Chapter 136 - Bab 136

Wajah-wajah pegawai di dalam istana itu terus bertukar pucat, sukar untuk mencari dalih kepada segala hujahan yang telah diberikan Li Ce. Namun pemuda itu terus berceloteh dalam monolognya sendiri, "Lagipun, memandangkan tanah tandus di Yan Bei itu, mereka mesti puak yang tidak bertamadun, langsung tak tahu nak ikut asas moral macam menghormati adat istiadat. Rakyat mereka pasti semuanya jahil-jahil belaka dan perlukan pencerahan. Dalam Empayar Tang kita ini ada ramai cendekiawan yang bijaksana, dan kalau rakyat Yan Bei berani untuk cabar kita, kita akan hantar pasukan cendekiawan terbaik ke sana untuk membuka minda mereka yang langsung tak bertamadun itu. Mereka pasti akan tunduk dan berasa malu terhadap diri mereka sendiri apabila para pendeta itu datang. Dengan itu, saya dengar yang Empayar Xia tak berjaya menghasut minda rakyat jelata Yan Bei walaupun dah cuba selama lapan tahun, tapi rakyat jelata pasti akan merusuh setiap kali mereka ternampak tentera Empayar Xia tanpa teragak-agak. Tapi awak semua jangan risau, saya pasti yang kita ini jauh lebih baik daripada Empayar Xia! Lagipun, bila nenek-moyang kita cuba untuk jadi lebih bertamadun dan berpelajaran, rakyat Xia masih lagi keluar rumah tanpa sebarang pakaian! Hahaha! Dan akhirnya, ini permintaan terakhir saya, tapi inilah yang paling penting!" Li Ce pun berpaling, tersenyum riang sebelum berlutut dengan bersungguh-sungguh di hadapan Maharaja Tang dan melaungkan dengan lantang, "Ayahanda, permintaan saya yang terakhir ini sangat penting, dan ia berkaitan dengan kemakmuran negara kita. Kita kena pastikan yang ia dilakukan dengan berhati-hati dan cermat!"

Maharaja Tang membenarkan puteranya untuk meneruskan usulannya, "Teruskan."

Li Ce meraih wajahnya dan menyatakan dengan kuat, "Putera Ayahanda ini mengusulkan pemindahan ibu negara kita!"

"Apa?" Di saat kata-kata itu dilaungkan, seluruh majlis kehormat tersebut tidak lagi mampu menahan perasaan terkejut mereka dan menggumam kekeliruan hati mereka, lantas situasi di dewan itu menjadi semakin panik.

"Haih…" Li Ce mengeluh panjang sebelum berkata tanpa sebarang daya, "Ini pun bukannya sesuatu yang kita boleh ubah. Kita kena lakukan pemindahan ini kalau kita nak terus jaga nama baik empayar kita. Tapi apa selepas itu? Walaupun saya boleh jamin dengan kemenangan kita, saya pasti kita juga akan menanggung parahnya pada kekuatan tenaga tentera, kewangan, makanan catuan, peralatan senjata, rakyat jelata dan lain-lain. Apa yang paling penting ialah semasa peperangan ini berlaku, tentera kita akan berada jauh di pelosok wilayah Xia, jadi bagaimana kalau Empayar Xia ambil peluang keemasan ini untuk serang ibu negara kita? Walaupun kalau Empayar Xia buat keputusan untuk tak serang kita, tapi disebabkan tenaga tentera kita yang kurang di ibu negara ini, Empayar Song pasti akan ambil peluang itu untuk menyerang! Awak semua tak boleh lupa yang kita masih lagi berperang dengan Empayar Song, jadi kita kena buat persiapan yang cukup! Empayar Tang akan berhadapan dengan zaman bersejarahnya apabila kita menentang kedua-dua empayar dari kedua-dua belah sempadan! Kita tak pasti dengan kemenangan kita, jadi saya sarankan yang kita bakar ibu negara ini selepas kita berpindah ke tanah tandus di sempadan selatan! Kalau begitu, jika kita kalah dalam peperangan itu pun, Empayar Xia dan Empayar Song tak akan jumpa apa-apa yang bernilai di sini. Kalau kita bersembunyi di dalam hutan di sempadan selatan, tiada sesiapa yang dapat menjumpai kita! Mereka pasti mengamuk sakan! Haha!"

