Tanpa perlu dikatakan lagi, perbuatan tanpa belas kasihan Tangning itu cukup untuk membuatkan Han Yufan yang sedang merangkul Mo Yurou sedar dia tidak pernah memahami Tangning. Dia silap besar mengenai Tangning, gadis yang sanggup berbuat apa sahaja untuknya satu ketika dahulu kini tidak lagi memberikan belas kasihan kepadanya. Jika dia perlu memerah seluruh kudrat dalam badannya sekalipun, tujuannya pasti untuk membuatkan Mo Yurou sujud di kakinya.
Ini kerana masa Han Yufan belum tiba. Jadi, lelaki itu belum berasa cemas.