Di dalam bilik yang bercahaya malap, kedua-dua mereka saling berpandangan.
Namun, Luo Hao merasakan Yang Jing terlalu yakin.
Boleh dikatakan yang selama bertahun-tahun, Yang Jing bergantung kepada tipu helah untuk mendapatkan sumber serta kenalan. Taktik Luo Hao pula pastinya lebih mirip dengan taktik Tangning. Kedua-dua mereka gemar untuk bertenang dan kekal bersahaja sambil memerhatikan buruan mereka panik.
Selepas dikecewakan dengan Tangning dan diberi tekanan oleh An Zihao, Yang Jing menjadi serabut.
"Presiden Lan tidak boleh diuruskan semudah yang kamu sangkakan."
"Hipokrit! Pengecut!" Yang Jing mencerlung pada Luo Hao ketika dia menjerit kepadanya dengan penuh marah. "Kamu terus mara dengan stabil walaupun jika itu bermaksud kamu perlu mengorbankan orang lain. Kalau kamu tak mahu bekerjasama, tak apa. Esok saya sendiri akan pergi cari Lan Xi."