"Si Han Xiuche itu gila." Kata Lin Qian selepas Long Jie beredar. "Saya rasa malu dengan angan-angan sebelah pihak dia."
"Saya tak boleh buat apa-apa pasal itu. Apa saya boleh buat pasal bertembung dengan orang macam tu?" Tangning bertanya. "Dia memang ada cara dia sendiri untuk buat Superstar Media jadi tempat sangat kotor masa saya tak ada. Realiti dah buktikan yang saya buat keputusan betul untuk abaikan dia. Cumanya, saya rasa kasihan Long Jie disasarkan begitu lama."
"Kalau begitu, apa kamu rancang nak buat mulai sekarang?"
"Long Jie dah luangkan banyak tenaga latih S.A.J., tapi apa jadi akhirnya? Untuk kesenangan sendiri, mereka berempat tengok saja Long Jie dibuli. Di mata saya, mereka langsung bukan manusia. Sebab itu… sebelum saya uruskan Han Xiuche, saya akan uruskan mereka dulu."
"Industri hiburan tak pernah kekurangan orang cantik dan kacak."
"Ataupun orang tak reti bersyukur!"