Chapter 364 - Pewaris Palsu

Tengah hari itu di kediaman Keluarga Tang.

Tindakan melampau Tang Xuan menyedarkan Orang Tua Tang akan kebenaran – Tang Xuan langsung tidak dapat menerima kewujudan Tangning.

Tetapi, siapa yang nak diharapkannya untuk mengambil alih perniagaan Keluarga Tang?

Selepas sedar daripada pengsan, Tang Xuan perasan akan Orang Tua Tang sedang duduk di sisi katilnya. Dia memaksa dirinya duduk dan berkata kepada Orang Tua Tang, "Atuk… saya mimpi mak saya lagi."

"Haih…" Orang Tua Tang mengeluh. Selepas pergaduhan sebentar tadi, suaranya kedengaran lebih berusia.

"Atuk, antara Tangning dan mak dia, saya hanya boleh tahan dengan salah seorang. Saya tak boleh terima kedua-dua mereka ada dalam rumah Tang pada masa yang sama. Itu benar-benar tak menghormati roh mak saya di syurga."

"Kamu nak Atuk buat apa?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS