"Cik Tang, tolong… saya merayu pada kamu."
Melihatkan riak Doktor Lin yang memilukan, Tangning langsung tidak berasa kasihan walaupun sedikit. Dia cukup sedar jika Doktor Lin tidak tertangkap, dia langsung tidak berasa bersalah. Malah, dia akan menunjuk-nujuk wang yang diterimanya kerana menyakitkan Tangning dan menggunakannya dengan gembira dan bebas untuk dirinya sendiri.
"Tak guna merayu pada saya. Terutamanya bila kamu tak beri saya peluang untuk merayu pada kamu."
Sebaik sahaja kata-kata ini meninggalkan mulut Tangning, Mo Ting mengisyaratkan Lu Che untuk membawa keluar wanita itu. Kemudian, mereka membawa masuk doktor yang memeriksa Tangning pada awalnya.
Melihatkan nasib Doktor Lin, wanita muda itu begitu takut. Dia mula menggeletar.
"Demi wang, kamu sanggup tunjukkan laporan yang langsung tak sepadan dengan pesakit. Betul?" Mo Ting bertanya sambil bersandar pada kerusi dengan sebelah tangan merangkul Tangning.