10 pagi. Mo Ting mengaturkan wakil dari Switzerland untuk bermalam di hotel berhampiran Hai Rui. Tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu kelihatan jengkel dengan lawatan tersebut.
"Bukan ke kita dah elakkan kerja dengan Syarikat Tang? CEO mereka sekarang hilang. Jadi, tak mungkin kita boleh teruskan usaha sama kita. Ada banyak syarikat yang tunggu nak kerja dengan kita. Kenapa Bos bertegas nak kita datang ke Beijing?" Salah seorang wakil itu berkata dengan nada keliru seraya melabuhkan punggung di sofa.
"Kamu ingat kamu saja ke yang tak perasan? Kita kena datang ke lubang neraka ini dengan udara berhabuk begini."
"Tahan sekejap. Kita boleh balik lepas jumpa mereka."
Mereka masing-masing mengemaskan barangan mereka dan mengekori kakitangan hotel ke salah sebuah bilik mesyuarat hotel itu. Namun, ketika mereka tiba, mereka tidak nampak CEO Hai Rui atau pun Tangning.
"Apa semua ini? Kenapa tak ada wakil Syarikat Tang datang sambut kita di sini?"