"Sejujurnya Kak Cik, saya ada fikirkan sesuatu sejak beberapa hari lalu." Selepas jeda pendek, Tang Jingxuan menyambung, "Mungkin, saya lebih sesuai buat sesuatu yang hasilkan lebih banyak duit. Sebab itu saya dah buat keputusan. Lepas filem Kak Cik ditayangkan dan saya adakan konsert peminat terakhir pada 8hb September, saya akan umumkan pengunduran saya daripada industri hiburan."
Tangning sudah tahu dari awal yang Tang Jingxuan tidak sesuai dengan industri hiburan. Ini kerana dia enggan melepaskan sikap baiknya, walaupun dia terus berhadapan dengan kejahatan.
"Kamu pasti? Saya yakin kamu tahu betapa teringinnya Yanshu nak tengok kamu kekal terkenal dalam dunia muzik."
"Saya 100% yakin."
Seorang Xia Jingyi dan seorang Song Yanshu sudah memadai baginya. Dia tidak mahu kehidupan cintanya dipenuhi penipuan dan kejahatan dalam industri materialistik ini.
"Kalau kamu dah pilih jalan – betul atau salah – kamu perlu teruskan sampai akhir."