"Siapa suruh kamu berdua galas semuanya sendiri?" Hati Tangning tersayat pedih melihatkan mereka berdua. "Di hati kamu, kami jenis manusia yang akan berundur dan tengok saja orang yang tersayang merana untuk selamatkan maruah kami?"
Chen Xingyan memandang ke sisi pada lelaki yang duduk diam dengan aura seorang raja. Dia tidak mahu mengheret Mo Ting jatuh kerana masalahnya.
Dia tidak mahu Tangning dan Mo Ting dikritik kerana masalahnya.
Tangning tahu apa yang difikirkan Chen Xingyan. Jadi, dia memandang sekilas pada Mo Ting.
Selepas menerima renungan isterinya, Mo Ting akhirnya bersuara, "Kalau kamu nak minta maaf secara ikhlas sekalipun, kamu perlu pastikan penerima itu menerima maaf kamu. Mulai sekarang, kalau kamu nak buat benda bodoh begini, kamu perlu lepasi saya dulu. Kalau tak, sia sia saja saya beri makan kepada begitu ramai peguam."
Chen Xingyan tidak berkata apa-apa.