah tiba dan tidak lama lagi akan melancarkan serangan terhadap Beishuo. Lelaki pertengahan usia yang baru sahaja dinaikkan pangkat daripada seorang peladang mengatakan dia ternampak musuh dengan lebih 20 buah bendera bersama infantri yang tidak terhitung. Obor mereka sudah kelihatan sejauh sepuluh batu dan komander perang mereka sudah pun berada di hadapan pintu bersama pasukan bantuan yang menyusul kira-kira sepuluh batu di belakang Dataran Huolei. Kalau Chu Qiao berada di sana, dia pasti dapat melihat sesuatu yang tidak konsisten dalam informasi yang diberikan itu. Kalau Xue Zhiyuan berada di sini, dia pasti akan menunjukkan falasi-falasi dalam maklumat itu. Tetapi, mereka berdua tidak hadir. Cao Mengtong mengusap dagunya sambil memandang ke arah Xia An dari ekor matanya. Dia kemudian bertanya, "Jeneral Xia, apa pendapat awak?"

Dengan matanya yang separuh terpejam, Xia An nampak seperti seorang yang mengalami demensia. Dia mengujar, "Jeneral, awak seorang yang bijaksana. Impian awak sama dengan impian saya juga. Saya sanggup menyusul di belakang awak dan mengikut arahan awak."

Mata Cao Mengtong bergerak-gerak apabila dia menghamun lelaki itu sebelum tersenyum sinis, "Musang licik ini kan." Mereka sudah tiba. Itulah berita baiknya!

Cao Mengtong bukanlah muda lagi. Setelah melihatkan kebolehan dan latar belakang keluarganya, bukanlah suatu kebetulan dia dinaikkan posisi kepada seorang jeneral. Mereka yang mengenalinya sahaja yang mengetahui dia merupakan seorang jeneral yang tidak pernah kalah di Tanah Tinggi Yan Bei selama sepuluh tahun lalu dan sepanjang ratusan perlawanannya, dia tidak pernah merasai kekalahan. Dari situ pun, Wu Daoya tidak mampu menandinginya. Tetapi, menjadi seorang yang tidak pernah merasai kekalahan berbeza dengan menjadi seorang pemenang. Bila difikirkan kembali, dia jarang memperolehi kemenangan. Menurut Cik Yu, Askar Kedua terbaik dalam memberikan penempatan semula yang strategik. Sepanjang hidup mereka, mereka hanya menggunakan konsep itu jadi apabila mereka diperintah untuk bersemuka dengan pihak lawan, bukankah itu satu gurauan? Marsyal Cao yang terulung ingin mengekalkan intipati tentera Yan Bei.

Kalau ini masih lagi di masa lampau dan Cao Mengtong telah ditugaskan untuk melindungi bandar Beishuo dari serangan mendadak tentera Xia yang berganda-ganda hebatnya, Cao Mengtong pasti sudah lama melarikan diri. Tapi pada waktu ini dia mampu bertenang. Pada dasarnya, tiada sesiapa yang mahu menggalas reputasi sebagai seorang pakar mengundurkan diri sepanjang hidupnya. Dahulu, tentera Yan Bei terdiri daripada sekumpulan pengemis kerana mereka tidak mempunyai kekuatan mahupun sumber. Kini, mereka dibiayai oleh Yan Xun jadi tentera mereka telah dibekalkan dengan senjata yang berkualiti tinggi dan perisai yang kuat bersama bilangan kuda yang tidak terhitung dan jumlah askar yang hampir sejuta. Tambahan pula, gadis yang selalu mengikut Yan Xun telah membuat pelbagai alat yang aneh bertujuan untuk mempertahankan istana. Walaupun dia masih belum tahu menggunakan kebanyakan dari alat-alat tersebut, tetapi setakat ini, alat-alat yang diketahui olehnya sudah cukup kuat. Di bawah bimbingan gadis itu, pertahanan di istana itu telah diperkukuhkan dan keadaan sekeliling dipenuhi dengan ais. Ini sememangnya satu kubu yang kukuh.

Serangan mendadak dari tentera Xia akan membuatkan mereka terdedah di medan perang. Setelah datang ribuan batu jauhnya, Jeneral Cao perlu menunggu untuk meraih hasil yang lumayan. Dengan tentera seramai sejuta, pertahanan diperkukuhkan, senjata berkualiti dan bekalan telah memadai, jadi apa lagi keputusan yang boleh dikeluarkan melainkan kemenangan? Darah Cao Mengtong mula membuak-buak. Dengan kemenangan ini, reputasinya di Yan Bei pasti tidak akan dapat disangkal lagi. Orang-orang tua yang bising di Da Tong itu pasti akan tunduk padanya dan si budak kecil Yan Xun itu pasti tidak berani berkata apa-apa lagi kepadanya. Apabila kerajaan Yan Bei memperkukuhkan pertarungan mereka, Empayar Xia akan lemah dan menyerang Empayar Xia atau menakluk Bandar Zhen Huang tiba-tiba kedengaran tidak mustahil lagi. Hal 300 tahun lalu mengenai Keluarga Peiluo menakluki Hongchuan dan melakar semula peta untuk mencipta empayar mereka sendiri kini berlegar-legar dalam fikirannya. Baginya, seorang rakyat biasa yang secara perlahan-lahan menjejakkan kaki ke dalam laluan kemuncak kemenangan dan kekuasaan… itu merupakan satu masa hadapan yang menarik. Pertarungan di Beishuo ini merupakan langkah pertama baginya untuk bangkit!

Chao Mengtong berasa teruja dengan pemikirannya itu sehingga matanya memerah dan urat-urat sudah kelihatan di pelipisnya. Dia akhirnya berdiri dan menghadap Jeneral-jeneral Yan Bei yang ramai itu lalu mengujar dengan bersemangat, "Pemerintahan Empayar Xia sangat pentingkan diri sendiri dan keji. Pertarungan di Beishuo ini akan menjadi satu peperangan yang mulia untuk pertahankan Yan Bei. Hidup Yan Bei bergantung pada pertarungan ini. Jadi, pertarungan ini tidak boleh dielakkan. Saya merayu kepada semua untuk membantu saya!"

"Kita berjuang untuk kebebasan!" Sorakan bergema di dalam bilik mesyuarat itu dengan serentak. Apabila pengawal yang mengawal di pintu menoleh untuk melihat apa yang berlaku, dia hanya dapat melihat penumbuk yang dilayangkan di udara! Serangan Beishuo akhirnya membuka tirainya!

Isyarat yang menyatakan peperangan akan dimulakan cepat sahaja tersebar di Bandar Beishuo. Bunyi dentuman gendang perang bergema di seluruh kawasan kem. Pada saat itu, Timbalan Jeneral angkatan perang dari Askar Kedua iaitu Xue Zhiyuan memasuki pintu dan memberitahu beberapa ribu askar Xia yang kuat sedang bersembunyi di sebalik pintu. Lantas dengan itu, pintu selatan yang memang dibuka sepenuhnya telah ditutup untuk menghalang aktiviti keluar masuk. Xue Zhiyuan cedera parah dan pengsan sejurus dia menerangkan keadaan yang berlaku. Selepas kemunculannya, sekumpulan rakyat yang telah melarikan diri dari pertempuran berdarah tadi pun tiba. Walaupun mereka menyahut perintah untuk menjadi askar kerahan, pintu tidak akan dibuka kepada mereka lagi.