Saat ini, Xia Yulinng mendedahkan rahsianya selama 20 tahun di hadapan wartawan kotor dan lohong hitam lensa kamera.
Dia tidak lagi takut dimalukan.
Antara anak dan suami, dia sudah memilih pihak yang salah bertahun-tahun lamanya. Sekarang, masa untuk mengaturkan semuanya dengan betul.
"Saya harap pihak media boleh berhenti hina anak saya dengan memanggil dia anak perempuan simpanan. Saya, Xia Yuling, isteri sah kepada Tang Qinwen dan anak saya, Tangning ialah anaknya yang sah."
"Kalau kamu masih ragu-ragu, saya boleh pinjamkan kamu bukti ini. Semua ini tak boleh dipalsukan."
"Saya juga nak buat perjanjian. Mulai sekarang, saya tak akan biarkan sesiapa cederakan anak saya lagi."
Pihak media menangkap gambar bahagian pentas itu dengan bersemangat menggunakan kamera mereka. Mereka mahu menangkap setiap perincian kecil air muka Xia Yuling.
Siapa sangka, Keluarga Tang mempunyai skandal seperti itu.