Pada masa ini, semua wajah pegawai yang berada di mahkamah itu bertukar menjadi kelam dan gelap. Li Ce yang masih lagi belum habis bercakap itu meneruskan dengan penuh teruja, "Oh, saya baru saja terfikirkan sebuah lagi rancangan yang baik! Kalau kita masih lagi hidup semasa pengakhiran perang itu, dan dapat jaga harta dan nama baik Empayar Tang kita ini, kita boleh hantar seorang puteri maharaja kita untuk berkahwin dengan salah seorang kaum kerabat Maharaja Xia bersama dengan beberapa orang pegawai yang manis kata-katanya bak gula. Selepas itu, kita boleh gunakan taktik yang sama kepada mereka semasa kita tiba di sana! Kita boleh cakap yang puteri itu rasa jijik dengan pengintip-pengintip yang dihantar oleh Empayar Song, jadi semasa pihak pentadbiran berada dalam keadaan kucar-kacir, kita boleh hantar beberapa orang pegawai untuk memberi rasuah kepada pegawai-pegawai Empayar Xia. Haha! Dengan itu, Empayar Xia pasti akan berperang dengan Empayar Song, dan kita boleh masuk campur ketika penghabisan peperangan itu supaya dapat menang! Apa kata kalian?"

Orang ramai itu terdiam. Tiba-tiba, seseorang melepaskan ketawa yang lantang, lantas semua orang pun berpaling ke arah suara itu.

Dengan kibaran jubahnya, Xue Changling melangkah ke hadapan dan berlutut di atas tanah sambil melaungkan, "Putera Mahkota kita memang bijaksana. Hamba yang lemah ini memang kagum dengan kebijaksanaan Tuanku. Kalau Tuanku usulkan peperangan itu, saya sanggup ikut Tuanku."

"Baiklah. Saya akan ingat nama awak." Li Ce tertawa, dan berpusing ke arah Maharaja itu lagi dan berlutut, merayu dengan bersungguh-sungguh, "Ayahanda, tolong keluarkan perintah itu! Putera Ayahanda ini dah buat keputusan, kalau saya tak hapuskan Yan Bei, saya pasti takkan dapat gelarkan diri saya sebagai manusia lagi. Walaupun perjalanan ini penuh dengan mara bahaya, tapi saya boleh jamin yang kematian juga akan menimpa Yan Bei supaya dapat kekalkan kehormatan Empayar Tang. Tadi ramai pegawai yang bersetuju untuk berperang, jadi saya pun dah bersemengat untuk pergi berperang. Putera Ayahanda ini juga meminta yang orang-orang yang bersorak dengan kuat tadi untuk menyertai saya dalam peperangan ini yang juga menjadi peluang buat mereka menempah nama di dalam buku sejarah! Tolonglah restui permintaan saya, Ayahanda!" Dengan itu, dia menekan dahinya dengan kuat ke lantai dengan sebuah dentuman yang tegas!

Maharaja Tang itu mendengus sedikit, dan membuka mulutnya untuk berkata sesuatu namun dihentikan oleh seseorang yang terpekik, "Tuanku!" Dia pun terus melutut ke lantai.

Ahli Kehormat Liu berkata bersungguh-sungguh, "Tuanku, hamba rasa apa yang Tuan Xue cakap itu masuk akal juga. Memulakan peperangan hanya dengan berdasarkan kata-kata Puteri Xia seorang itu memang langkah yang cuai. Kita kena kaji dulu perkara ini sebelum membuat apa-apa keputusan!"

"Oh?" Maharaja Tang itu mula meraih suaranya. "Tapi bukan ke kamu kata tadi yang Tuan Xue itu seorang yang licik dan kita tak patut percayakan dia?"

Muka Ahli Kehormat Liu itu dipenuhi dengan butiran-butiran peluh sejuk apabila dia berdalih, "Itu, itu sebab saya tak berfikir sebelum saya bercakap tadi. Bila saya fikirkan balik, apa yang Tuan Xue cakap itu… Memang ada benarnya dan kita patut pertimbangkan langkah itu."

Maharaja Tang seterusnya berpaling dan memandang Jeneral Qi dan bertanya, "Jeneral Qi, apa pendapat kamu?"

"Hamba ini pun setuju, Tuanku. Peperangan sebesar itu tak sepatutnya diambil mudah… Dan kita patut ambil lebih banyak langkah berjaga-jaga."

Ketua Jabatan Tentera itu pun menyampuk, "Hamba ini pun percaya yang jika kita hantar pasukan tentera kita sekarang, kita takkan ada catuan makanan yang mencukupi untuk bertahan dalam serangan yang berpanjangan. Kita patut fikirkan hal ini dengan lebih mendalam."

"Ya, ya, betul itu. Bukannya mudah kita nak kerahkan semua tenaga tentera kita ke sempadan utara yang jauh itu. Lagipun rakyat empayar kita ini bukannya tahu sangat cara nak berperang memandangkan sudah lama tak berperang, jadi kalau kita nak berperang pun, kita perlu buat persiapan dengan lebih awal lagi."

Li Ce berkerut dan lantas mengamuk, "Apa yang kalian cuba sampaikan? Kita dah dibuli selama hari ini, kita tak nak serang balik ke? Apa yang akan terjadi dengan reputasi empayar kita? Kalau kita mati sekali pun, kita mesti pastikan yang kita bawa Yan Bei mati bersama kita!"

"Putera Mahkota!" Sampuk Tuan Luo dengan cepat, "Apalah sangat Yan Bei itu? Mereka terlalu rendah buat kita untuk mati bersama-sama mereka. Kita patut lupakan hal ini."

"Tak boleh jadi." Li Ce membantah dengan degil. "Isteri saya dah dipermalukan oleh seseorang. Perkara itu penting buat saya. Sebagai Putera Mahkota, bagaimana saya boleh biarkan seseorang memperlakukan sebegitu di dalam negara ini? Sebagai seorang lelaki, bagaimana saya boleh biarkan lelaki lain sentuh wanita saya? Kalau saya berdiam, saya risau satu dunia ini tahu mengenai hal yang memalukan ini!"

Ahli Kehormat Liu segera mencuba untuk menenangkan hati pemuda itu, "Tuan Putera, Tuanku, bawa bertenang. Kemarahan yang Tuanku rasai sekarang ini pun dikira suatu pengorbanan demi rakyat kita dengan menghalang ribuan rakyat yang mungkin mati dalam medan pertempuran itu. Tiada sesiapa yang bakal berkata sebegitu mengenai Tuanku. Mereka semua hanya akan berasa bersyukur disebabkan oleh kesucian hati Tuanku."

"Betul itu! Lagipun, Puteri Xia itu belum lagi menjadi sebahagian daripada Empayar Tang secara rasminya lagi. Walaupun perkara ini melibatkan kita juga, tapi pengawal merekalah yang sepatutnya dipersalahkan! Lagi satu, Yan Bei yang menjadi musuh ketat Empayar Xia itu memang langsung tiada kena mengena dengan Empayar Tang. Paling kurang pun kita suruhlah Empayar Xia itu hantar puteri yang lain ke sini, mereka pun ada ramai puteri, kan."

"Betul itu, mereka bawa banyak skandal ke ibu negara kita. Kita belum lagi menjalinkan perikatan itu, tapi mereka dah buat banyak bunyi?"

Li Ce berkerut seolah-olah dia sedang berada di dalam dilema, lantas berkata dengan perlahan, "Tapi, para hadirin, boleh ke kalian tanggung penghinaan yang sebegitu besar? Kalian semua ini pegawai-pegawai ternama empayar ini, jadi kalian tak takut ke yang buku sejarah empayar kita akan menulis tentang hari ini?"

"Itu tak mengapa! Bagi kedaulatan Empayar Tang, pengorbanan yang kecil ini perkara yang remeh!" Semua pegawai di dalam mahkamah tersebut menggeleng kepala mereka bersama-sama.

"Haih." Li Ce juga turut menggeleng kepalanya dan mengeluh dengan sedih. "Melihat bagaimana semua pegawai di sini semuanya mempunyai pendirian moral yang teguh dan juga bersikap tak pentingkan diri, jadi saya, Li Ce, benar-benar rasa yang saya ini tak layak untuk menjadi seorang Putera Mahkota. Jadi memandangkan semua orang boleh melalui segala perkara ini, apa yang boleh saya lakukan? Jadi, saya minta tolong supaya kalian hantar surat kepada Puteri Xia dan menenteramkannya mengenai berita buruk ini sebelum menghantarnya pulang."

Tidak lama selepas itu sesi pentadbiran itu pun telah tamat, dan ratusan pegawai melangkah keluar dari dewan istana itu. Maharaja pun berangkat setelah bersembang dengan Li Ce buat seketika.

Sun Di mengekori belakang Li Ce, dan mengangkat ibu jarinya ke atas ke arah putera itu dan berkata, "Penyampaian Tuanku betul-betul dah bertambah baik!"

Li Ce mendecit seolah-olah ia perkara biasa. "Mereka semua itu pegawai tua yang dah busuk hati saja."

"Tapi ada masanya juga di mana pegawai-pegawai tua itu berguna."

Li Ce terus memperlekeh para ahli kehormat tadi dan mengarahkan, "Xue Changling itu kelihatan seperti okey. Ambil perhatian terhadap dia. Kita tak boleh gunakan dia sehingga kita dapat lebih banyak maklumat tentang dia."

"Baiklah." Angguk Sun Di yang lantas bertanya, "Tuanku, apa yang kita nak lakukan seterusnya?"

Li Ce meregangkan sendi-sendi tangannya sebelum menggosok-gosok ubun kepalanya dan berkata, "Saya masih tengah fikir ini. Zhao Chun'er betul-betul buat saya terkejut. Saya tak sangka yang dia berani sungguh untuk gunakan kehormatan diri dia sebagai bara api yang dah mulakan api peperangan di antara Empayar Tang dan juga Yan Bei. Awak dah cakap dengan pengasuh yang periksa dara dia itu? Betul ke dia sudah tak berdara? Lagi satu, siapa yang nampak pahlawan Da Tong yang mati bunuh diri itu?"

"Ada tiga pengasuh yang periksa, dan mereka semua pengasuh tua daripada dalam istana. Mereka bagi kenyataan yang sama, jadi saya rasa hal itu memang benar. Bagi pahlawan Da Tong itu pula, daripada apa yang saya dengar, di saat pengawal istana meluru masuk ke dalam bilik, lelaki itu pun terjun dari katil dan menjerit 'Yan Bei Da Tong' sebelum bunuh diri."

Li Ce mengeluh sambil menggeleng kepalanya. "Empayar Xia berani betul gunakan taktik kotor ini untuk paksa Empayar Tang masuk campur dalam peperangan dengan Yan Bei, jadi ini bermakna yang mereka sanggup buat apa saja untuk menang."

"Tuanku, betul ke kita nak hantar Zhao Chun'er balik ke Empayar Xia?"

"Apa lagi yang patut kita lakukan? Biarkan dia menetap di sini?" Li Ce pun mendecit sebelum menyambung, "Di saat saya hantar Zhao Chun'er balik, Empayar Xia akan sedar yang rancangan dia tak menjadi. Mereka masih perlu bergantung kepada Empayar Tang kita ini buat sementara waktu, jadi mereka pasti takkan tolak permintaan kita secara berterusan. Selagi kita boleh kawal pegawai kita dari cuba melakukan apa-apa, Empayar Xia takkan boleh lakukan apa-apa kepada kita."

Sun Di mengangguk bersetuju. "Betul itu. Tak kira betapa gelisahnya Empayar Xia itu, kita tak patut rasa tergugat."

Pada masa yang sama, seorang gaji tiba-tiba meluru ke arah mereka dengan tergesa-gesa sambil perasaan panik dan berlumuran dengan peluh, berteriakan di sepanjang jalan, "Tuanku! Berita buruk!"

Berkerut, Li Ce melangkah ke hadapan dan bertanya, "Apa yang terjadi?"

Pemuda itu melutut ke atas tanah dengan satu dentuman yang kuat. "Puteri Xia cuba untuk bunuh diri di Dataran Mawar!"

"Apa?" Wajah Sun Di bertukar pucat, hanya untuk mendengar orang gaji itu menerangkan, "Tapi dia tak jadi, dan dia hanya ada beberapa luka di kepala dia saja. Cuma tadi ada ramai rakyat jelata yang berkeliaran di kawasan itu, jadi suasana kecoh sikit."

Li Ce yang langsung tidak mengendahkan berita itu kekal bersahaja. "Bukannya apa sangat pun, dia mesti cuba nak raih simpati rakyat saja itu."

Sun Di pun turut berkerut, geram dengan orang gaji itu yang cuba untuk memperbesarkan hal remeh sebegitu. "Benda kecil saja pun, tapi kamu dah panik macam orang hilang anak. Siapa tuan kamu?"

"Tuanku, tapi itu bukan hal utamanya!" Orang gaji itu terus panik, dan terus berkata sambil tercungap-cungap, "Masalahnya Pasukan Kem Utara sedang berlatih di Pusat Dataran Latihan yang terletak betul-betul di sebelah Dataran Mawar itu. Tentera itu yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak bangsawan ataupun pegawai atasan negara dah saksikan kejadian itu dan mereka pun berasa simpati terhadap puteri itu, jadi sekarang ini terdapat 30,000 daripada mereka yang sedang merusuh di jalan-jalan, meminta supaya kita menjajah Yan Bei. Mereka sedang berarak ke istana sekarang ini! Pegawai bawahan semuanya dah tak boleh nak kawal situasi ini!"

"Apa awak kata?" Raut wajah Li Ce terus berkeromok disebabkan terperanjat apabila mendengar betapa parahnya situasi ini.

Pada saat ini, seorang lagi orang gaji yang menunggang kudanya menderap ke arah tuan putera sambil terpekik, "Hal mustahak! Hal mustahak!"

"Apa terjadi?" Wajah Li Ce benar-benar serius, tanpa sekelumit pun bayangan bersahaja yang sering dipamerkannya.

"Tuanku…" Pemuda itu, melonjak turun dari kudanya dan terus melutut ke atas lantai. Pakaiannya dilumuri darah.