"Tapi, jika kamu lakukan ini, hubungan kamu dengan Encik Li juga akan terbongkar. Yurou, saya tidak setuju!" Pembantunya marah dan cuba menghalangnya. "Jika kita tidak akan berada dalam industri ini lagi,jika kita perlu kembali kepada kehidupan kita yang dahulu sekali pun, kita hanya perlu bertahan sedikit sahaja. Kita tidak perlu mengorbankan diri kita untuk merosakkan pihak lawan."
"Abang You, kamu belum memahami industri ini lagi?" Pandangan Mo Yurou sarat dengan kesedihan. "Adakah kamu fikir yang jika saya gagal, Li Yu akan lepaskan saya begitu sahaja? Dia tidak akan buat begitu! Jangan lupa. Saya ada bukti untuk menentangnya dalam tangan saya. Dia tidak akan berlembut dengan saya. Daripada menunggu perkara itu terjadi, lebih baik saya yang mengambil inisiatif dan menyerang dahulu."
"Adakah kamu benar-benar…perlu buat begini?"