"Dunia luar dipenuhi gosip sekarang. Peminat cakap komersial kamu dibatalkan dan tertanya-tanya kalau kamu masih selamat; sama ada kamu dalam tahanan atau bahaya." Mo Ting berkata lembut di tepi telinga Tangning sambil membantu isterinya mandi malam itu. "Kamu patut cari peluang untuk muncul di khalayak ramai supaya peminat kamu tenang."
Selepas mendengar hal ini, Tangning tersenyum. "Saya faham. Saya akan buat satu kemunculan terakhir sebelum saya bersalin."
Sebenarnya, niat sebenar Mo Ting ialah untuk Tangning menempelak muka Songg Xin. Apa-apa pun, Song Xin menyangkakan Tangning akan hilang daripada industri hiburan kerana penindasan Orang Tua Song.
Tetapi, Tangning akan menunjukkan Song Xin yang menindasnya hanya menyusahkan industri, dan malangnya, Orang Tua Song perlu mencuba lebih keras.
"Kalau begitu Ting, Ting rasa bila masa yang tepat untuk saya buat kemunculan?"