Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 616 - Kamu Boleh Bertolak Ansur, Tapi Saya Tak Boleh

Chapter 616 - Kamu Boleh Bertolak Ansur, Tapi Saya Tak Boleh

Sementara itu, di Korea Selatan.

"Puan, bukannya saya tak nak tolong Puan. Tapi, Puan dah ke sini banyak kali sebelum ini. Dengan tahap parut Puan, mustahil kami boleh tolong Puan sembuh. Kalau kami boleh tolong pun, tak ada cara untuk Puan nampak macam muka Puan dulu." Kakitangan hospital itu berkata dengan bahasa Inggeris sempurna. "Kami cadangkan Puan cari hospital lain."

Wanita itu memakai topeng mukanya dengan kecewa. Walaupun dia sudah terbiasa selepas bertahun lamanya, dia tidak pernah terdesak begini.

Jika dia tidak mendapatkan kembali rupa asalnya, dia tidak akan mampu mendedahkan dirinya secara terbuka. Dalam erti kata lain, dia akan memalukan Mo Ting.

Dia tidak mahu berhadapan dengan pengadilan orang lain, atau pun mahu Mo Ting dan Tangning merana dengan takdir ini.

Paling penting, jika dia muncul dengan keadaannya sekarang, dia tidak akan mampu menentang Hua Wenfeng.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS