Di dalam lapangan terbang yang sibuk itu, para anti-peminat menunggu selama dua jam tanpa sebarang tanda-tanda kewujudan Tangning. Akhirnya, mereka meneka yang Tangning mungkin sudah kembali lebih awal. Hasilnya, di mata orang-orang ini, Tangning menerima nama panggilan baharu: 'Peragawati Murahan Licik!'
Kadang-kadang, susah untuk memahami pemikiran jahat orang-orang begini. Hanya kerana Tangning tidak mahu terlibat dalam huru-hara dengan mereka, tak bolehkah dia sekurang-kurangnya menyorok daripada mereka?
Adakah dia begitu bodoh untuk berjalan menghadapi serangan mereka walaupun dia tahu orang-orang ini menunggunya?
Namun, dalam hati orang-orang begini, mereka memikirkan: 'Kalau kamu buat sesuatu kesalahan, kamu patut menerima pengadilan kami. Kalau kamu menyorok, maksudnya, kamu rasa bersalah dan berdosa dan murahan.'
Tiada sesiapa yang kisah akan kebenaran…