"Sekarang, ada benda lebih penting menanti kamu untuk dilakukan." Mo Ting memberi bayangan.
Tangning juga tahu jika dia tidak mengambil peluang ini untuk menamatkan masalah dengan Presiden Fan, lelaki itu akan terus membuat masalah.
Jadi, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Qiao Sen, dia melangkah keluar dari dewan berkabung dengan ahli Superstar Media yang lain. Seperti yang dikatakannya tadi, dia hanya memberikan masa sejam kepada pelaku itu.
Sebaik sahaja wartawan melihat dia melangkah keluar, mereka segera bergegas mahu menemu bualnya. Peminat yang sebelum ini melemparkan telur kepadanya, boleh dikatakan sudah hilang semuanya dan beberapa orang yang tinggal ialah mereka yang dipaksa bekerjasama dengan polis.
"Cik Tang, saya rasa kamu juga perlu ke balai polis untuk rekodkan laporan." Pegawai polis berkata sambil mendekati Tangning.