Ada kemungkinan besar datuknya meninggalkan penjara tanpa memaklumkannya kerana dia membuat keputusan untuk membalas dendam sendiri. Lagipun, Nangong Quan boleh dianggap cucu derhaka.
Nangong Quan terus menelefon penjara. Akhirnya, dia diberitahu datuknya sudah lama meninggalkan penjara.
Dia cuma tidak tahu hal itu.
Memandangkan Qiu Jin sudah meninggal, mana datuk dia sekarang?
Nangong Quan mula berasa sedikit risau. Jika Orang Tua Nangong mahu membalas dendam, dia pasti akan mencari Keluarga Mo. Tetapi, dia belum bertindak lagi. Apa yang dirancangnya?
Nangong Quan sudah mahu berkahwin dengan Su Youran dan tidak mahu terlibat dengan dendam lama. Dia tidak mahu diheret balik dalam kekacauan itu. Tetapi, akhirnya, datuknya masih ahli keluarganya.
Selain Cai Er, cuma datuknya ahli keluarganya yang lain…