Air muka Luo Hao sedikit rumit. Terutamanya selepas menyaksikan kekalahan Yang Jing. Jauh di sudut hatinya, dia mempunyai satu perasaan yang tak terungkap. Jadi, apabila dia membuka mulutnya, tiada kata-kata yang meluncur keluar. Selepas Yang Jing diam, dia akhirnya bertanya, "Kamu mahu ke mana? Saya akan hantar."
"Tak perlu…" Yang Jing menggelengkan kepalanya. "Luo Hao, walaupun saya sudah melakukan banyak perkara jahat di belakang kamu selama beberapa tahun, semua yang saya buat hanya kerana kamu menyuruh saya gugurkan anak kita. Jadi, saya tak pernah rasa yang saya berhutang apa-apa dengan kamu."
Selepas bercakap, dia menolak pintu kereta dan beredar. Fikiran Luo Hao yang ditinggalkan pula penuh dengan kekusutan.
'Anak… betul. Semua masalah ini berpunca daripada anak itu. Tapi, ini industri hiburan. Tiada sesiapa mahu berakhir seperti An Zihao dan Yun Xin.'