Nangong Quan mula mencari orang yang meletakkan gambar di keretanya. Tetapi, kerana kenyataan yang penjahat itu sangat berhati-hati, dia tidak menemui sebarang petunjuk.
Orang Tua Nangong sangat berpengalaman. Jadi, dia pastinya tidak tertangkap. Jika tidak, mana mungkin dia boleh hidup bertahun lamanya dalam dunia samseng?
"Budak bertuah tu dibutakan dengan cinta. Berani dia hantar orang siasat saya? Budak bedebah tak reti bersyukur betul!"
Kerana ini, Orang Tua Nangong semakin tidak senang dengan cucunya. Tetapi, tidak kira betapa tidak gembira pun dia, mereka masih mempunyai pertalian darah. Dia tidak boleh bertindak ke atas satu-satunya keturunan dia. Ketika ini, siasatannya ke atas Su Youran sudah selesai. Walaupun latar belakang keluarganya tidak sepadan dengan Nangong Quan, dia seorang bekas ahli tentera yang sangat berkemahiran.