Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 380 - Mereka yang Pura-Pura Tidur, Tidak akan Terjaga

Chapter 380 - Mereka yang Pura-Pura Tidur, Tidak akan Terjaga

Di dalam kediaman Keluarga Tang yang mewah, lampu-lampu dinyalakan terang.

Keadaan Orang Tua Tang sudah stabil. Jadi, dia dihantar pulang ke rumah. Untuk menyenangkan hatinya, seluruh keluarga berkumpul di hospital untuk menjemputnya pulang.

"Atuk, dah lewat. Saya akan tolong Atuk ke bilik Atuk." Tang Xuan dan suaminya berkata sambil menyokongnya.

"Atuk…" Tang Jingxuan menyampuk.

"Jingxuan, Atuk tak sihat. Tak payah buat Atuk naik angin dengan benda karut kamu. Belajar bertindak ikut keadaan." Tang Xuan menghalangnya. Luarannya, dia kelihatan seperti bertimbang rasa dengan keadaan Orang Tua Tang. Tetapi realitinya, dia cuma mahu menghalang Tang Jingxuan daripada menyebut tentang kemalangan Tangning.

Namun, Orang Tua Tang tidak mudah diperbodohkan. Jadi, dia berdiri tegak dan berkata, "Jingxuan, cakaplah. Atuk dengar."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS