"Kata-kata jijik apa dia cakap pada kamu tadi?" Mo Ting bertanya sambil merenung mata Tangning.
Tangning terkaku. Dia tidak sangka Mo Ting akan terus menyoal siasatnya tentang hal itu.
"Kata-kata yang tak boleh sakitkan saya pun…"
"Sama ada boleh sakitkan kamu atau tak, kamu tak boleh tentukan. Saya yang tentukan." Mo Ting berkata dengan suara tegas dan berkuasa. "Kamu dah kahwin dengan saya. Jadi, ini tanggungjawab saya untuk lindungi kamu. Kalau dia mak saya pun, itu bukan alasan kukuh untuk lukakan kamu. Jadi, beritahu saya apa dia cakap."
Selepas mendengar hal ini, Tangning menggosok tangannya pada belakang tangan Mo Ting dan tersenyum. "Bukan hal besar. Cuma cakap-cakap yang tak sedap didengar."
Ketika Mo Ting mendengar cakap Tangning, matanya menjadi keruh mendadak…
...
Malam itu.