Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 785 - Mak dan Ayah Tak Suka Anak Perempuan Ke?

Chapter 785 - Mak dan Ayah Tak Suka Anak Perempuan Ke?

"Kan? Anak dia sedang sakit, tapi dia masih fokus pada penggambaran. Bukan ke anak dia akan benci dia di masa akan datang?"

Di mata seorang doktor, tiada apa yang lebih penting daripada nyawa. Sama ada seseorang memerintah dunia atau hanya pengemis jalanan, mereka tidak boleh mengelak daripada mengambil ubat, dicucuk dan melawat hospital.

Jadi, jika Tangning ada sebab sangat penting sekalipun, mereka tetap merasakan dia tidak menghormati identitinya sebagai ibu dengan tidak berada di samping anaknya ketika budak itu begitu sakit.

Tan Suling tidak berkata apa-apa. Sebaliknya, dia menarik keluar telefonnya dan mencari nama Tangning. Dunia luar dipenuhi berita tentang kemungkinan Tangning memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Fei Tian.

"Tengoklah ini. Dia dah nak menang anugerah."

Selepas melihat berita itu, Tan Suling meletakkan telefonnya ke tepi dan tersengih sinis sebelum kembali menyambung merawat pesakitnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag