"Tengoklah kamu di mana! Berhenti buat drama. Kalau berita tersebar, ini tak akan nampak bagus untuk Keluarga Zhai!" Tuan Kedua Zhai mencuba sedaya upaya untuk mengawal wanita miliknya, tetapi tidak berjaya mengheret Liang Yongyu pergi kerana wanita itu segera menolak tangannya dan mencerlung pada Tangning. "Saya tak peduli. Saya nak Tangning minta maaf dengan saya hari ini!"
Dia tahu ini satu-satunya cara untuk persembahannya terus berlangsung!
"Kamu gila ke?"
"Kalau dia ambil anak saya – sekejap pun – anak saya tak akan hilang sekarang!" Liang Yongyu menjerit sambil menuding pada Tangning. Ini membuatkan semua orang berpaling ke arah mereka.
"Kamu dah hilang akal ke?"
"Ya, saya dah hilang akal." Liang Yongyu berkata sambil menolak suaminya dan merapati meja dengan renungan tajam. "Sama ada kamu minta maaf dengan saya, atau beri balik anak saya."