Lan Xi memandang Tangning dengan penuh ejekan sambil menyilangkan kakinya ke arah lain dengan selamba. Dalam berdiam diri, dia bagaikan cuba memberi gambaran: 'Kamu ingat peragawati remeh seperti kamu boleh buat saya menyesal?
'Saya tak tahu dari mana datangnya keyakinan kamu…'
Li Danni juga mencerminkan pandangan mengejek pada wajahnya manakala Hua Yuan memberikan Tangning pandangan yang sedikit gelisah. Selepas melihat Tangning berdepan dengan Lan Xi, Hua Yuan mendapati dirinya berpeluh bagi pihak Tangning. Nampaknya, dia bimbang jika Tangning tidak mampu kekal dalam Cheng Tian, atau lebih teruk, industri hiburan.
"Saya rasa saya perlu tunggu dan lihat bagaimana kamu akan buat saya rasa menyesal. Mula-mula, saya merancang untuk menyerahkan kembali kerja daripada Danni dan Hua Yuan kepada kamu, tapi nampaknya, saya dah tak payah buat begitu."