Beberapa hari selepas itu, Yue Shanshan mula merakamkan babaknya secara rasmi. Gosip yang awalnya Tangning jangkakan akan hilang, sebaliknya menarik 'Peminat Yue' ke halaman media sosial Mo Ting. Mereka mula meninggalkan komen meminta dia tidak tersalah arah dan jangan biarkan Tangning rosakkan filem itu.
Tetapi, halaman sosial media Mo Ting ialah di mana semua 'Peminat Pasangan' itu berkumpul. Jadi, sebaik sahaja mereka melihat komen yang ditinggalkan 'Peminat Yue', tidak mungkin mereka akan menahan marah. Mereka segera membalas dengan komen mengejek Yue Shanshan berkaki pendek dan mungkin tidak dapat menjayakan kehadiran hebat watak wanita utama itu.
Perbalahan antara peminat ini membuka jalan kepada isu yang tak wujud sebelum ini.
Sepanjang masa ini, Tangning tidak pernah menzahirkan yang dia berniat untuk merampas watak wanita utama 'Bodoh'.