Chapter 1196 - Kamu Lain!

Selepas mendengar soalan Nangong Cai, Mo Zichen membalas, "Kak Cai, di hati saya, saya sentiasa anggap kamu sebagai kakak saya. Kamu tahu saya macam mana. Saya sentiasa zahirkan pendirian saya dengan jelas."

"Saya tahu. Tapi, kalau kamu berminat dengan dia, kamu tak patut buat dia sedih!"

"Tak apa kalau saya patah hati, tapi orang lain perlu gembira supaya saya rasa berbaloi patah hati!" Nangong Cai berkata. "Dahlah. Kamu masih ada kelas. Saya akan balik dulu."

Mo Zichen menganggukkan kepalanya, tetapi hatinya terasa sedikit aneh selepas mengetahui Qian Lan ternampak dia bersama Nangong Cai.

Malam itu, dia dihantar untuk misi solo. Jadi, dia mengambil masa lebih lama daripada biasa. Pukul 3 pagi barulah dia kembali ke rumah. Tetapi… di kawasan sama di luar pangsapurinya seperti sebelum ini, dia mendapati orang yang sama menunggunya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag