Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 381 - Tak Ada Ribut yang Saya Tak Boleh Halang

Chapter 381 - Tak Ada Ribut yang Saya Tak Boleh Halang

Pada malam kejadian itu, Hai Rui akhirnya mengeluarkan kenyataan yang Tangning hanya cedera ringan dan Bei Chendong mengalami keretakan kecil.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. Jadi, mereka belum membuat sebarang komen mengenainya. Tetapi, Hai Rui berharap semua orang kekal bersabar.

Namun, khabar angin tentang Tangning menjadi satu sumpahan tidak reda kerana hal ini. Sebaliknya, khabar angin itu menjadi lebih mengarut. Orang ramai mula mempercayai Tangning terlibat dengan amalan sihir.

Khabar angin seperti ini sentiasa ada dalam industri hiburan. Ada kepercayaan mengatakan ramai selebriti menggajikan bomoh untuk menjemput beberapa hantu kecil ke dalam rumah mereka. Kemudian, selebriti ini akan memberi makan atau membakar pengeras untuk hantu ini sebagai pertukaran untuk kemewahan dan kemahsyuran.

Jadi, kenyataan yang Tangning selalu berjaya melepaskan diri daripada kejadian malang dengan bernasib baik pasti akan menarik khabar angin seperti ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag