Selepas mesyuarat tamat, pasangan itu menuju ke dalam pejabat Mo Ting. Sebaik sahaja pintu pejabat tertutup, Tangning segera memeluk Mo Ting dari belakang.
"Apa dia?" Mo Ting mahu berpusing, tetapi Tangning memegangnya kemas.
"Jangan bergerak. Riak Abang tadi sangat menawan. Buat hati saya terusik sangat sampai saya dah lama nak buat begini."
Tangning tidak selalu menuturkan kata-kata begini, tetapi apabila dia berbuat demikian, ia sangat menakjubkan. Mo Ting sudah lama melaluinya. Walaupun pasangan itu sudah menjadi ibu bapa kepada tiga orang anak, kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi, selain daripada melengkapkan satu sama lain dalam kehidupan harian mereka, sudah lama mereka tidak berpelukan penuh kasih sayang.
"Hah?"