Selepas seketika, Mo Ting selesai menyediakan makan malam dan naik ke atas. Dia menolak pintu bilik dan ternampak Tangning duduk di atas katil sambil memegang jambakan mawar merah yang dibelinya untuk Tangning. Isterinya sedang mengira kuntuman bunga itu. Pipinya yang berona merah dan bibirnya yang terbuka dan tertutup, kelihatan begitu jelita…
"Ini kali pertama saya menerima bunga sebanyak ini!" Tangning menyeru. "Mo Ting, saya sangat terkejut…"
Mo Ting memandang riak wajahnya yang berpuas hati sambil menyilangkan tangannya dan mengusik, "Kenapa kamu begitu mudah dipuaskan? Hanya beberapa kuntum bunga sudah cukup membuatkan kamu gembira begini. Kenapa kamu tidak menjadi seperti wanita lain dan meminta intan atau permata? Atau kemahsyuran…dan kejayaan?"
Tangning ketawa lembut. Dia mengangkat kepalanya memandang Mo Ting dan membalas, "Saya sudah memiliki Abang sepenuhnya. Tidak cukup tamakkah itu?"